Call nowWhatsapp

Saya jadi risau sangat dengan situasi HFMD sekarang ni. Baru baca seorang mak share tadi bawa anak ke Tesco. Balik-balik anaknya terus naik biji-biji kat badan.

Memang kita buat precaution bab kebersihan semua tu, elakkan tempat awam dsb. Tapi still masih fikir macamana nak elakkan.

Satu caranya yang saya  jumpa, dan banyak dikongsikan oleh doktor adalah upkan sistem imun. Tak kisahlah anak-anak ke, kita dewasa ni pun kena juga upkan sistem pertahanan badan. Orang dewasa boleh jadi pembawa.

Baca punya baca, terjumpalah doktor ni share pasal natural remedy. Salah satunya elderberry.

17 amalan cegah dan rawat HFMD salah satunya adalah elderberry

17 amalan cegah dan rawat HFMD salah satunya adalah elderberry

Namun rupanya bukan elderberry sahaja, bahkan anggur muscadine juga merupakan bahan yang baik untuk masalah jangkitan seperti H1N1 dan HFMD.

Apakah Elderberry

Strawberry, blueberry mungkin kita dah biasa dengar kan?

Kalau elderberry pernah dengar tak? Mungkin ada yang tahu tapi jarang dengar.

Ada sapa2 suka tengok cerita Harry Potter mungkin tahu lah sebab alkisahnya magic wand paling hebat dibuat daripada pokok elder.

Seperti yang digambarkan dalam filem Harry Potter itu elderberry mungkin boleh dianggap magic kerana banyak manfaat terhadap kesihatan.

Elderberry atau nama saintifiknya Sambucus Nigra menghasilkan ekstrak yang dikenali sebagai Sambucol (diambil daripada namanya Sambucus) yang dikatakan mempunyai kesan sangat hebat kepada kesihatan, terutamanya jangkitan pada sistem pernafasan.

Buah elderberry berkhasiat untuk masalah penyakit berjangkit

Buah elderberry berkhasiat untuk masalah penyakit berjangkit

Saya nak fokus kepada fungsi elderberry untuk pertahanan badan sahaja, walaupun banyak lagi manfaat kesihatannya yang lain.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam ‘Israel Medical Association Jurnal’ pada 2002, pengkaji daripada University Hospital Hadassah menemukan bahawa dengan memakan elderberry, sistem pertahanan badan akan meningkat dengan meningkatnya sel darah putih dan bahan kimia antiradang yang lain.

Jadi, apabila terdapat jangkitan, bahan ini akan dibebaskan untuk menentang jangkitan itu.

Mereka juga membuat kesimpulan mungkin dengan cara yang sama badan dapat melawan sel kanser.

Selain tu, elderberry merupakan antiviral dan dapat mengurangkan simptom demam selsema.

Ekstrak elderberry Sambucol dikatakan dapat membantu mengurangkan simptom selsema seperti demam, pening kepala, sakit tekak, letih, batuk dan sengal badan (Rujukan WebMD)

Satu kajian juga mengatakan elderberry boleh mengurangkan simptom demam sebanyak 50%. (Rujukan : 2000 Mosby’s Nursing Drug Reference)

Pada awal kajian, Sambucol dikatakan mampu menentang virus selsema jenis B (yang menjangkiti manusia) sahaja, namun kajian terbaru telah menunjukkan bahawa ekstrak elderberry ini turut menentang virus selsema jenis A (yang menjangkiti haiwan) juga.

Ini bermaksud ekstrak elderberry mampu membantu dalam jangkitan Virus H1N1 (Hasil kajian Erling Thom dan University Oslo di Norway)

Jadi memang bagus sangat kalau ambil elderberry di saat terdapat banyak penyakit berjangkit sekarang ni.

Masalahnya dimana nak dapatkan elderberry?

Apa istimewanya elderberry?

Menurut kajian yang dijalankan di pusat kajian Bundesforschungsansalt di Karlsruhe, Germany antara kandungan dalam elderberry ialah polifenol dari jenis:

1. Flavonoids

Mempunyai ciri antioksidan yang kuat. Dengan demikian, ia bertindak sebagai anti radang yang mengurangkan bengkak, sakit otot sakit ataupun demam dan turut meningkatkan sistem pertahanan badan, untuk melawan penyakit dan jangkitan.

2. Antocianin

Merupakan bahan yang meningkatkan penghasilan cytokines. Cytokines merupakan salah satu komponen dalam sistem pertahanan badan dan ini dapat mengurangkan simptom selsema dan flu.

3. Vitamin dan Mineral

Turut mengandungi vitamin A, B dan C dan nutrien seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. Semua ini bermanfaat untuk kesihatan dalam meningkatkan sistem imun untuk melawan penyakit.

Manfaat Anggur Muscadine Untuk Penyakit Berjangkit

Sambil baca info tentang polifenol, tetiba teringat satu info tentang anggur muscadine.

Anggur ni sifatnya boleh protect itself. Ia tak perlukan semburan dengan air dan bahan kimia kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.

Hal ini kerana anggur muscadine mengandungi resveratrol yang merupakan phytoalexin di mana ia dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuhan apabila diserang pathogen seperti bakteria dan fungi.

Phytoalexin ni bersifat antibakteria, anti karsinogen, antipenuaan, anti radang dan sebagai antioksidan.

Shaklee mencadangkan Vitamin C, Vivix dan Garlic Complex sebagai penawar HFMD

Shaklee mencadangkan Vitamin C, Vivix dan Garlic Complex sebagai penawar HFMD

Elderberry dan Anggur Muscadine Dalam Vivix

Disebabkan banyaknya khasiat dan manfaat elderberry, maka tak hairanlah jika Shaklee turut mengambil peluang menggunakan elderberry sebagai salah satu ramuan istimewa dalam tonik anti penuaannya iaitu Vivix.

Untungla memang ada dah Vivix ni kat rumah. Cuma kena tambah pengambilan je.

Anda dah ada ke Vivix? Meh amalkan. Cegah lebih elok kan, saya jadi risau la kalau anak-anak kena. Taknak kena insyaAllah. Semoga Allah pelihara.

Pembelian Vivix

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk konsultansi masalah anda dan penerangan Vivix

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)