Call nowWhatsapp

Keunikan Vivix Shaklee apa ye?

Sepanjang saya jadi pengguna Vivix Shaklee sejak lebih 8 tahun yang lalu, ada banyak manfaat yang samada saya sendiri alami, dan ada yang sememangnya disebabkan oleh kehebatan ramuan yang tiada tandingannya. Haaza min fadli robbi.

Apa pendapat anda?

Keunikan Vivix Shaklee

1. Fokus Nutrisi Daripada Polifenol

Polifenol adalah fokus utama pembuatan Vivix. Polifenol merupakan sekumpulan fitonutrien yang memberikan faedah antioksidan dan kesan perlindungan yang berpotensi terhadap penuaan selular. Malah, penyelidikan baru menunjukkan bahawa polifenol mungkin menimbulkan pelbagai kesan biologi selaras dengan kesihatan manusia yang berterusan dan bertambah baik.

Kajian makmal menunjukkan bahawa ramuan Vivix boleh bertindak sebagai antioksidan yang kuat; Walau bagaimanapun, Vivix melangkaui penyediaan sokongan antioksidan.1 Ramuan utama dalam Vivix telah ditunjukkan dalam kajian klinikal untuk mengaktifkan pertahanan selular dan menumpulkan tindak balas keradangan orang yang sihat terhadap makanan yang tidak sihat, yang lama kelamaan boleh menyebabkan penuaan selular.3

Ada banyak polifenol yang terkandung dalam Vivix. Kalau anda biasa dengar produk tinggi antioksidan, biasanya ia hanya mengandungi polifenol seperti antocyanin, resveratrol sahaja kan. Maknanya 2-3 jenis polifenol sahaja, tapi dalam Vivix, ia mengandung lebih daripada 10 jenis polifenol.

Sebab apa produk lain hanya meletakkan 2-3 sahaja polifenol? Sebab proses nak extract polifenol ni sangat mahal!

Antara ramuan terhebat yang takde produk antioksidan lain yang gunakan ialah anggur muscadine.

Di antara 8,000 jenis anggur di dunia, anggur Muscadine adalah salah satu anggur terbesar dan jarang didapati. Besar, tebal dan penuh dengan antioksidan, telah menarik perhatian saintis di Shaklee, untuk menjadikannya dalam bentuk minuman yang sihat, juga pekat.

  • Kulit dan Benih yang Tebal = Kuasa Antioksidan
  • Lebih Kromosom = Kuasa Antioksidan Tambahan
  • Polifenol = Kawan Baik Kesihatan Anda

Semua sifat unik ini membolehkan Anggur Muscadine mempunyai ciri antioksidan yang amat banyak (6 hingga 8 kali lebih daripada beri biru!) serta jumlah asid elagik yang paling tinggi, sejenis polifenol. Polifenol ini merangsang jalur selular, yang terlibat dalam pertahanan antioksidan, panjang umur dan kelangsungan hidup, serta penghasilan tenaga.

2. Ramuan Hanya Daripada Tumbuhan Dengan ORAC antara Tertinggi

Vivix Shaklee adalah produk yang hanya menggunakan bahan plant based sahaja. Takde gunakan haiwan, colostrum ke dll. Dan Shaklee tak gunakan haiwan untuk semua kajiannya.

Tahukah anda ramuan polifenol yang terpilih memiliki kadar yang terbaik dari sudut efficiency menentang radikal bebas? Keupayaan sesuatu makanan menentang radikal bebas diukur melalui penunjuk sains iaitu Oxygen Radical Absorbancy Capacity.

Ianya unit ukuran untuk menentukan kadar sesuatu bahan menentang radikal bebas dalam tubuh. Unit ukuran ini adalah sebagaimana telah dibangunkan oleh Institut Kebangsaan Penuaan (NIA) di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Semakin tinggi nilai ORAC, maka semakin kuatlah antioksidan untuk melawan kerosakan sel terhadap radikal bebas dan melambatkan proses penuaan. Menurut teori, antioksidan melambatkan proses oksidatif dan kerosakan akibat radikal bebas yang boleh menyumbang kepada kemerosotan yang berkaitan dengan usia dan penyakit.

Selain buah anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrolâ„¢ yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan spektrum perlindungan yang lebih luas. Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya anda boleh hidup sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini!

3. Dicipta Daripada Kajian Penyelidikan

It took Shaklee about 6 years of scientific research before Vivix went into the market back in 2008 (in the USA). Di Malaysia pula Vivix mula masuk ke pasaran pada tahun 2010. Maknanya Vivix dikeluarkan hasil daripada kajian saintifik.

Selain itu, pengambilan Vivix juga telah dikaji ke atas pengguna yang telah mengamalkannya selama 5 tahun (bersama-sama suplemen Shaklee yang lain), hasil kajian ini anda boleh lihat di Laporan Kajian Telomere Shaklee.

Bukan itu sahaja, Shaklee melakukan sebanyak 16 ribu kajian kualiti dan kajian keselamatan ke atas Vivix semasa ia dicipta. Hebat kan? Ini menunjukkan betapa telitinya para saintis Shaklee.

4. Ramuan Vivix Shaklee Hanya menggunakan Biji dan Kulit

Tahukah anda kadar dan kepekatan polifenol adalah tertinggi pada biji dan kulit sesuatu ramuan itu. Contohnya anggur muscadine, Shaklee tidak mengambil isi atau jusnya, sebaliknya hanya menggunakan biji dan kulitnya sahaja disebabkan kandungan polifenol tertinggi padanya.

Jadi anda dapat produk yang memang tulen tanpa campuran filler seperti air / minyak dll. Sebab itu Vivix tak membeku walaupun anda simpannya dalam freezer.

Selain tu, proses extract polifenol dalam biji dan kulit ni tentulah memakan kos yang sangat besar.

Vivix Shaklee tak beku
Vivix Shaklee tak beku

5. Vivix Shaklee Kos Yang Berbaloi Dengan Kualiti

Jadi anda dah tahu kan betapa banyaknya kualiti dalam Vivix Shaklee ni. Bila penuhi 1-4, ianya jadi produk berkualiti tinggi, tapi kita dapat beli dengan harga yang mampu milik dan berbaloi untuk beli. Sebab tu Vivix ni produk sales no 1 dalam Shaklee. Terpaling premium tapi terpaling banyak sales

Harga Ahli Vivix hanya rm399

Manakala kalau time promotion ada ketika boleh dapat 10% diskaun, ada juga ketika boleh dapat beli Vivix 6 botol, percuma 1 botol. Murah! Sambil beli barang top quality kan?

Vivix Shaklee mengandungi polifenol bantu kuatkan badan

Jom Amalkan ResV dan Vivix Shaklee Hari Ini!

Bagi saya sangat berbaloi untuk kita amalkan VIvix Shaklee ni, kena dengan harganya, malahan kualiti pun terbaik. Saintis Shaklee dah tolong pilihkan untuk kita ramuan terhebat, kita dapat manfaat polifenol yang super banyak, telah dikaji dari segi keberkesanan dan juga keselamatannya.

Jadi, jomlah sama-sama amalkan Vivix hari ini!

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

Untuk dapatkan Resvivix Shaklee, boleh klik link berikut

https://wasap.my/60122195919

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #resVvixchallenge #feelyoung #polyphenols #coolparents #myyouthfulpower
#shaklee #shakleemalaysia

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Certified Product Expert / Trainer
Shaklee Gombak

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)