Call nowWhatsapp

Saya jarang jumpa testimoni Shaklee untuk para atlit. Agaknya atlit masih waswas guna Shaklee. Tapi harapnya selepas ini tidak lagi. Sebab semakin ramai atlit di pelbagai umur mengamalkan Shaklee.

Sebelum itu jemput tonton video di bawah oleh para atlit Olimpik US.

Testimoni Performance Drink Bantu Atlit Lebih Berkuasa

Ada banyak juga testimoni, dan saya kongsikan dengan anda hari ini:

1. Pemain Ragbi Sekolah

Kisah ini daripada customer saya sendiri. Kali pertama ambil Shaklee, hanya ambil Vivix Shaklee dan Performance Drink. Bila ambil, diam saja, Tiada respon.

Sehinggalah minggu lepas beliau call untuk beli performance drink. Saya sempat tanya apa respon anaknya yang ambil Shaklee ini. Kata ibunya, anaknya komen bagus sangat, rasa lebih laju. Anaknya bermain ragbi untuk sebuah sekolah di Selangor.

Pemain ragbi ambil Performance Drink

Pemain ragbi ambil Performance Drink

2. Pelari Pecut Negara, Watson Nyambek 1998

Kenal Watson Nyambek? Beliau pun ambil Shaklee. Beliau adalah pemegang rekod 100 meter Malaysia sehingga sekarang dengan catatan 10.3 saat yang dicatatkan pada 13 Julai 1998 semasa Sukan Komanwel tahun 1998. Ikuti testimoni beliau yang saya ambil daripada website celikvitamin.com

Watson Nyambek ambil Shaklee untuk bergelar juara pecut pada tahun 1998

Watson Nyambek ambil Shaklee untuk bergelar juara pecut pada tahun 1998

3. Kayuhan lebih mantap

Satu lagi testimoni ahli sukan ada pengayuh basikal. Katanya, “Selama ini untuk 36km ambil masa 2 jam 10 minit. Dengan ambil Performance Drink untuk jarak yang sama cuma 1 jam 59 minit tanpa rasa penat.”

Atlit basikal kayuhan lebih laju, tak penat ambil Performance Drink

Atlit basikal kayuhan lebih laju, tak penat ambil Performance Drink

4. Aktif Bersukan

Akhir sekali bagi orang biasa-biasa tetapi mahu bersukan. Main futsal dan badminton. Selalunya rasa penat dan lenguh badan. Bila ambil Performance Drink, badan lebih segar dan cergas. Boleh bersukan selama 1.5 jam tanpa henti padahal kawan-kawan lain sudah pancit.

Bagaimana Performance Drink Bantu Atlit Lebih Cergas, Bertenaga?

Atlit atau bagi anda yang aktif bersukan untuk kesihatan, anda sememangnya memerlukan tenaga yang banyak, selain berhadapan dengan cuaca panas dan memerlukan stamina yang tinggi. Dengan pengambilan suplemen, akan membantu anda kekal cergas dan elakkan dehidrasi.

Performance Drink terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Ia mengandungi banyak elektrolit disamping menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain selain tidak mengandungi gula berlebihan.

Campuran elektrolit Opti-Lyte proprietari dengan campuran unik karbohidrat ia sememangnya dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Penyahidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi atlet. Nutrisi untuk para atlet memberikan apa yang tubuh perlukan sebelum, semasa dan selepas latihan di mana dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Dalam ujian klinikal membuktikan Performance Drink dapat:

  • Meningkatkan tenaga sebanyak 6x ganda
  • Memberikan tenaga
  • Memelihara peredaran bendalir dalam tubuh

Berbanding minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga lebih dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Antara manfaat utama Performance Drink adalah

Meningkatkan daya ketahanan badan dengan:

  • Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
  • Menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal

Meningkatkan daya tahan otot

  • Memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal

Mengimbangi dan membekalkan elektrolit

  • Mengimbangi metabolisme air dalam tubuh
  • Mengandngi sodium, chloride, magnesium, kalsium, potasium dan phosphorus
  • Dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutama mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian

Mencegah penyahhidratan (dehidrasi)

  • Mengurangkan kehausan
  • Melembapkan kulit
  • Awet muda

Mengekalkan paras gula

  • Terbukti secara klinikal memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Penutup

Bagi atlet atau mereka yang aktif bersukan, mengambil suplemen yang selamat adalah sangat penting. Terutama untuk melepasi ujian doping juga dapat membuat pencapaian yang menakjubkan dalam acara yang disertai. Bukankah jadi juara adalah sasaran para atlet?

Graf menunjukkan bagaimana Performance Drink membantu mengekalkan dan membaik pulih tenaga

Graf menunjukkan bagaimana Performance Drink membantu mengekalkan dan membaik pulih tenaga

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)