Vivix Dan Penyakit Berkaitan Neuro

By | 20 September 2016
vivix-dan-penyakit-berkaitan-neuro

Rawatan Angioplasti

Kira-kira 3 tahun lalu, abah saya alami rasa senak dan angin pada bahagian dadanya. Hendak kata serangan jantung bukan, tetapi keadaannya menjadikan beliau sukar bernafas juga. Kami bawakan ke Institut Jantung Negara terus. Doktor maklumkan perlu buat angioplasti untuk melihat apakah masalah sebenar. Kalau ada blok pada salur darah, doktor akan terus buatkan rawatan. Kalau tiada blok, berhenti setakat itu sahaja.

Rawatan angioplasti sangat mudah, tak silap hanya tidur semalaman. Alhamdulillah tiada salur darah yang blok. Jadi doktor hanya berikan ubat makan sahaja untuk salur darah yang sememang azalinya kecil (sangat kecil).

Kesan Post Angioplasti

Saya tidak pasti adakah ini kesan daripada rawatan angioplasti atau kesan daripada serangan senak dan angin pada dadanya. Pada tahun tersebut abah kena 3x serangan. 3x kami rujuk ke hospital dan tahun itu juga buat angioplasti.

Selepas kejadian, kami seolah-olah tidak lagi kenal abah kami yang dulu. Kini abah:

  • Panas baran
  • Tidak sabar
  • Kebolehan menilai yang semakin kurang

Memang boleh tension menghadap abah yang tidak boleh silap sikit, mesti kena tengking. Abah jadi seorang yang cepat marah. Kalau orang luar (bukan keluarga) senang je dia sebut bodoh dan sebagainya. Kami kalau berurusan dengan orang lain bersama abah, rasa segan juga bila abah perlakukan orang lain sebegitu.

Mama pun merungut juga dengan perubahan abah. Mama lebih tension sebab sebagai teman sebilik abah mama lebih hampir dengan abah.

Dalam sebulan yang lalu saya ingatkan abah kembali untuk ambil semula Vivix yang beliau tinggalkan beberapa bulan lalu. Selain vivix, dengan keadaannya saya syorkan abah tingkatkan dos vitamin BComplex.

Peranan Vivix dan Resveratrol Dalam Kesihatan Neuro

Risiko penyakit neurodegenerative seperti Alzheimer, Parkinson, Huntington, dan multiple sclerosis meningkat dengan usia. Pada masa ini tiada rawatan untuk Alzheimer dan tiada penawar untuk penyakit neurodegenerative amnya. Apa-apa rawatan yang menunjukkan janji merawat adalah perlu dan mustahak untuk dikaji.

Pada masa ini, resveratrol telah mendapat perhatian sebagai bahan untuk merawat dan mencegah bermulanya penyakit neurodegenerative. Inilah penemuan yang dibuat oleh para saintis.

1. Resveratrol dan Alzheimer

Penyakit paling biasa akibat kerosakan neuron adalah alzheimer. Apabila neuron r

Alzheimer juga melibatkan fungsi otak

Alzheimer juga melibatkan fungsi otak

osak, ia akan gagal menghantar isyarat dari otak ke seluruh tubuh sekaligus mengakibatkan individu Alzheimer lambat respons terhadap sesuatu dan menghadapi kesukaran untuk mengingat.

Dalam kajian, didapati resveratrol berupaya melindungi neuron dari kerosakan (pelindung saraf). Apakah penyebabnya masih dikaji tetapi kemungkinan besar ia mempunyai kaitan dengan sifat-sifat antioksidan resveratrol. Resveratrol membantu untuk melambatkan perkembangan Alzheimer.

 

Pencegahan adalah lebih penting. Sebab itu disarankan untuk mula mengambil Vivix pada usia 35 tahun sekurang-kurangnya. Banyak juga testimoni pengguna pesakit Alzheimer yang menggunakan Vivix. Sekurang-kurangnya Vivix telah membantu mereka untuk kembali mengingat dsb.

2. Resveratrol dan Parkinson

Resveratrol boleh membantu melambatkan perkembangan Parkinson. Ia membantu memulihkan tahap dopamine dan meningkatkan fungsi motor seperti yang ditemui dalam kajian haiwan. Penyelidik percaya bahawa ini adalah disebabkan oleh antioksidan dan anti-radang sifat-sifat resveratrol.

3. Resveratrol dan Huntington

Penyakit genetik ini menyebabkan kerosakan kepada sel mitokondria. Resveratrol membantu menghapuskan radikal bebas yang boleh merosakkan mitokondria yang membantu mengawal fungsi neuron. Dalam kajian terhadap haiwan resveratrol menunjukkan peningkatan dalam motor dan kognitif.

Ramuan dalam Vivix menggalakkan Biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4. Resveratrol dan multiple sclerosis (MS)

Resveratrol telah dibuktikan dapat menghapuskan sel-sel rosak, dalam saraf tunjang pesakit MS, dan saraf optik yang menyebabkan kebutaan kepada pesakit MS.

Kesimpulan

Resveratrol mengaktifkan protein SIRT1 yang membantu dalam kebanyakan fungsi sel. SIRT1 juga membantu dengan pelbagai penyakit degeneratif lain dan diaktifkan dengan kalori terhad diet yang boleh memanjangkan jangka hayat.

Setakat ini tidak ada penawar bagi mana-mana penyakit-penyakit degeneratif dan tidak cukup rawatan yang berkesan. Dalam resveratrol pendapat saya menunjukkan potensi untuk mencegah, memperlahankan perkembangan dan merawat gejala penyakit ini.

Abah Saya Sekarang

Sebenarnya bukan saya yang mengesan perubahan abah. Abang saya yang tengah ada sebut baru-baru ini, rasanya abah sudah kurang marah. Itu respon beliau. Abang saya yang tengah inilah yang paling kerap berurusan dengan abah. Kebanyakan urusan abah memang abang saya yang ini yang buatkan atau bantu.

Jadi dengan ungkapan abang barulah saya monitor abah sendiri. Abang tidak tahu saya bagi abah makan Vivix dan Bcomplex. Mama pun tidak tahu. Daripada hasil monitor saya, memang benar abah sudah kurang sangat hendak marah-marah.

Saya tanyakan pada mama pula pandangan mama. Mama pun akui, sudah kurang benar marah-marah. Sesekali itu adalah. Kalau dulu, silap sikit ditengkingnya. Sekarang tidak lagi. Seolah-olah saya dapat semula abah saya yang dulu. 

Dalam kes abah saya, meskipun bukan penyakit neurodegeneratif, kesan penyakit jantung dan lain-lain turut memberikan kesan kepada tahap efisien neuro dan kognitif seseorang. Baru-baru ini ada yang tanya saya apakah suplemen untuk ayahnya yang tidak lagi beliau kenali. Kesnya sama dengan kes abah saya. Saya cadangkan Vivix sama seperti abah. Cuma saya belum dapat maklumbalas beliau lagi.

Apapun, Vivix sebenarnya sangat baik untuk diambil oleh individu berumur 35 tahun ke atas disebabkan masalah penuaan. Manalah tahu ikhtiar ini dapat membantu dalam mana-mana simptom penyakit.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

29 thoughts on “Vivix Dan Penyakit Berkaitan Neuro

  1. lankapo

    Alhamdulillah semakin pulih ayah puan.

    Ayah saya pun ada sakit jantung, memang terima rawatan hospital dan checkup routine.

    Tapi betullah penyakit jantung ni pembunuh senyap.
    Baru je minggu lepas sepupu meninggal mengejut. Bila cek punca jantung tersumbat.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      innalillah, takziah kpd tuan sekeluarga. saya rasa faktor penuaan semakin cepat. sakit jantung pun adalah disebabkan oleh faktor penuaan. sebab itu perlu ambil vivix walaupun masih muda.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      insyaAllah ikhtiar. sebenarnya sebab faktor umur jadi vivix memang sangat berkesan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      bukan semestinya sikap, saya pun baru tahu ni daripada kes abah.

      Reply
  2. okje

    Itulah kan Raihanah, bila dah sakit tu kemungkinan jugak emosi kita terganggu tu yg jadi panas baran tu……..
    Kadang tu terfikir jugak, apalah amalan yg aku buat sementara aku tgh sihat ni? huhu….. Letih dan malas memanjang
    okje recently posted…Mintak nasihat Pakar KekMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kadang kita tak tahu penyakit tu ada kesan sampingan yang menjejaskan otak

      Reply
  3. Mas Poer

    Artikelnya sangat bermanfaat, baru denger juga penyakit kayak gitu tp setelah baca artikel ini otak saya tercerahkan.

    Sekali lagi terimakasih

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kalau ada masalah berkenaan jantung dan kardiovaskular memang ada kaitan. tapi kalau sihat je tapi panas baran, itu lain dah MD

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge