Call nowWhatsapp

HAri ke 4 kami di Switzerland, kami dibawa ke Jungfrau. Untuk yang belum baca catatan sebelum, berikut ialah link:

Checkout Hotel Palace, Burgenstok

Pagi-pagi lagi kami dah checkout. Hantar beg di lobi, pergi breakfast di restoran. Luggage kami tu Shaklee uruskan dan akan dibawa direct ke Hotel Royal Savoy di Lausanne tempat penginapan kami for the next 4 nights.

MasyaAllah sedap sungguh breakfast hari terakhir sambil menikmati panorama awan karpet di sana. Ketika itu cuaca berkabus, sejuk damai sahaja, panorama pun sangat cantik.

Sebab dah hari last, kami spend masa untuk jalan-jalan sekitar Burgenstock mengabadikan kenangan disini.

Perjalanan Lucerne ke Jungfrau

Panorama indah sepanjang perjalanan dari Lucerne ke Lauterbrunnen
Panorama indah sepanjang perjalanan dari Lucerne ke Lauterbrunnen

Dari Hotel Palace, Burgenstock Lucerne, kami naik bas untuk ke stesen keretapi di Lauterbrunnen. Jaraknya 2 jam perjalanan untuk tiba di Lauterbrunnen.

Sepanjang perjalanan view dia cantik sangat tak sempat nak tidur.

Kami akan naik train dari Lauterbrunen dan akan tukar train di Kleine Scheidegg. Dari Lauterbrunnen dengan keretapi, nak sampai ke Jungfrau hampir 2 jam.

Train pertama kami naik di Lauterbrunnen. Train ni akan ke Kleine Scheidegg
Train pertama kami naik di Lauterbrunnen. Train ni akan ke Kleine Scheidegg
Gambar di Station Lauterbrunnen. Train ni akan ke Kleine Scheidegg
Gambar di Station Lauterbrunnen. Train ni akan ke Kleine Scheidegg
Tiket kami Dari Lauterbrunnen ke Jungfrau
Tiket kami Dari Lauterbrunnen ke Jungfrau
Ni station Kleine Scheidegg kami naik train lain pula. Di belakang ialah Jungfrau
Ni station Kleine Scheidegg kami naik train lain pula. Di belakang ialah Jungfrau
Berhenti sekejap di Wengen. Tak tukar train dah, 10 minit stop
Berhenti sekejap di Wengen. Tak tukar train dah, 10 minit stop

Tiba dan Aktiviti di Jungfrau

Sampai sahaja di puncak kami terus lunch yang Shaklee sediakan. Memang makan jalan,tidur, makan jalan tidur je kerja kami.

Restaurant ni terletak di Eiger in Jungfraujoch (lunch). Kami lunch dan terus solat jamak. Sebab selesai lunch kami bebas untuk explore seluruh tempat yang penting pukul 4pm semua wajib turun. ada macam-macam attraction seperti

👉 Jungfrau panorama

👉 Sphinx Terrace

👉 Alpine Sensation

👉 Ice Palace

Jungfrau Panorama

Jungfrau dengan ketinggian 3454 m above sea level. Harga tiket untuk seorang disini CHF 160 = RM768.

Oh ya, mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah Jungfrau dan Jungfraujoch benda yg sama. Ia tak sama sebenarnya. Jungfrau adalah nama gunungnya, Jungfraujoch adalah pelana (saddle di antara puncak Jungfrau & puncak Mönch).

Kalau nak ke puncak Jungfrau, kita kena hiking pula. Tapi biasanya orang panggil je Jungfrau ke Jungfraujoch ke, still refer ke tempat yg sama.

Anda mungkin pernah dengar yang Jungfraujoch ni juga dikenali sebagai Top Of Europe.

Adakah benar-benar Jungfrau ni gunung tertinggi di Eropah? Tidak, itu cuma marketing je. Jungfraujoch dipanggil Top of Europe kerana ia adalah stesen train yang tertinggi di Eropah, bukan gunung tertinggi Eropah.

Puncak tertinggi Eropah adalah Month Blanc (4808m), if not considering Caucasus Mountains. Jungfrau hanya 4158 m, not even in the top 10.

Jungfrau adalah bahasa Jerman bermaksud – anak dara.

Kisah lagenda menyatakan bahawa gunung Jungfrau (anak dara) dilindungi oleh gunung Moench (sami) dari ancaman Eiger (gergasi).

Mark Twain pernah menulis tentang Jungrau, “It is a good name, Jungfrau — Virgin. Nothing could be whiter; nothing could be purer; nothing could be saintlier of aspect,”

Sayangnya kami hanya mampu menikmati the Plateau & the Sphinx saja memandangkan Snow Fun Park hanya dibuka dari pertengahan Mei hingga Oktober.

Di puncak Jungfrau ni suhu sejuk sangat, dalam -10 at degrees celcius sekali pakej angin kuat & snowing ❄️.

Sekadar pakai glove tak membantu, jari sampai kebas. Hand warmer pun rasa macam tak panas sebab cuaca yang terlampau sejuk.

Masa ni kuat angin, ada sikit2 salji berterbangan.
Masa ni kuat angin, ada sikit2 salji berterbangan.
Masa ni salji sepoi2 bahasa. Disini lokasi shooting KDrama Crash Landing Upon You
Masa ni salji sepoi2 bahasa. Disini lokasi shooting KDrama Crash Landing Upon You
Dapat passport Jungfrau
Dapat passport Jungfrau

Sphinx Terrace

Balai Cerap Sphinx ialah sebuah balai cerap astronomi yang terletak di atas Jungfraujoch di Switzerland. Ia dinamakan sempena Sphinx, puncak berbatu di mana ia terletak. Pada ketinggian 3,571 m (11,716 kaki) di atas paras purata laut, ia adalah salah satu balai cerap tertinggi di dunia.

Boleh diakses oleh orang ramai, ia juga merupakan dek pemerhatian kedua tertinggi di Switzerland. Puncak gunung telah dibuat terowong untuk memuatkan lif yang naik ke balai cerap dari stesen kereta api Jungfraujoch, stesen kereta api tertinggi di Eropah.

Di hadapan Sphinx
Di hadapan Sphinx
Sphinx Jungfrau kat sini
Sphinx Jungfrau kat sini

Ice Palace

Istana Ais, yang dipenuhi dengan arca ais yang menceritakan secara halus sejarah glasier, terletak 30 meter di bawah Alage, glasier terpanjang di Eropah, antara puncak Monch dan Jungfrau.

Ia adalah dunia nyata dengan bentuk lutsinar beku dan arca ais ibex, beruang dan helang. Laluan terowong salji yang sempit, laluan bersalji tebal dan udara sejuk yang menyelubungi anda sudah pasti menawarkan pengalaman unik kepada pelawat.

Dalam Ice Palace anda tempat boleh posing
Dalam Ice Palace anda tempat boleh posing
Ice sculptcure di Ice Palace
Ice sculptcure di Ice Palace

Kedai Coklat di Jungfrau

Swiss di mana-mana pun ada coklat. Di atas ketinggian 3000m dari aras laut pun dia masih ada kilang buat coklat dan kedai coklat.

Kedai Coklat Lindt di Jungfrau
Kedai Coklat Lindt di Jungfrau
Coklat pemberian Shaklee, dibuat di ketinggian 2320m di Jungfrau
Coklat pemberian Shaklee, dibuat di ketinggian 2320m di Jungfrau
Bergambar kenangan dengan Presiden Shaklee Malaysia, Ms Helen Lam
Bergambar kenangan dengan Presiden Shaklee Malaysia, Ms Helen Lam

Perjalanan Jungfrau Ke Lausanne

Di Jungfrau pun ada kedai coklat tau. Kiranya kedai membuat coklat yang paling tinggi didunia. Siap dapat free lagi seorang satu bar besar.

Kami bersiap untuk turun sekitar jam 4 petang. Turun pun tentulah pakai cable car juga. Hari dah nak malam jadi boleh bayanglah suasana ala-ala magrib hingga ke malam turun dengan cable car. Rasanya around 45minit dalam cable car untuk sampai di bawah.

Dah turun dengan cable car, kami naik train lagi untuk ke stesen Lauterbrunnen.

Bila turun dari train, salji turun merasa tengok snow flakes turun. Saya pun teruja tengok salji turun pertama kali. MasyaALlah Alhamdulillah, terima kasih diberi peluang yang sangat berharga ini. Tak sempat nak ambil pic sebab kami teruja menikmati moment itu.

Dinner kami malam ini indian food. Ada macam-macam makanan sampai tak tahu nak pilih yang mana. Memang beruntung siapa yang join trip Shaklee ini sebab korang tak perlu pening-pening kepala nak cari makanan dan berapa kos dia.

Gambar dinner dah tak ambik, sebab letih betul sepanjang hari travel dan main salji!

Bisnes Shaklee Biar Sampai Layak Dapat Percutian Shaklee Setiap Tahun!

End of day 4.

Bagi anda yang buat bisnes Shaklee, percutian Shaklee adalah sesuatu yang anda boleh dapat. Saya yang biasa-biasa ni pun alhamdulillah Allah bagi rezeki boleh sampai ke Switzerland. So can you!

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

Hubungi kami di nombor berikut untuk pendaftaran segera. Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan hidup baru yang lebih sihat!

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

Untuk join bisnes Shaklee, boleh klik link berikut

https://wasap.my/60122195919

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #resVvixchallenge #feelyoung #polyphenols #coolparents #myyouthfulpower
#shaklee #shakleemalaysia

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Certified Product Expert / Trainer
Shaklee Gombak

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)