Call nowWhatsapp

HAri ke 5 kami di Switzerland, kami ada 2 agenda besar iaitu melawat kilang coklat Swiss dan juga makan Swiss cheese fondue yang popular! Untuk yang belum baca catatan sebelum, berikut ialah link:

Check In Hotel Royal Savage, Lausanne

Kami sampai ke Lausanne pada hari ke 4 dari Jungfrau dah agak lewat. Sebelum check in, Shaklee bawa kami makan dinner dulu di sebuah restoran India Muslim di Lausanne. Saya masa tu dah kepenatan, ditambah rasa masih kenyang jadi saya memilih untuk tak dinner. Seingat saya breakfast di Bergenstock Hotel pun cukup banyak, saya pun ada minum ESP dan Lifeshake Elderberry pagi tadi.

Tengahari pula memang saya makan semua yang Shaklee hidangkan di Jungfrau. Termasuk makan coklat. Jadi bagi saya cukuplah. Kepenatan lagi pun.

Masuk juga restoran sebab tak boleh menunggu dalam bas. Hujan malam tu, jadi berlari-lari anak kami semua untuk masuk ke restoran.

Seusai dinner, kami check in di hotel kami Royal Savoy, yang terletak di Lausanne.

Lausanne ialah sebuah bandar di Tasik Geneva, di wilayah Vaud, Switzerland yang berbahasa Perancis. Ia menempatkan ibu pejabat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, serta Muzium Olimpik dan Taman Olimpik tepi tasik. Jauh dari tasik, bandar lama berbukit ini mempunyai jalan zaman pertengahan yang dipenuhi kedai dan katedral Gothic abad ke-12 dengan fasad berhias. Palais de Rumine abad ke-19 menempatkan muzium seni halus dan sains.

Royal Savoy Switzerland
Royal Savoy Switzerland

Dikatakan hotel Burgenstock dan Royal Savoy dimiliki oleh kerabat diraja United Emiriah (UAE). InsyaAllah saya menginap di sini selama 4 malam. Keseluruhan kos penginapan di Royal Savoy di tanggung oleh Shaklee yang jumlahnya kira-kira RM8 ribu bagi 1 buah bilik (sharing 2 orang).

Dalam bilik hotel, kami diberikan lagi hadiah oleh Shaklee. Ada sekotak besar Coklat dari jenama Cailler. Katanya coklat ni pun dah berharga lebih rm200. MasyaAllah dapat makan coklat mahal.

Masuk bilik Shaklee bagi hadiah coklat Femina Cailler bernilai lebih rm200
Masuk bilik Shaklee bagi hadiah coklat Femina Cailler bernilai lebih rm200

Lawatan ke Kilang Coklat La Maison Cailler

Pagi hari ke 5 kami ini pertama kali kami breakfast di bumi Lausanne. Seusai bersiap, saya dan roomate terus turun untuk breakfast. Breakfast di sebuah dewan yang Shaklee sediakan caterer yang menyediakan makanan halal. Semua chef dan pelayan pun dipastikan yang beragama Islam. Best sangat.

Setiap hari ada jem macam ni untuk breakfast
Setiap hari ada jem macam ni untuk breakfast
Takde cheese bukan Swiss la kan. Pelbagai jenis cheese ada
Takde cheese bukan Swiss la kan. Pelbagai jenis cheese ada
Hari pertama di Royal Savoy saya amik ni yogurt with granola
Hari pertama di Royal Savoy saya amik ni yogurt with granola
Di belakang tu Tasik Lausanne bergambar di bilik kami
Di belakang tu Tasik Lausanne bergambar di bilik kami

Switzerland memang dikenali sebagai pengeluar coklat terbaik didunia. Antara jenama terkenal seperti Lindt, Ladarach, Toblerone, Callier, dan Nestle pun sebenarnya berasal daripada Switzerland. Dan Switzerland terkenal dengan coklat susu (milk chocolate) mereka.

Jadi hari ke 5, kami dibawa ke kilang coklat Nestle yang terletak di Broc dan berhampiran dengan Gruyere. Gruyere kami akan singgah selepas trip ke kilang Nestle tengahari nanti.

Pemandangan di sepanjang perjalanan dari Lausanne ke Broc memang breathtaking. Cantik sangat, cuaca pun elok sahaja pagi ni.

Pemandangan en route Broc
Pemandangan en route Broc
Kilang Coklat Cailler, jenama coklat tertua di Switzerland
Kilang Coklat Cailler, jenama coklat tertua di Switzerland

Asasnya sebenarnya ianya adalah kilang coklat Cailler. Cailler takde dijual di negara kita, jaman dulu adalah diceritakan Cailler bergabung dengan Nestle hingga sekarang. Jadi kilang ni sebenarnya asalnya adalah kilang Cailler.

Cailler of Switzerland ialah salah satu pengeluar coklat Switzerland terbesar dan mendakwa sebagai jenama tertua dalam perniagaan coklat. Cailler telah menghasilkan coklat sejak 1819 (di Vevey) dan sejak 1898 di Broc.

Cailler adalah pengeluar pertama kepingan coklat di dunia. Cailler telah menjadi sebahagian daripada kumpulan Nestlé sejak 1929 tetapi masih beroperasi sebahagian besarnya secara bebas.

Rambang mana tengok banyak coklat
Rambang mana tengok banyak coklat

Lama juga la kami di Kilang Cailler ni, tour pun dah lebih 30 minit, lepas tu membeli coklat pula beratur panjang nak membayar, belum lagi rambang mata tengok pelbagai jenis coklat Cailler.

Dalam bas, kami dapat hadiah lagi daripada Shaklee. Dapat lagi set coklat Cailler. Alhamdulillah

Ada beli sikit coklat Cailler untuk family
Ada beli sikit coklat Cailler untuk family
Atas bas dapat coklat hadiah dari Shaklee
Atas bas dapat coklat hadiah dari Shaklee

Gruyere dan Cheese Fondue

Selain coklat, Switzerland juga terkenal dengan cheese fondue dia. Ada sebuah tempat ni kami singgah, namanya Gruyere, memang terkenal dengan cheese Gruyere dia. Kat negara kita pun ada jual, boleh cubalah kalau tertarik ya.

Kami makan tengahari di Gruyere, basically ada:

  • ayam dan pasta
  • cheese fondue
  • dessert meringue

Di Gruyere mereka terkenal dengan cheese fondue dan meringue.

Pemandangan bandar kecil Gruyere
Pemandangan bandar kecil Gruyere

Gruyere ialah pekan zaman pertengahan ialah lokasi pelancongan yang penting di lembah atas sungai Saane/Sarine, dan memberikan namanya kepada keju Gruyère. Pekan zaman pertengahan ini terletak di puncak bukit setinggi 82 meter (269 kaki)[3] yang menghadap ke lembah Saane dan Tasik Gruyère.

Dan sebenarnya susah juga kami nak menikmati cheese fondue ni. Sebab mereka menggunakan wain untuk cheese fondue, fungsi wain ialah untuk elakkan cheese tu memekat. Jadi Shaklee memang berusaha carikan kedai yang boleh buat cheese fondue yang halal untuk kami. Itulah kami dapat menikmatinya, alhamdulillah.

Manis betul meringue
Manis betul meringue
Upacara yang dinantikan, makan cheese fondue. Sedap wei
Upacara yang dinantikan, makan cheese fondue. Sedap wei

Sudah makan, kami pun jalan-jalan di sekitar Gruyere.

Masa ni dah start hujan. Kesilapan saya tak pakai jaket, mafla dan sarung tangan. Kesejukan
Masa ni dah start hujan. Kesilapan saya tak pakai jaket, mafla dan sarung tangan. Kesejukan

Tengah-tengah nak menikmati keindahan pekan kecil ni, hujan turun pula. Saya pula masa trip ni lupa bawa jaket dan tak pakai mafla dan sarung tangan, terpaksa beli sarung tangan sebab kesejukan teruk sebab hujan. Silap besar 1 lagi ialah pakai kasut skechers, jadi bila hujan habis basah kasut. Bila sejuk, memang bahaya lah kasut basah. Ianya boleh sebabkan frost.

Jadi kami cepat-cepat kena balik ke hotel, masa tu around jam 4pm dah.

Ronda-ronda Sekitar Hotel Royal Savoy

Malamnya sebenarnya takde aktiviti sangat, jadi ingat nak jalan-jalan waktu malam di sekitar hotel dan bandar Lausanne.

Tapi keluar tak sampai sejam, dah masuk semula. Sebab sejuk menggigil. Rupanya suhu sekitar 5 degree malam tu. Bergambar sikit, lepastu masuklah. Baik tidur.

Ronda-ronda malam di sekitar hotel. Dah macam gaya jutawan
Ronda-ronda malam di sekitar hotel. Dah macam gaya jutawan

Bisnes Shaklee Biar Sampai Layak Dapat Percutian Shaklee Setiap Tahun!

End of day 5.

Bagi anda yang buat bisnes Shaklee, percutian Shaklee adalah sesuatu yang anda boleh dapat. Saya yang biasa-biasa ni pun alhamdulillah Allah bagi rezeki boleh sampai ke Switzerland. So can you!

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

Hubungi kami di nombor berikut untuk pendaftaran segera. Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan hidup baru yang lebih sihat!

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

Untuk join bisnes Shaklee, boleh klik link berikut

https://wasap.my/60122195919

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #resVvixchallenge #feelyoung #polyphenols #coolparents #myyouthfulpower
#shaklee #shakleemalaysia

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Certified Product Expert / Trainer
Shaklee Gombak

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)