“Anda adalah apa yang anda makan,” biasa kita dengar bidalan ni sejak dulu lagi kan? Tapi memang ada banyak kebenarannya sebab pemakanan kitalah yang akan tentukan kesihatan kita di masa akan datang.
Pastinya kualiti dan kuantiti adalah faktor pemakanan yang sangat penting. Cuma sekarang, faktor masa pun menjadi sama penting. Bila kita makan penting juga.
Ada kajian saintifik terbaru berhubung intermittent fasting dan diet yang kian popular iaitu ketogenik diet. Saya akan terangkan lebih mendalam tentang IF dahulu dalam penulisan ini ya.
Sains di sebalik Intermittent Fasting (IF)
Puasa ni bukan benda baru, dah lama pun. Kita orang Islam, puasa ni tak asing bagi kita. Tapi kaedah puasa secara IF ni iaitu kita hadkan makan buat jangkamasa tertentu telah jadi popular, seingat saya sejak tahun lepas.
Di negara kita, IF jadi popular sejak aktres Lisa Surihani melakukannya tahun lalu. Sejak itu ia jadi seolah satu trend di negara kita. Puasa IF ialah tidak makan buat tempoh masa lebih lama untuk mencapai kondisi ketosis, iaitu satu keadaan yang membakar lemak untuk tenaga, bukannya karbohidrat.
Tak semua orang yang buat IF, amalkan diet keto. Antara faedah IF adalah:
- kuruskan badan
- kurangkan keradangan dalam badan
- memperbaiki pembaikan selular (DNA)
- meningkatkan tahap tenaga
Wajib makan sarapan pagi bukan lagi jadi ikutan sekarang ni, sebab wajib makan sarapan cuma untuk kanak-kanak dan remaja yang nak membesar sahaja.
Tujuan utama IF ini adalah supaya sistem tubuh kita tidak lagi bergantung kepada gula (karbohidrat) seperti kebiasaaannya, sebaliknya bertukar kepada LEMAK sebagai sumber utama tenaga (fuel source). Ini memerlukan sedikit tempoh penyesuaian, sekitar 1-2 minggu.
Kenapa Perlu IF?
Apabila bila kita makan, sebahagian glukosa dari makanan disimpan sebagai glycogen didalam hati kita. 12 jam diperlukan untuk menghabiskan glycogen ini secara alami baru kita masuk zon yang digelar ketosis.
Empat jam terakhir selepas 12 jam adalah masa pembakaran lemak paling efektif dalam zon ketosis, kalau ditambah dengan sedikit senaman umpama latihan “nitric oxide” atau “sprint 8”, “planking” atau “weight lifting” kesannya sangat luar biasa. Tetapi amaran “always stay hydrated” minum air berkala dengan jumlah yang mencukupi. Kekurangan air boleh menyebabkan kejang dan kegagalan organ.
Bagaimana nak IF?
Ada banyak cara untuk IF. Yang kami sarankan dan sesuai untuk kebanyakan orang adalah IF 16: 8
IF 16:8
Juga dipanggil ‘time restricted feeding’. Maksudnya makan dalam tempoh yang terhad, sekitar 8 jam dan selebihnya, 16 jam berpuasa.
Contoh: anda mengambil dinner pada malam ini pada jam 8.00 mlm. Esoknya anda skip breakfast & mengambil lunch pada jam 12.00 tengahari. Jadi anda sudah IF 16 jam. Anda cuma makan dari jam 12.00 tengahari – 8.00 mlm sahaja.
Sepanjang tempoh IF, boleh minum air kosong atau teh/kopi tanpa gula (boleh juga campur sedikit stevia).
Boleh mula secara perlahan-lahan dahulu. Contoh buat 12:12 dahulu dan tambahkan durasi IF secara beransur-ansur sehingga dapat 16 jam. Misalnya last makan malam jam 8.00 malam dan esoknya anda mengambil breakfast jam 8.00 pagi. Selepas dalam 1 minggu, lewatkan breakfast ke pukul 9.00 pagi dan seterusnya.

Kenapa perlu habiskan glycogen
Glycogen adalah sumber tenaga dari glukos yang datangnya dari karbohidrat yang kita makan. Bukan hanya dari karbohidrat berkanji sahaja malah sedikit datang dari karbohidrat berfiber yang kemungkinan kita makan sedikit lebih untuk menutupi rasa lapar dalam IF yang agak panjang.
Sudah tentu glukos yang datang dari karbohidrat berfiber hanya sangat sedikit.
Namun begitu, selagi ada glycogen di dalam tubuh selagi itu tubuh kita tidak akan membakar lemak terkumpul supaya boleh dijadikan kembali sumber tenaga untuk kegunaan tubuh kerana masih ada tenaga masih berbaki dari glycogen yang terbentuk.
Apa itu ketosis dan kenapa perlu masuk zon ketosis ini?
Ketosis pula, adalah bilamana simpanan lemak yang telah terkumpul sekian lama terbakar kembali secara intensif oleh sel metabolik dan lemak-lemak ini bertukar menjadi tenaga kembali yang diberi nama sebagai “ketones”, mengalir didalam darah dan memberi tenaga kepada seluruh organ.
Diulangi ketosis HANYA terjadi setelah glycogen yang tersimpan habis sepenuhnya dalam tempoh sekurang-kurangnya 12 jam seperti yang telah diterangkan. Sekali lagi ditekankan saat-saat selepas 12 jam dalam IF adalah saat-saat keemasan, jadi bersabarlah, “but stay hydrated” di dalam zon ketosis ini.
Faktor Stem Sel
Suatu yang sangat istimewa pada proses pembakaran lemak terkumpul ini adalah STEM SEL yang sangat diperlukan tubuh untuk proses kesembuhan semulajadi terbebas dari sel lemak yang telah terbakar.Â
Stem Sel ini melekat pada sel-sel lemak, maka bila lemak terbakar, sel induk ini terbebas dengan sendirinya.

Ianya mengalir semula mengikut sistem aliran darah dan menjadi ejen “natural healing” yang sangat berkesan. Itu sebab utama pengamal IF merasa kejutan kerana penyakitnya sembuh satu persatu. Semuanya berlaku atas izin Allah.
Itulah sebab utama kita perlu masuk zon ketosis supaya tubuh kita dapat menukar suis sumber tenaga dari glukos kepada sumber tenaga dari lemak dan mengeluarkan pati kesembuhan semula jadi iaitu sel induk ini.
Zon ketosis umpama kunci untuk membuka gudang simpanan wang yang sangat banyak jumlahnya setelah beg duit kita yang terhad telah kehabisan wang. Masuk zon ketosis secara total dengan latihan perlahan-lahan dan selamat adalah antara kunci utama dalam IF.
Manfaat Lain IF
Selain dari itu testosteron untuk lelaki dan growth hormone untuk kedua-dua jantina juga terbentuk secara semula jadi hasil dari IF ini.
Kedua-dua hormon ini adalah sangat penting buat kita semua terutama untuk mengembalikan kesihatan tubuh secara semulajadi.
Terutama jika IF yang dilakukan, digabungkan dengan penjagaan makanan yang berasaskan KETOGENIC DIET iaitu sejenis diet yang tidak menggunakan langsung karbohidrat berkanji, menggantikannya dengan karbohidrat berfiber, tidak menggunakan protin terlalu banyak, sekadar 50gm/hidangan atau apa-apa bahan yang membolehkan insulin terbentuk secara mendadak dan banyak.

Jadi IF dan KETOGENIC DIET adalah dua elemen yang sangat penting untuk diketahui dan dipraktikkan demi memperolehi impak maksima menuju tahap kesihatan yang terulung serta mencapai hasrat untuk sihat sepanjang hayat.
Saya Coach IF/Keto Anda! #IFKetoGenitMAF
Selain saya buat #JomDetox, saya juga secara berkala memang mempraktikkan IF dan keto diet. Bila saya sudah dapat manfaat kesemuanya, saya rasakan ini masa terbaik untuk saya memberi semula kepada anda.
Justeru, saya lancarkan program #IFKetoGenitMAF sebuah program berasaskan IF dan Keto diet untuk anda pula mendapat manfaatnya.
Memang sukar kalau kita buat sendiri, tanpa panduan, atau sekadar kita gugel sendiri. Sebab maklumat terlalu banyak, jadi pening juga dibuatnya. Jadi program ini dapat membantu anda praktikkan pengalaman IF dan Keto bersama saya.
Anda Berminat? Sertai #IFKetoGenitMAF Sekarang!
Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetox, boleh wasap saya ya.
Bagaimana Nak Sertai #IFKetoGenitMAF Shaklee?
Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah
Klik untuk Sertai IFKetoGenitMAF Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak