Call nowWhatsapp

7 Tips Bisnes Sambil Bekerja

7 tips bisnes part time

Sebenarnya bisnes Shaklee ni paling mudah nak buat. Saya buat Shaklee ni sejak masih bekerja tahun 2013 dulu lagi. Tahun 2014 saya mula ada blog, hinggalah sekarang blog ni jadi kedai online saya.

Pengalaman saya, memang syoknya berniaga part time, gaji dapat, untung bisnes pun dapat. 

Kalau orang Shaklee, bonus Shaklee masuk tengah bulan. Gaji masuk hujung bulan. Memanglah best. Tapi, ada tapi bagi anda yang nak berniaga secara part time.

Tak salah nak buat bisnes part time, tapi anda perlu tahu yang anda perlu cekap dan jangan sampai mengabaikan tugas hakiki atau kerja full time anda. Ada sesetengah tempat kerja sangat menghalang pekerjanya terlibat dengan aktiviti perniagaan.

Ada sesetengah syarikat pula, memang bagi support. Tapi dengan syarat tertentu. Contoh macam syarikat saya bekerja, memang support kalau staff nak buat bisnes. Tapi, bukan di dalam waktu bekerja.

Di luar waktu bekerja takpe. Buatlah bisnes apa pun. Sebab syarikat pun tahu, zaman sekarang ni, tinggal di bandar memang tak cukup kalau harapkan gaji semata-mata. Dalam keadaan ekonomi yang huru-hara ni, ramai orang terpaksa berbisnes sambil bekerja.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, bekerja full time, dan bisnes secara part time. Walaupun buat bisnes part time, dengan income yang masyukkkk, tapi berjaya perform di tempat kerja. Masih berjaya kekalkan prestasi dan KPI, berjaya mendapat title Specialist dan dinaikkan pangkat. 
Saya kongsikan dengan anda 7 Tips Bisnes Sambil Kerja. Semoga jadi inspirasi dan panduan untuk anda.

Robert Kiyosaki mencadangkan network marketing sebagai bisnes masa hadapan
Robert Kiyosaki mencadangkan network marketing sebagai bisnes masa hadapan

7 Tips Bisnes Sambil Bekerja

1. Pilih Bisnes Yang Tidak Ganggu Kerja Hakiki

Mulakan dengan yang ringan-ringan dulu! Kita dah lah tak biasa nak berniaga, lepas tu nak berniaga sambil kerja pula tu. Besar tanggungjawabnya. Jadi kita mulakan dengan bisnes yang mudah-mudah dulu.

Contohnya kalau teringin nak buat Grab, kena fikir buat Grab akan libatkan masa, tenaga dan waktu tidur. Jadi kalau waktu tidur terganggu, adakah akan effect waktu kerja hakiki kita. Kena pertimbangkan macam tu.

Saya memilih bisnes Shaklee sebab modal kecil tapi untung besar. Tak perlu keluarkan duit beribu-ribu untuk mulakan bisnes Shaklee. Modal tak sampai RM100 kot! Masa saya daftar dulu FREE aje. And then boleh buat secara part time. 

2. Sanggup Korbankan Masa

Semua orang ada 24 jam. Ada orang memanfaatkan 24 jam ini sehingga jadi jutawan, ada orang tak buat apa-apa dengan 24 jam yang ada.

Bekerja dan berbisnes dalam 24 jam yang ada adalah sangat memenatkan.
Anda mungkin perlu korbankan waktu rehat dan tidur kerana di saat orang lain santai-santai tengok tv atau tidur, pada masa itulah anda akan busy buat persediaan untuk bisnes part time anda.

Macam saya yang berniaga online, waktu malam lah waktu yang sesuai untuk cek balik order dan pertanyaan yang saya terima pada waktu siang.

Jangan ganggu waktu kerja dengan berbisnes, itu tak baik namanya. Tak berkat gaji yang anda dapat nanti. Kita nak kan setiap wang yang kita dapat tu mendapat keberkatan. Baru lah bisnes boleh maju.

3. Jadualkan Posting

Jika anda berniaga online, dan anda ada FB Page, anda perlu pandai jadualkan posting-posting anda. Sediakan posting anda awal-awal dan jadualkannya. 

Anda perlu lakukan ini setiap hari, tanpa henti. Kerana posting anda ialah engagement anda dengan prospek dan pelanggan. Mungkin anda tak boleh buat ‘live video’ pada waktu anda bekerja jadi anda boleh je rekod dulu video tersebut dan jadualkannya.

Macam saya, posting saya adalah sebelum mula kerja, tengahari waktu lunch hour, petang lepas kerja dan waktu malam. Ini dululah waktu saya masih bekerja.

Sebab kami bisnes secara berjemaah, kami selalu share idea-idea untuk posting dalam group whatsapp. So, kami boleh gunakan semua material yang group kami contribute untuk buat posting di FB dan juga blog. Copy paste aje.

Kisah Kejayaan dengan bisnes Shaklee
Kisah Kejayaan dengan bisnes Shaklee

4. Lantik Pembantu

Anda juga boleh lantik saudara mara, atau kenalan untuk bantu jadi admin page anda. So pada waktu anda bekerja pembantu anda ini boleh tolong layan PM, WhatsApp, Telegram, DM dan segala bentuk komunikasi di media sosial.

Taklah anda risaukan pelanggan akan lari bila anda hanya boleh layan mereka pada waktu malam sahaja. Macam saya, saya ada template tertentu untuk saya reply pada customer. Ayat biasa saya reply, saya akan bagitau saya masih bekerja dan saya akan reply pada waktu tengahari atau lepas waktu kerja.

Untuk elak customer tertunggu-tunggu, biasanya saya akan bagi link blog saya untuk diorang baca. Ni pun strategi namanya. Sebab sibuk lah saya kene selalu update blog sebab ia adalah platform dan tempat saya berkongsi ilmu.

Waktu update blog, biasanya waktu tengah malam selepas anak-anak tidur. Saya akan bangun semula, spend 1 jam untuk update. Sambil-sambil tu dapatlah buat tahajud cinta sekali. 🙂

5. Lantik Runner

Ini penting! Anda tak mungkin mampu nak berada di dua tempat pada satu-satu masa. Apa kata anda lantik seorang runner untuk bantu anda buat penghantaran barang.

Penghantaran barang bukan sahaja bermaksud anda hantar barang ke kawasan terdekat tapi juga untuk bantu anda berurusan dengan Pejabat Pos atau lain-lain perkhidmatan penghantaran yang besar.

Runner anda juga boleh membantu anda untuk buat tugasan lain seperti ambil stok, pembayaran bil, dan lain-lain lagi. Jika anda berniaga sambil bekerja, tanpa bantuan runner…anda boleh kejung sendiri nanti.

Macam saya, buat bisnes Shaklee. Bila customer order, kita klik klik saja Shopping di www.shaklee2u.com.my. Shaklee yang akan poskan barang terus ke depan pintu rumah customer. Saya tak perlu susah-susah ke pejabat pos lagi dah. Banyak jimat masa.

Boleh juga buat sedikit stock di rumah. Sebab kalau ada customer yang tinggal berdekatan nak Cash On Delivery, boleh terus hantar selepas waktu kerja.

Jangan kata orang yang bekerja je boleh buat, suri rumah yang sangat sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah tangga juga boleh buat tau. Student pun ramai yang dah join bisnes Shaklee dan menjana pendapatan hingga 4 angka sebulan.

6. Jadualkan Masa Untuk Belajar dan Coaching Agen

Banyak perniagaan ditimpa masalah bila peniaga tidak ada masa untuk upgrade ilmu dan tak turunkan ilmu kepada stokis, agen dan dropship. Ramai juga peniaga yang gagal untuk meluangkan masa untuk berhubung dengan stokis, agen dan dropship.

Inilah akan jadi punca stokis, agen dan dropship anda lari kepada bisnes lain. Anda tak luangkan masa untuk bersama dan mendidik mereka.
Oleh kerana anda masih lagi bekerja, anda kena pandai bahagikan masa, mungkin beberapa kali seminggu untuk berhubung dengan mereka.

Jangan lupa, anda juga perlu cari masa untuk upgrade ilmu anda sendiri.
Group saya sendiri ada kelas-kelas online yang kami buat untuk anak-anak buah downline semua belajar tentang ilmu produk Shaklee, kelas Nutrisi, kelas bisnes, coaching. Semua kami buat secara online dan waktu adalah di luar waktu kerja atau weekend.

Kami selalu buat cross coaching. Setiap orang contribute untuk memberi dan berkongsi. Mentor akan buat jadual dan assign task bergilir-gilir kepada setiap orang.

Kena put extra effort untuk sediakan material. Material juga kena buat di luar waktu kerja. Buat sedikit demi sedikit sampai siap. Tak siap harini, sambung esok. Kene pandai manage masa.

coaching bisnes shaklee mentor
Selalu jumpa dan berbincang dengan Mentor adalah kunci kejayaan
Khusyuk dengar kelas saya untuk cara bisnes online dengan menggunakan blog dan SEO
Khusyuk dengar kelas saya untuk cara bisnes online dengan menggunakan blog dan SEO

7. Jangan Salah Guna Waktu Bekerja

Kesalahan utama bagi orang berbisnes sambil bekerja ialah mengabaikan tugas di tempat kerja sebab nak berniaga. Jadi anda perlu bijak nak settlekan urusan kerja tanpa mengabaikan perniagaan anda.

Jika anda betul-betul berminat untuk berniaga dan anda rasa perniagaan anda boleh pergi jauh, set satu target bila anda mahu berniaga sepenuh masa.

Pastikan simpanan anda cukup dan yang penting pastikan anda ada cukup ilmu untuk menjalankan perniagaan, memasarkan perniagaan dan menguruskannya dengan lebih sistematik.

Dari Bisnes Part Time, Sekarang Full Time Shaklee

Alhamdulillah bagi saya sendiri asbab buat part time sahaja bisnes Shaklee ni, sekarang dah jadi bisnes full time walaupun saya sebenarnya enjoy je bekerja.

Tapi itulah kata orang, majikan ni tak selamanya sayangkan kita. Jika mereka ditimpa masalah, pekerjalah yang akan dapat masalah (dibuang kerja) terlebih dahulu.

CEO Shaklee Corporation pernah sebut, Mulakan Bisnes SHaklee di saat kita tak perlukannya sebab kita tak tahu bila kita akan betul-betul perlukannya.

Mujurlah ada bisnes Shaklee disaat saya betul-betul perlukan dahan baru untuk berpaut, dan asbab bisnes SHaklee juga saya berjaya hingga hari ini, insyaAllah akan datang.

Peluang Bisnes Shaklee Dengan Income Unlimited: 3C Shaklee
Peluang Bisnes Shaklee Dengan Income Unlimited: 3C Shaklee

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

Credit: mommyshahab.com

24 thoughts on “7 Tips Bisnes Sambil Bekerja

  1. Yaya Natsumi says:

    Yaya memang respect gila ibu yang berkerjaya mahupun surirumah yang sentiasa bersemangat nak cari income tambahan. Zaman macam ni memang tak puas kalau tak belanja guna hasil dan titik peluh sendiri.

  2. Rawlins GLAM says:

    Bila Rawlins pun buat bisnes part time, Rawlins terasa pelik/ kagum dengan diri sendiri kerana pandai mencari ruang dan masa walaupun sentiasa busy. Terkejut juga sebab banyak kita boleh lakukan walaupun sebelum buat bisnes, terasa macam masa tak cukup. Yang penting ‘kita buat masa’ dan jangan biar masa menentukan tak gitu.

  3. Lisz says:

    Yang naj buat bisnes ni kena ada ilmu juga. Belajar daei yang pakar mcm mn nak uruskan bisnes utk yg ada kerja tetap.. seronok san puas hati hila dpt income lebih utk keluarga

  4. Hanny Abdullah says:

    Sekarang ni banyak aje peluang cari duit tambahan walaupun ada kerja atau suri rumah, semua ni atas kemahuan dan minat kita sendiri. Sis pun walaupun duduk umah je..macam2 gak sis cari peluang untuk tambah pendapatan..orang kata wa;aupun kita dapat sikit sikit..lama2 jadi bukit

  5. De Alif says:

    Setuju sangat, memang kita yang kena cari masa… lagipun, kita kan memang sering mengejar masa sebenarnya… masa yang ada, haruslah kita manfaatkan sebaik mungkin… saya pun memang buat 2 kerja… full-time dan part-time… insyaAllah, sama-sama kita berusaha demi kejayaan…

  6. Mahamahu says:

    Zaman sekarang perlu kan untuk buat dua kerja sekali sebab ada sumber teknologi yang memudahkan urusan business tak perlu nak hanya fokus satu yang penting kena pandai bahagi masakan bagus lah kat sini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge