10 Tips Untuk Sihat Di Usia Tua

By | 27 February 2017

Dalam Business Leader Conference baru-baru ini, ada seseorang yang saya sangat kagum. Eh mestilah abam Roger Barnett, CEO Shaklee Corporation. Umur beliau 58 tahun, tapi kelihatan seperti 30an.

Kalau anda hendak tahu, beliau sangat komited dengan suplemen. Saya pun tidak seperti beliau. Apabila menghadiri apa-apa majlis, walaupun saya ada bawa bekalan suplemen, saya akan skip saja, dengan alasan, ala nanti di rumah boleh ambil.

Tapi abam Roger Barnett, apabila sampai masa, akan nampak beliau buka bekalan suplemennya dan makan. Sangat komited. Sebab itu di usia 58 tahun beliau kelihatan seperti 30an.

Les Wong 40 Tahun?

Les Wong adalah satu nama baru bagi saya. Rupanya beliau telah bersama Shaklee selama 35 tahun (telah makan Shaklee juga selama 35 tahun) dan merupakan salah seorang author bagi Landmark Study bersama-sama Dr Gladys Block dan beberapa orang profesor lain lagi.

Les Wong Pengguna Shaklee selama 38 tahun

Les Wong Pengguna Shaklee selama 38 tahun

Cuba anda teka umur beliau? Bagi saya beliau kelihatan seperti 40 tahun. Ini kerana:

  • Beliau kelihatan bertenaga, berjalan laju – fizikal beliau masih cergas
  • Bercakap dan berucap di hadapan orang ramai dengan teratur dan lancar – menandakan otak beliau masih cergas
  • Masih bekerja dan masih sihat

Tapi rupa-rupanya beliau 65 tahun? OMG sekarang juga rasa hendak telan Vivix.

Di usia 60an, biasanya:

  • Fizikal kurang cergas – jalan perlahan, mata kabur, pendengaran kurang jelas, sakit lutut
  • Otak – percakapan kurang jelas, bercakap perlahan
  • Selalu ada penyakit, paling kurang mesti sakit lutut

Penyakit Disebabkan Usia

Saya teringat Dr Hamid Arshat menyebut baru-baru ini, apabila usia lanjut, masalah utama selain faktor fizikal adalah masalah pada otak. Di antara banyak jenis sakit tua ialah nyanyuk, dementia, alzheimer, parkinson dan lain-lain. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas. Otak mengecut dengan meningkat umur dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan.

Dalam penyakit alzheimer, beta amyloid plaque melekat pada dinding saluran darah ke otak, mengurangkan bekalan darah dan oksigen. Kesannya sel-sel otak musnah, kimia-kimia pemancar signal letrik dalam otak, acetyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit-penyakit ketuaan.

Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian-bahagian terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi-fungsi terpenting saperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).

Tips Untuk Menjauhi Penyakit Disebabkan Tua

1. Baca dan hafal quran tingkatkan fungsi otak.

Amalkan selalu membaca alquran walaupun beberapa ayat setiap hari. Bacaan quran bertajweed dan bertaranum adalah satu kaedah mengaktifkan otak. Ia merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan meningkatkan transmissi letrik menerusi synapses. Bacaan berulang-ulang meningkatkan ingatan dan hafalan, serta disyorkan baca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini insyaallah boleh mencegah penyakit nyanyuk.

2. Tenangkan fikiran dan atasi stress

Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, cortisol yang boleh merosakkan sel-sel neuron dan stesyen pemancar letrik, synapses khususnya di kawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan dan memperoses pemikiran.

  • Cuba kawal setress dengan sentiasa berzikir, bertasbih, berselawat. Anda juga boleh menyedut nafas panjang melalui hidung dan menghembus nafas keluar perlahan2 melalui mulut, ulang selama 5 minit, tidak kira dimana anda duduk.
  • Jika anda suka berkebun, cuba berkebun sekitar rumah rumah selama 30 hingga 60 minit, sambil berpeluh, ia dapat memberikan ketenangan kepada anda.
  • Ketawa dan senyum selalu untuk kurangkan stress. Jenaka cetuskan pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.

3. Terus berkerja dan berkhidmat tanpa bersara

Kekosongan tanpa aktiviti fizikal dan mental boleh menyebabkan otak kita cepat mengecut atau atrophy. Sekiranya anda telah bersara, boleh cari perkara yang anda minat dan pakar untuk lakukan.

4. Senaman fizikal meningkatkan fungsi otak

Amalan senaman fizikal selama 30 minit atau lebih memberi banyak kesan positif kepada fungsi otak iaitu:

  • Meningkatkan bekalan oksigen kepada otak (penting bagi sel-sel otak untuk cegah serangan angin ahmar)
  • Mencetuskan pengeluaran BDNF (brain derived neurotrophic factor) untuk meningkatkan fungsi otak – kognitif dan pembelajaran.
  • Tingkat mitochondria dan organelles pembekal tenaga untuk sel-sel otak.

Bagi warga emas terbaik jalan kaki selama 30 minit disekitar kawasan perumahan selepas solat subuh.

40 tahun menggunakan Shaklee dan kekal sihat diusia tua

40 tahun menggunakan Shaklee dan kekal sihat diusia tua

5. Tidur yang cukup antara 5 hingga 8 jam.

Waktu tidur, aktiviti otak pun berehat, segala fungsi diselaras semula (reset), sel-sel neuron baru tumbuh dan sambungan synapses diperkukuh.
Bila bangun kita dapat berfikir dengan terang kerana otak kita lebih aktif. Jika ada masa amalan senaman fizikal 30 minit sebaiknya dilakukan selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.

6. Ambil Suplemen

  • Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega 3 DHA, penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan. Kekurangan omega 3 dan DHA terdapat pada pesakit2 ketuan termasuk alzheimer. Ini menjadikan sel-sel otak tegang dan mudah inflamasi (keradangan) serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan.
  • Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel-sel serta fungsi otak. Pesakit ketuaan, alzheimer mengalami kekurangan vitamin D. Wanita hamil disarankan mengambil vitamin D3 yang biasanya diadunkan bersama pil kalsium.
  • Vitamin B memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir. Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil dan penyakit alzheimer. Sumber utama B12 ialah daging, ayam, susu dan telor. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.
  • Suplemen berasaskan resveratrol untuk kesihatan jantung, kencing manis dan memberikan tenaga.

7. Kesihatan perut dan usus

Dianggap sebagai otak kedua kerana terdapat hubungan saraf terus ke otak melalui saraf-saraf vagus dan cranial nerve ke 10. Untuk menentukan kesihatan usus tentukan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Jauhkan junk dan processed foods, gula dan karbohidrat. Makan lebih fermented food dan probiotics.

8. Buah-buahan dan sayur-sayuran

Terdapat banyak jenis buahan dan sayuran yang merangsang pertumbuhan sel-sel otak, meningkatkan sambungan dan hubungan antara sel-sel otak. Buah-buahan berries, kismis dan keroma dengan kandungan flavonoids anthocyanins dan flavanol.

Kimia pemancar letrik otak boleh berkurangan akibat tindakan enzim-enzim tertentu, akibatnya penurunan fungsi otak. Terdapat beberapa herba yang mengadungi inhibitors untuk menghalang tindakan enzim-enzim tersebut dan berkesan merangsang fungsi otak seperti barcopa, ginko biloba, rosemary, sage, mint, holy basil dan lain-lain.

9. Kawal penyakit yang memudahkan serangan angin ahmar

Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, kegemukan dan kolesterol tinggi perlu dikawal dengan rawatan doktor pakar.

10. Rangsang otak

Aktiviti rangsang otak contohnya:

  • Pemakanan berkhasiat dan berzat, amalan senaman fizikal, kawal penyakit dan stress, makan suplemen dan herba adalah perlu untuk merangsang dan mengaktifkan otak setiap masa dan waktu.
  • Muzik dan lagu khususnya muzik klasik memang telah diiktiraf sebagai satu cara meningkatkan fungsi otak disamping memberi ketenangan minda. Lebih baik kalau belajar bermain alat muzik setakat untuk kegunaan sendiri.
  • Interaksi sosial dapat menguatkan silaturrahim melalui perbualan telefon dengan ahli keluarga, rakan-rakan sebaya, anjurkan makan bersama dengan classmates.
  • Pelajari satu kemahiran baru, jadikan ia satu hobi. Kita perlu membaca buku atau cari maklumat dari internet untuk tujuan begini. Ini satu kaedah rangsangan otak yang baik. Ada kala hasil dari hobi menjadi satu bisnes yang lumayan.
  • Ada beberapa permainan yang perlu kegunaan minda saperti crossword puzzle; sudoko, chess dan lain, kesannya merangsang fungsi otak.
  • Pergi melancong dan melawat negara-negara luar dan pelajari sejarah, adat resam dan cara gaya hidup bangsa asing. Alquran juga menggalakkan kita berjalan untuk pelajari kesan kaum-kaum yang ingkar.
  • Menulis dalam blog, website dan facebook sangat berkesan untuk merangsang minda. Untuk menghasilkan posting, kita perlu cari maklumat dan baca serta buat catitan dalam buku nota.

Old Is Not A Disease, Tua Bukan Penyakit

Ada satu pernyataan dari Dr Bruce baru-baru ini. Menjadi tua bukanlah penyakit. Maksudnya menjadi tua bukan semestinya associate dengan mendapat penyakit. Kita tidak boleh menolak menjadi tua. Menjadi tua akan berlaku kepada semua orang. Tetapi kita mempunyai pilihan untuk menjadi tua dan sihat.

Tapi bagaimana?

Roger Barnett diusia 58 tahun tapi masih sihat dan bertenaga

Roger Barnett diusia 58 tahun tapi masih sihat dan bertenaga

Ingat tentang Les Wong yang saya sebutkan di perenggan atas? Dan abam Roger Barnett dalam penceritaan pertama saya? Bagaimana mereka boleh tua tapi sihat, cergas dan tanpa penyakit? Dr Hamid Arshat pula berusia 72 tahun, walaupun beliau memang nampak tua, tapi beliau sihat tanpa penyakit kronik.

Amalkanlah suplemen sebagai pencegahan. Dr Bruce pun ada menyebut, apabila kita telah mendapat penyakit, sebenarnya ia agak terlambat. Suplemen boleh membantu menutup lompang-lompang nutrisi, tetapi untuk menjadi normal semula memang sangat sukar.

Suplemen sebagai pencegahan pula anda harus tahu suplemen yang mana. Banyak dan terlalu banyak syarikat pengeluar suplemen di dunia ini, tapi kita tentu tidak mahu suplemen yang sepatutnya membantu meningkatkan kesihatan kita, sebaliknya menambahkan penyakit kita.

Untuk memilih suplemen yang baik, saya telah tuliskan dalam artikel saya 7 Ciri Syarikat Suplemen Menurut Perspektif Saintis. Anda juga boleh baca berkenaan kajian klinikal dan landmark study berkaitan suplemen. Anda akan tahu apa jenis suplemen yang anda boleh percayai.

Shaklee adalah suplemen terbaik. Dengan tagline PROVEN, SAFE dan GUARANTEED tentu sahaja Shaklee sentiasa mendapat kepercayaan ramai. Anda mahu hidup sihat meniti usia? Anda pun boleh menjadi seperti mereka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Mini Nutritionist

Shaklee Gombak

8 thoughts on “10 Tips Untuk Sihat Di Usia Tua

  1. Perawat Islam

    Di zaman sekarang ni, pelbagai kaedah perlu digabungkan untuk tujuan menikmati tahap kesihatan yang optimum di hari tua.

    Zaman sekarang bukan tua je sakit, ada sesetengah tu di usia muda dah ada macam-macam penyakit. Saya suka dengan tip puan yang pertama iaitu banyakkan membaca dan menghafal al-Quran.

    Sememangnya ia adalah satu petua paling baik meningkatkan kesihatan otak, terutamanya menjelang usia tua. Tak dinafikan di usia tua penyakit nyanyuk merupakan antara penyakit yang paling banyak menyerang.

    Saya sendiri ketika merawat pesakit-pesakit gangguan jin, sering diminta untuk merawat pesakit-pesakit warga emas di mana mereka mengalami gejala nyanyuk.
    Perawat Islam recently posted…(Video) Bagaimana Membezakan Jenis-Jenis Sihir?My Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      orang melayu masih suka dengan perubatan alternatif camni kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa kan kak. semua orang perasan camtu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge