Call nowWhatsapp

Kesan Dialisis Bagi Penyakit Buah Pinggang Kronik CKD

Ramai pesakit buah pinggang kronik sejak akhir-akhir ini. Kebanyakannya disebabkan oleh penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan lain-lain lagi yang dideritai daripada awal. Jangan terkejut ada yang baru berumur belasan tahun telah perlu dibuat dialisis akibat penyakit buah pinggang kronik atau CKD.

Ramai beranggapan mereka sihat, ada yang tidak kalut pun hendak buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Sebab mereka merasakan mereka cukup sihat, sedangkan setiap orang mempunyai risiko yang sama kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang dalam diam.

Ada juga yang jenis, walaupun telah ada tanda-tanda, masih juga dalam “in denial”. Masih juga menyebut “tiada apa-apa” dan enggan berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Kesannya tanda-tanda tadi semakin merebak, menyebabkan semakin parah. Sebenarnya jika tahu lebih awal adalah lebih baik sebab proses penyembuhan lebih tinggi.

Kesan Dialisis Bagi Penyakit Buah Pinggang Kronik CKD

Sama juga kes dengan penyakit buah pinggang kronik atau CKD. Jika melarat hingga tahap 5, perlu dialisis sepanjang hidup. Antara kesan-kesan sampingan dialisis adalah:

  • Mengganggu tidur
  • Kulit menjadi kering
  • Kekejangan otot
  • Loya dan muntah
  • Pening kepala
  • Jangkitan kuman
  • Pendarahan dari tempat cucukan jarum
  • Penurunan tekanan darah mendadak (hipotensi)
  • Bendalir berlebihan

Risiko Akibat Dialisis Oleh Penyakit Buah Pinggang Kronik

Antara risiko yang boleh dialami oleh pesakit buah pinggang kronik atau CKD ialah:

1. DRA atau Dialysis Related Amyloidosis

DRA berlakunya pemendapan protein-protein dari darah pada tendon dan sendi pesakit. Ini akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan pada sendi.

2. Hepatitis B

Hepatitis B disebabkan darah pesakit terdedah semasa rawatan dialisis.

3. Anemia (kekurangan darah merah)

Anemia berlaku akibat hormon erythropoietin (hormon yang merangsang pembentukan sel-sel darah merah) berkurangan di sum-sum tulang.

4. Penyakit tulang

Ini berlaku apabila hormon paratiroid berlebihan dan ini menghakis kalsium daripada tulang anda. Selain itu penyakit buah pinggang kronik menyebabkan badan anda tidak lagi dapat menyerap vitamin D dengan baik.

5. Tekanan darah tinggi

Jika anda mengambil terlalu banyak garam atau minum cecair terlalu banyak ketika sedang dialisis untuk penyakit buah pinggang kronik, tekanan darah tinggi akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk pada baki fungsi buah pinggang anda. Jika tidak dirawat, tekanan darah tinggi boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

6. Keradangan pada selaput yang mengelilingi jantung (pericarditis).

Hemodialisis yang tidak mencukupi boleh membawa kepada keradangan selaput yang mengelilingi jantung, yang boleh mengganggu keupayaan jantung anda untuk mengepam darah ke seluruh badan anda.

7. Tahap potasium tinggi (hyperkalemia).

Buah pinggang biasanya membuang potassium berlebihan dari badan. Jika anda mempunyai penyakit buah pinggang kronik dan anda makan lebih potasium daripada yang disyorkan, tahap potasium anda boleh menjadi lebih tinggi daripada biasa. Dalam kes-kes yang melampau, terlalu banyak potassium boleh menyebabkan jantung anda berhenti.

Kos Rawatan Dialisis Bagi Penyakit Buah Pinggang Kronik

Bukan itu sahaja, kos perubatan juga tinggi. Rawatan dialisis bagi penyakit buah pinggang kronik adalah sekurang-kurangnya 13 kali sebulan. Kosnya seperti berikut:

  • Hospital swasta: RM3,250 sebulan dengan RM250 setiap sesi
  • Pesakit di bawah NKF (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan) perlu membayar rm50 setiap sesi iaitu kira-kira RM650 sebulan

Itu baru dialisis, belum masuk kos-kos lain lagi.

Justeru sangat mustahak untuk menjaga kesihatan diri kita daripada terkena mana-mana penyakit terutama melibatkan penyakit buah pinggang kronik.

Jemput tonton video di bawah tentang dialisis bagi penyakit buah pinggang kronik.

Resveratrol Terapi Berkesan Penyakit Buah Pinggang Kronik CKD

Resveratrol sememangnya nutrisi yang baik untuk badan disebabkan khasiat antioksidannya yang sangat baik. Baru-baru ini saya ada terbaca jurnal berkenaan resveratrol sebagai terapi berkesan bagi penyakit buah pinggang kronik atau CKD.

Keradangan dan Tekanan Oksidan Bagi Penyakit Buah Pinggang Kronik

Keradangan sistemik dan tekanan oksidan selalu dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular pramatang yang biasanya ada pada pesakit dengan penyakit buah pinggang kronik. Ciri-ciri tekanan oksidan adalah ketidakseimbangan di antara kapasiti antioksidan dalam tubuh dengan pengeluaran radikal bebas.

Selain itu, bagi peringkat penyakit buah pinggang kronik (belum dialisis), tekanan oksidan terlibat dalam kecederaan tisu buah pinggang yang dikaitkan dengan perkembangan penyakit itu sendiri.

Ada kajian yang dilakukan dikalangan saintis Brazil yang dilaporkan dalam jurnal saintifik pada tahun 2013 yang mengkaji kesan resveratrol dalam keradangan dan mengawal tekanan oksidan.

Bagaimana resveratrol membantu mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif pada penyakit buah pinggang

Bagaimana resveratrol membantu mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif pada penyakit buah pinggang kronik

Apakah Resveratrol

Ada suatu bahan dalam Vivix iaitu resveratrol. Resveratrol adalah sejenis antioksida – polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang. Kulit anggur merah mengandungi konsentrasi resveratrol yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai ‘sistem imunisasi’ untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Resveratrol mempunyai kesan yang baik kepada membantu penyakit buah pinggang kronik. Tetapi bagaimana?

11 Cara Resveratrol Membantu Penyakit Buah Pinggang Kronik

Dalam kajian klinikal, resveratrol telah menunjukkan fungsi positif kepada penyakit buah pinggang kronik dalam aspek berikut:

  • Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dikalangan pesakit buah pinggang kronik
  • Menjejaskan proses azotemia
  • Membantu melemahkan perkembangan penyakit buah pingang kronik
  • Peningkatan dalam fungsi lipid
  • Mengurangkan keradangan mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nefron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
  • Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal
  • Mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang
  • Mengembangkan salur darah pada buah pinggang
  • Mengurangkan proses lipid peroksida.
  • Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang
  • Memberikan tenaga pada sel sekaligus pesakit buah pinggang akan merasa bertenaga

Kesimpulan

Sekiranya anda atau orang terdekat anda merupakan pesakit buah pinggang kronik atau CKD yang memerlukan dialisis, bantulah mereka untuk menjalani hidup yang berkualiti. Jika dilihat kepada kesan dan risiko dialisis, hidup mereka mungkin tidak lagi seperti dulu. Mengelakkan dialisis adalah dengan cara mencegah penyakit.

Tetapi sekiranya telah pun memerlukan dialisis, ikhtiarkan untuk mengurangkan kekerapan keperluan dialisis dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Ada customer saya ambil Vivix untuk ibunya yang perlu dialisis. Hasilnya memang menakjubkan.

Vivix membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dialisis buah pinggang kronik

Vivix membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dialisis buah pinggang kronik

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)