Call nowWhatsapp

Mentor dan Idola Saya Dalam Bisnes Shaklee

Bisnes mentor dan kepentingannya

Teringat saya dengan satu peribahasa:

Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi;

Maksud peribahasa ni ialah sekiranya kita menuntut ilmu dengan tidak sempurna / tak habis atau dengan kata lain belajar sekerat jalan, hasilnya takde manfaat atau sia-sia sahaja.

Untuk Berjaya Dan Kekal Lama, Perlukan Mentor Bisnes

Saya telah 8 tahun dalam bisnes Shaklee. Mulanya ia adalah bisnes part time yang saya usahakan sejak saya masih bekerja. Namun sudah 2 tahun ianya menjadi bisnes utama (atau full time) saya hingga sekarang dan akan datang, insyAllah.

Sejak 8 tahun ini jugalah saya dipertemukan dengan 2 orang mentor bisnes yang hebat. Sehingga hari ini pun mereka banyak memberi tunjuk ajar dan panduan untuk saya ikuti. Kata nak berjaya kan, mestilah kena ada mentor bisnes.

Ada banyak sebab kita perlukan bisnes Mentor, terutama jika kita betul-betul serius dan nak kekal lama dalam bisnes Shaklee:

Mentor akan ajar kita segala selok belok dalam bisnes Shaklee. Mereka lebih dulu join Shaklee dari kita, jadi mereka lebih tahu selok belok nak berjaya dalam Shaklee.

Ada mentor kita dapat mengurangkan risiko melakukan kesilapan berbanding kalau kita bersendirian. Ini penting sebab dalam bisnes akan ada pelbagai dugaan dan cabaran. Bila ada mentor, beliau lebih dulu tahu segala cabaran dan dugaan, jadi kita boleh elakkan perkara-perkara yang akan merugikan kita.

Kita capai kejayaan lebih cepat. Ini kerana mentor membimbing kita dengan cara memberikan formula khusus atau jalan pintas untuk kita mencapai kejayaan yang sama. Yelah, sebab beliau dah lebih dulu berjaya kan.

Interaksi dua hala. Memang boleh berguru dengan buku atau internet, tapi itu adalah pembelajaran sehala dan tiada impak maksimum kepada kita. Untuk kita belajar sesuatu, adalah penting adanya interaksi dua hala supaya ia lebih berkesan.

Tiru sistem yang berkesan. Kaedah ini paling penting dalam bisnes MLM seperti Shaklee. Kita hanya perlu contohi kaedah yang beliau lakukan, sebab ianya sudah terbukti berkesan.

Mentor Bisnes Saya Bekas Jurutera Petronas

Mentor saya kedua-duanya adalah bekas jurutera Petronas. Mari saya kenalkan mereka.

1. Bekas Jurutera, Master Laila Adalah Pemenang 2x Anugerah Presidential Award Shaklee

Salah satu sebab saya percaya Shaklee ni syarikat yang bagus, dan saya dapat menjaga iman saya dengannya adalah sebab adanya Master Laila.

Master Laila adalah anak usrah saya semasa saya di Universiti Teknologi Petronas. Orangnya memang saya kagumi seorang yang sangat fasih dalam ilmu hadis. Sungguh tau. Nampak je dia macam tu, tapi kalau dia bercakap tu memang macam kena sampuk.

Saya masih ingat saya hendak cari produk Shaklee untuk anak saya (sebab anak saya selalu demam setiap bulan sebab masalah tonsil bengkak), jadi saya cari kawan-kawan saya di Facebook yang saya tahu buat bisnes Shaklee.

Saya nampak Master Laila ni ada update tentang Shaklee di Facebook beliau, tapi sayangnya beliau jauh dari saya. Saya di Kuala Lumpur, beliau di Miri. Maka saya batalkan hasrat nak PM beliau.

Sebaliknya saya PM junior saya juga, Master Nur Zahirah. Rupa-rupanya Master Nur Zahirah juga berada di Miri dan merupakan susur galur Master Laila. Inilah yang dikatakan jodoh,

Sebagai seorang pemenang Anugerah Presidential sebanyak 2x, pendapatan beliau sebagai Masters tentulah mencapai 6 angka. Setengah orang tak percaya pengedar Shaklee mampu dapat 5 atau 6 angka sebulan.

Tapi saya percaya! Sebab saya tahu Master Laila yang sejak belajar dulu, beliau takkan bohong punya. Ini salah satu sebab juga meningkatkan keyakinan saya dalam Shaklee.

Master Nur Laila adalah founder #TeamJutawan dan juga founder program #JomDetoxJutawan yang saya adalah salah seorang coachnya. Idea beliau segar dan sentiasa mencari perkara yang lebih baik untuk team Jutawan.

Beliau telah melahirkan seramai 10 orang Master Coordinator dengan lebih 3000 orang pengedar Shaklee bertauliah dari seluruh dunia.

Sehingga hari ini Master Laila tetap menjadi sumber rujukan saya dalam banyak keadaan. Beliau junior saya yang agak rapat dengan saya, jadi beliau tau saya ni bagaimana.

2. Pakar Strategi, Master Nur Zahirah

Master Nur Zahirah memang saya baru kenali walaupun beliau juga merupakan junior UTP. Beliau adalah mentor bisnes yang saya kagumi.

Tak kira apa berlaku, beliau tetap teguh dan kuat semangat. Kecil sahaja orangnya tapi semangat juang tinggi.

Master Nur Zahirah adalah juga bekas jurutera Petronas dan sekarang mengendalikan empayar besar bisnes Shaklee “Anugerah Legasi Terindah” (LAT) yang telah melahirkan 5 orang Master Coordinator Shaklee dan lebih 1000 pengedar Shaklee bertauliah di seluruh dunia.

Beliau sangat tegas dalam memberi ilmu dan tak pernah jemu untuk segarkan grup kami dengan ilmu baru setiap hari.

Ilmu marketing dan lain-lain kalau belajar dengan guru lain harganya mencecah ribuan ringgit. Tapi saya dan sahabat-sahabat lain dapat ilmu sebegini secara percuma dari mereka.

Hendak Sejuta Daya

Bak kata pepatah, manakan dapat sagunya jika tak pernah berusaha untuk pecahkan ruyung.

Alhamdulillah hasil bermentor jugalah saya dapat setup blog dan macam-macam lagi tindakan untuk hidupkan bisnes dan bina organisasi, hasil daripada bimbingan dan sokongan mentor bisnes saya di atas.

Semuanya saya usahakan hanya dari rumah, sepanjang travel atau berada atas jalan.

Jika anda masih belum mempunyai mentor dalam bisnes Shaklee, apa kata mulai sekarang anda cari seseorang yang anda kagumi dan telah mencapai kejayaan dalam Shaklee dan jadikan mereka mentor anda. Pelajari minda, sikap dan tindakan mereka untuk mencapai kejayaan dan kekayaan!

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

2 thoughts on “Mentor dan Idola Saya Dalam Bisnes Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge