Call nowWhatsapp

Saya terbaca artikel dalam PAMA berkenaan nutrisi yang diperlukan oleh ibu selepas bersalin untuk mempercepatkan pemulihan luka.

Ditambah lagi makluma daripada seorang nurse (pangkat sister) yang sebut pada saya minggu lalu, dimana beliau pesan lepas bersalin boleh ambik collagen.

Cepat-cepat saya gali info berkenaan ini.

Nutrisi baik membantu percepatkan proses penyembuhan selepas bersalin

Makanan yang baik adalah makanan yang boleh membantu anda mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan yang biasa dialami selepas pembedahan terutamanya.

Antara nutrisi yang diperlukan adalah:

  • Protein – Bagi membolehkan luka dan tisu bercantum semula, tubuh memerlukan protein yang banyak.
  • Probiotik – untuk mengelakkan jangkitan, menguatkan sistem daya tahan tubuh
  • Serat – mengatasi masalah penghadaman
  • Antioksidan – dari buah-buahan disebabkan tekanan dan ubat hospital menambah beban teroksida di dalam tubuh. Tambahan pula, ia boleh menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel badan. Antioksidan membantu menyeimbangkan masalah ini.
  • Vitamin a – Vitamin A diperlukan untuk membantu tubuh membaiki dan memulihkan tisu lembut, membran mukus dan kulit.
  • Collagen – Kolagen adalah protein paling banyak dalam badan. Bila terjadi proses memperbaiki luka, kolagen sangat penting untuk sembuhkan luka.
  • Zink – Zink bagus untuk menguatkan fungsi imun tubuh. Badan memerlukan zink untuk bina dan aktifkan sel yang terlibat dalam sistem imun. Zink juga penting untuk memperbaiki luka dan mineral ini penting untuk sintesis protein dan perkembangan sel.

5 manfaat collagen untuk ibu selepas bersalin

Disebutkan di atas collagen sangat baik untuk penyembuhan luka. Tapi tahukah anda ada 5 kebaikan collagen untuk ibu selepas bersalin.

1. Sihat, Rambut Berkilau

Ibu selepas bersalin kerap mengalami maalah rambut gugur. Collagen mengandungi peptida dapat membantu meminimumkan keguguran rambut selepas bersalin. Selain itu menjadikan rambut lebih berkilau, tebal dan sihat.

2. Imbangan Hormon

Masalah ketidakseimbangan hormon kerap berlaku selepas bersalin. Tubuh ibu juga kerap kurang nutrisi sebab tubuh mereka perlu hasilkan susu, cuba untuk pulih dari mengandung dan bersalin. Ramai akan alami masalah tiroid atau masalah lain.

Hormon memerlukan asid amino (protein) untuk menghasilkan keseimbangan yang betul.

Umpamanya otot, perlukan asid amino tryptophan dan cystein yang juga terlibat dalam penghasilan hormon kortisol. Bagaimanapun otot tidak mempunyai glyscerin dan proline yang terlibat dalam penghasilan hormon tiroid.

Collagen peptida bagaimanapun tinggi dalam kedua-dua asid amino ini.

Sebab itu collagen dapat membantu menggalakkan keseimbangan hormon – dan membantu tiroid yang kurang aktif untuk kembali berfungsi.

3. Kulit Tegang, Sihat

Bayi menyebabkan kulit anda meregang. Ini bermakna selepas kehamilan, anda mungkin dibiarkan dengan kulit menggeleber di perut anda.

Pengeluaran kolagen membantu mengetatkan kulit dan menjadikan penampilan yang lebih licin dan teguh. Collagen sebenarnya membantu kulit anda sembuh selepas kelahiran.

.

Nutrisi selepas bersalin collagen

Elakkan masalah stretch mark dengan collagen

.

4. Otot kuat

Bukan maksudnya kita jadi macam ahli bina badan.

Walau bagaimanapun. Anda tahu apa otot terkuat wanita? Vagina. Dan ya, ia boleh diregangkan semasa kelahiran. Itu sepatutnya, itu tugasnya, dan ia akan kembali kepada (kebanyakannya) saiz aslinya.

Collagen dapat membantu ia menjadi sedikit lebih kuat, dan kembali kepada bagaimana rasanya pra-kelahiran.

Collagen juga membantu otot lain juga. Ia akan menguatkan rahim anda dan membantu ia kembali ke saiz dan bentuk pra-kehamilannya (kerana ia bertindak pada semua otot), dan ya, ia akan menjadikan lengan dan kaki anda lebih kuat juga.

5. Kesihatan Gut

Sesetengah ibu mula menyedari, selepas kelahiran, mereka mungkin mengalami sembelit, senak, atau bayi mereka mungkin menunjukkan sikap tidak bertoleransi terhadap makanan melalui susu mereka.

Ini semua tanda-tanda bahawa usus anda perlukan bantuan.

Sudah bersedia untuk berpantang dengan Shaklee?

Sekarang saya sudah pada 37 minggu, bila-bila je boleh bersalin.

Dengan info yang saya dapat ini alhamdulillah dah bersedia jugalah untuk bersalin dan nutrisi yang membantu saya untuk pulih dengan cepat:

.

Luka pembedahan czer cepat pulih dengan vivix

Luka pembedahan czer cepat pulih dengan vivix

.

Ayuh dapatkan set berpantang anda hari ini!

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular.

Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)