10 Cara Tingkatkan Sistem Imun Secara Semulajadi

By | 16 February 2016
10 Cara Tingkatkan sistem imun secara semulajadi

Banyak penyakit betul tak zaman sekarang ini? Bila banyak penyakit, persoalan yang banyak bermain difikiran kebanyakan kita adalah bagaimana kita elakkan penyakit ini. Salah satu paling penting yang anda perlu buat adalah dengan meningkatkan sistem imun anda.

Apakah sistem imun

Sistem imun adalah sistem pertahanan badan. Terdapat 2 sistem pertahanan badan iaitu:

Apakah Sistem Imun

Apakah Sistem Imun

1. Sistem pertahanan pertama

Halangan yang menghalang semua jenis agen asing daripada menembusi lapisan luar badan. Mengandungi 4 komponen iaitu:

Pertahanan pertama sistem imun

Pertahanan pertama sistem imun

  • Kulit: pertahanan pertama secara fizikal yang menghalang patogen.
  • Memberan mukus: mukus yang memerangkap patogen dan menghalangnya daripada memasuki badan
  • Jus gastrik: merupakan cecair berasid yang membunuh micro organisma
  • Air mata, peluh dan air liur: merupakan cecair badan yang mempunyai sifat anti bakteria

2. Pertahanan Kedua

Jika patogen menembusi barisan pertahanan pertama, sel-sel darah putih memainkan peranan dalam menghalang atau memusnahkan patogen sebelum ia membahayakan badan.

Sel Darah Putih merupakan pertahanan kedua sistem imun badan

Sel Darah Putih merupakan pertahanan kedua sistem imun badan

Namun begitu sel darah putih memerlukan interferon untuk membantunya dalam menjalankan peranannya sebagai pertahanan kedua badan.

4 jenis masalah sistem imun

Terdapat 4 jenis terhadap masalah sistem imun kita. Antaranya adalah:

  1. Sistem imun terlalu lemah contohnya bubble boy disease. Penyakit ini memerlukan pembedahan atau transplant bone marrow untuk menghasilkan sistem imun badan.
  2. Mendapat penyakit yang boleh melemahkan sistem badan contohnya virus zika.
  3. Individu yang mempunyai sistem imun yang sangat aktif boleh mengakibatkan penyakit seperti asthma.
  4. Masalah auto imun seperti penyakit SLE yang mana sistem imun menyerang sel sihat.

Kebiasaannya individu dengan masalah imun 2 dan 3 di atas masih boleh dirawat.

4 Masalah ke atas sistem imun

4 Masalah ke atas sistem imun

Faktor yang melemahkan sistem imun

Antara faktor yang boleh menyebabkan sistem imun badan kita lemah adalah:

  • Tidur tidak mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan secara semulajadi.
  • Gula yang tinggi dalam darah. Apabila darah mengandungi gula yang tinggi, bakteria akan berada di tempat luka jadi menyebabkan luka lambat sembuh dan lain-lain masalah kesihatan lagi.
  • Stres atau tekanan. Stres boleh menyebabkan bilangan sel darah putih berkurangan secara semulajadi. Eloklah ambil b complex untuk menangani masalah stres atau tekanan yang anda alami.
  • Penggantungan kepada ubat-ubatan. Contohnya pesakit yang sangat bergantung dengan ubat boleh menyebabkan kurangnya sistem pertahanan badan.

Terdapat penyakit yang disebabkan oleh sistem imun yang rendah contohnya adalah keradangan yang dihadapi oleh pesakit diabetes, jantung atau kanser adalah disebabkan oleh sistem imun yang rendah.

Untuk mencegah, pastikan sistem imun anda yang tinggi. Contohnya penyakit kanser boleh dicegah dengan mempunyai sistem imun yang tinggi. Ini adalah kerana sel darah putih yang banyak dan mencukupi boleh merencatkan sel kanser yang ingin menyerang.

Virus zika pula contohnya disebabkan oleh nyamuk aedes. Antara usaha pencegahan virus zika adalah

  • Jaga kebersihan persekitaran
  • Pastikan sistem imun anda sentiasa tinggi

Ketiadaan kaedah rawatan atau vaksin virus zika sekarang ini menyebabkan adalah penting untuk anda memastikan kedua-dua perkara di atas dilaksanakan.

Cara Meningkatkan Sistem Imun Secara Semulajadi

10 Cara tingkatkan imun secara semulajadi

10 Cara tingkatkan imun secara semulajadi

1. Jauhi merokok

Merokok menyebabkan penambahan radikal bebas kepada badan kita dan kepada orang di sekeliling kita. Radikal bebas menyebabkan pelbagai punca penyakit dan melemahkan sistem imun anda. Justeru, cubalah elakkan merokok. Lagi bagus jika dapat berhenti merokok terus.

2. Tingkatkan pemakanan seimbang

Makan makanan yang tinggi dalam buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh, dan rendah lemak tepu.

3. Bersenam secara teratur.

Bersenamlah secara teratur, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

4. Kekalkan berat badan yang sihat

Berat badan berlebihan boleh menyebabkan sistem imun anda rendah dan anda terdedah kepada pelbagai penyakit. Kekalkan berat badan yang sihat, anda akan rasa lebih sihat.

5. Kawal stres anda

Mengawal tekanan darah anda akan membantu anda meningkatkan sistem imun

6. Jauhkan Alkohol

Jika anda minum alkohol, minum hanya secara sederhana.

7. Tidur mencukupi

Dapatkan tidur yang cukup membantu anda meningkatkan sistem imun anda.

8. Elakkan Jangkitan

Mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan jangkitan, seperti membasuh tangan dengan kerap dan memasak daging dengan teliti.

9. Saringan kesihatan

Kerap mendapatkan ujian pemeriksaan perubatan bagi orang-orang dalam kategori risiko kumpulan umur anda.

10. Pengambilan suplemen

a. Nutriferon

Nutriferon diperbuat daripada 4 ramuan penting. Keempat ramuan ini apabila digabungkan akan membantu tubuh menghasilkan interferon secara semulajadi.

Bagaimana interferon berfungsi? Apabila bakteria masuk melepasi pertahanan badan, sel darah putih perlu bertindak. Namun sel darah putih memerlukan signal daripada interferon untuknya bertindak. Sebab itulah pentingnya fungsi interferon ini.

Nutriferon menggalakkan interfero secara semulajadi

Nutriferon menggalakkan interferon secara semulajadi

Interferon telah ditemui pada tahun 1954 oleh pakar imunologis iaitu Dr Yasuhiko Kojima. Dr Yasuhiko mengambil masa selama 40 tahun untuk menghasilkan Nutriferon dengan membuat kajian ke atas 200 herba, dan hanya memilih 4 sahaja.

Interferon boleh juga didapati secara suntikan. Kebiasaannya akan diberikan kepada pesakit yang benar-benar memerlukan seperti pesakit kanser, hepatitis B dan lain-lain dengan kos yang sangat tinggi. Bagaimanapun suntikan interferon adalah sangat bertoksik sebenarnya.

Interferon boleh diambil secara suntikan untuk meningkatkan sistem imun, namun ia sangat bertoksik

Interferon boleh diambil secara suntikan untuk meningkatkan sistem imun, namun ia sangat bertoksik

Dengan pengambilan Nutriferon, interferon dalam tubuh akan dihasilkan secara semulajadi dan kelebihan lain adalah:

  • Tidak bertoksik
  • Selamat
  • Dipatenkan
  • Terbukti secara klinikal
  • Harga yang mampu milik
  • Boleh diambil setiap hari oleh sesiapa sahaja

b. Vitamin C

Pengambilan vitamin C turut membantu meningkatkan sistem imun kerana makanan sel darah putih adalah vitamin C.

Beberapa sel sistem imun seperti phagocytes dan t-sel telah terbukti memerlukan vitamin C untuk mengekalkan fungsi mereka. Vitamin C, yang juga dikenali sebagai asid askorbik adalah terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti kiwi, acerola dan camu camu. Ini membantu meningkatkan sistem imun dengan menyerang asid nukleik virus.

Bioflavonoids dalam Vita C Shaklee membantu penyerapan lebih baik dan pantas

Bioflavonoids dalam Vita C Shaklee membantu penyerapan lebih baik dan pantas

c. Zinc Complex

Zinc diketahui memainkan peranan penting dalam sistem imun, dan kekurangan zinc menyebabkan peningkatan rintangan terhadap pelbagai patogen. Zinc memberi kesan pelbagai dalam sistem imun, contohnya pertahanan kulit dan dalam limfosit. Zinc adalah penting untuk perkembangan normal dan fungsi-fungsi sel sebagai sistem imun seperti neutrofil dan sel-sel pembunuh semula jadi.

Zinc Complex Salah Satu Produk Penting Ibu Berpantang

Zinc Complex Membantu meningkatkan sistem imun

d. Garlic Complex

Makan bawang putih boleh meningkatkan jumlah T-sel dalam badan anda – ia penting kerana selesema adalah disebabkan oleh virus. Menurut Saintis pemakanan dari Universiti Florida dalam Jurnal Pemakanan pada tahun 2012, mereka yang mengambil ekstrak bawang putih mampu meningkatkan fungsi sel imun peserta.

Bergandingan dengan zinc, garlic berpotensi membantu meningkatkan sistem imun anda dengan pantas. Saya pernah ambil bawang putih secara mentah, tetapi habis rasa melecur mulut. Sebaiknya kalau ingin di ambil mentah, bolehlah dibakar sedikit terlebih dahulu.

Ataupun hanya dapatkan Garlic Complex kami. Tanpa bau dan selamat diambil.

Detox Untuk Kesan Lebih Baik Pengambilan Vitamin

Garlic Complex

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

23 thoughts on “10 Cara Tingkatkan Sistem Imun Secara Semulajadi

    1. Raihanah Ahmad Post author

      suplemen untuk melengkapkan nutrisi, badan yang punyai nutrisi cukup boleh jauh daripda penyakit

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      badan adalah amanah Allah, justeru kena jaga baik2 kan bunda

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      letih sangat pun boleh jadi penyebab sukar tidur. cuba amalkan beberpa tips utk tidur yang lena

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge