Kenapa Perlu Suplemen Untuk Detox

By | 13 May 2016
kenapa perlu ambil suplemen untuk detox

Kenapa Anda Perlu Ambil Suplemen Untuk Detox

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog MummyDetox powered by Vitamin-Cerdik dan Shaklee.

Betul Ke Perlu Ambil Suplemen Untuk Detox?

Sebenarnya ramai bertanyakan soalan ini. “Perlukah ambil suplemen untuk detox?”

Jawapan jujur daripada saya, “Bergantung kepada individu tersebut. Ada orang perlu. Ada orang tidak perlu.”

Saya ingin anda betul-betul faham. Program MummyDetox powered by Shaklee merupakan program detox secara menyeluruh. Salah satu programnya adalah detox melalui nutrisi. Pengambilan nutrisi yang sihat dan diperlukan oleh organ-organ detox untuk menjadikan sistem detox dapat berperanan secara optimum.

Semuanya bermula daripada perut.

Sistem pencernaan adalah memainkan peranan yang penting dalam kesihatan kita. Sistem ini termasuk organ seperti usus, hati dan pancreas. Sistem ini bermula dengan mulut, tekak, perut, usus kecil dan usus besar dan semuanya adalah sepanjang 9meter.

Sistem pencernaan membantu mencernakan semua makanan yang diambil, menyerap nutrisi dan menukarkan makanan kepada najis. Jika anda mempunyai masalah penghadaman lemah, ini boleh menyebabkan sel-sel badan anda tidak mendapat makro dan mikronutrien yang mencukupi. Ini menjejaskan sistem penyingkiran toksin di dalam badan.

Faham ke ni? Maksudnya kalau sistem penghadaman kita lemah, menyebabkan nutrisi yang kita dapat melalui pemakanan tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh sel badan kita. Jadi menyebabkan sel badan kita dan sistem penyingkiran toksin kita tidak dapat berperanan secara optimum.

Jadi kita perlukan suplemen untuk membantu mengoptimumkan fungsi organ-organ penyingkiran toksin kita.

Kisah saya

Saya ambil Shaklee telah masuk tahun ke 4. Lama tu, 4 tahun! Memanglah sepanjang 4 tahun banyak juga perubahan dalam diri saya hasil saya ambil Shaklee. Dan sebab itulah saya setia sehingga kini dengan Shaklee, memang tidak tengok dah produk jenama lain.

Saya yang dulu:

Saya pada tahun 2009, masa ini anak baru seorang

Saya pada tahun 2009, masa ini anak baru seorang (saya bertudung hitam). Berat masa ni 80kg, tidak amal apa-apa suplemen.

1. Berat badan.

Saya memang gemuk sejak kecil. Berat badan saya selepas bersalin (anak pertama dan kedua) tidak pernah kurang daripada 70kg. Saya mula mengandung anak ke 3 pada berat saya 75kg. Bila badan sentiasa  berat, saya memang mempunyai tahap visceral fat yang tinggi, body fat pun tinggi, BMI obes, umur badan pun dekat 60 tahun. Maknanya badan saya ini lebih tua daripada usia sebenar saya.

2. Kulit.

Saya mengalami kulit muka yang berminyak, berjerawat sejak usia remaja lagi. Jerawat tidak pernah surut. Saya cuba macam-macam produk, MLM ada, yang doktor syorkan pun ada. Jumpa pakar kulit pun pernah dan saya habiskan beratus-ratus setiap kali jumpa doktor. Tapi kulit saya macam itu juga. Sehingga saya sudah malas hendak layan.

3. Kesihatan.

Alhamdulillah saya tidak pernah didiagnos apa-apa penyakit kecuali saya mengalami GDM ketika mengandung anak pertama dan kedua. Namun kesihatan saya tidak berapa baik selepas melahirkan anak sulung. Saya batuk selama setahun lamanya. Tidak pernah baik walaupun saya mencuba bermacam jenis ubat dan herba. Ubat moden, ubat tradisi (Cina, india, Melayu) semua saya pernah cuba. Saya bimbang terkena apa-apa penyakit kerana batuk adalah symptom tubuh memberitahu kita ada penyakit di mana-mana.

Masa itu saya belum kenal Shaklee. Saya tengok facebook memang banyak tentang Shaklee. Tetapi saya memang tidak percaya suplemen.

Saya selepas ambil Shaklee

Saya mula ambil Shaklee semasa saya berpantang anak kedua. Ketika ini saya Cuma ingin focus berkenaan menyusu. Masa menyusu anak sulung, saya tidak ambil apa-apa suplemen kecuali saya amalkan pemakanan sihat (sihatlah sangat kan).

Bila saya ambil set menyusu bagi anak kedua, macam-macam perubahan yang saya alami sendiri.

Saya pada tahun 2015, selepas berpantang anak ketiga.

Saya pada tahun 2015, selepas berpantang anak ketiga. Masa ini belum detox, tapi pengamal Shaklee

1. Penyusuan.

Anak kedua saya Alhamdulillah sihat. Kulitnya pun cantik. Sepanjang usianya memang jarang demam. Ini berbeza dengan anak sulung saya. Asal kena vaksin je mesti demam. Bukan sahaja itu, kulit anak sulung saya pun selalu naik ruam kalau panas dan sebagainya.

2. Kulit.

Diam tak diam, saya perasan kulit saya makin baik. Tiada lagi jerawat dan kurang berminyak. Saya tidak buat apa pun Cuma saya ambil set menyusu sahaja.

3. Kesihatan.

Kesihatan saya bertambah baik. Saya jarang demam, batuk dan selesema. Alhamdulillah. Kalau dapat batuk pun tidak lama, seminggu akan baik. Tapi saya risau bila:

  • Kadang-kadang saya rasakan sakit dada sikit. Sakit tidak lama, tapi macam tekan sikit pada dada.
  • Selain tu berat badan saya masih tidak berkurangan walaupun saya makan suplemen, walaupun saya menyusu.
  • Saya ada GDM ketika mengandung anak sulung dan kedua. Kata doktor tinggi risiko untuk saya dapat diabetes selepas umur saya 40 tahun kalau saya tidak jaga kesihatan.
  • Berat badan sekejap naik dan sekejap turun. Kalau makan tak ingat dunia, memang confirm naik.

Jaga Kesihatan Kita

Untuk sihat, memang susah sebenarnya pada zaman kita sekarang ini. Sebab apa?

1. Asal Makanan Kita dan Cara Penyediaan

Makanan kita pada zaman ini datang dari supermarket. Makanan kita diproses. Makanan kita mungkin telah diproses sejak minggu atau bahkan bulan lalu. Sayur-sayuran adalah ditanam di tanah yang sama selama bertahun-tahun.

Mereka diberikan toksik pesticides dan bahan kimia yang kita tidak ketahui. Itu kalau yang diketahui. Tanah kita sekarang pun sudah tidak subur dan mengandungi asid akibat hujan berasid, contohnya tanah di Kuantan kini tidak lagi baik untuk penanaman disebabkan isu bauksit. Ini menyebabkan nutrisi tanah telah berkurangan dan meningkatnya toksik dalam tanaman.

Jika binatang pula, mereka diberikan dengan pelbagai antibiotik, pelbagai ubat hormon dan makanan tidak berkhasiat di samping dikurung di kandang yang sempit dan penuh najis. Di samping itu kita telah memasak makanan kita secara keterlaluan (overcooked) dan terlebih (overdressed).

Ayam dulu vs ayam sekarang

Ayam dulu vs ayam sekarang

Suntikan, racun serangga dan bahan kimia ini pula adalah sumber toksin. Kita ambil makanan tapi kita juga menambah toksin dalam badan kita.

2. Cukupkah Vitamin Dan Mineral Dalam Makanan Anda?

Kembali kepada suplemen tadi. Dengan jenis makanan kita makan, apa yang membuat Anda terfikir bahawa anda cukup vitamin dan mineral? Mineral datangnya dari tanah. Menanam tanaman berkali-kali pada tanah yang sama akan mengurangkan nilai mineral hasil tanaman tersebut.

Baja kimia yang sering digunakan pula hanya nitrogen cecair, Fosfor dan Kalium. Bagaimana pula dengan Plutonium, Vanadium, Chromium, magnesium dan lain-lain? Mineral ini diperlukan untuk sintesis vitamin. Vitamin C contohnya, perlukan sistesis sekurang-kurangnya daripada fosfor.

Dalam keadaan semua di atas 70-90 peratus vitamin telah hilang atau dinyahaktifkan semasa memproses, pembungkusan, storan dan pengangkutan. Contohnya vitamin C dalam sebiji oren bersaiz purata dari ladang organik (selalunya bukan organik) di China pada masa penuaian adalah sekitar 70-100 mg.

Pada waktu vitamin C itu dibeli, ia hanya tinggal 20mg sahaja dalam oren tersebut, dan ini tidak mencukupi untuk meneutralkan bahan pengawet dan racun perosak pada kulit oren yang anda telah makan.

Mengapa kita perlukan suplemen?

Anda perlukan vitamin dan mineral suplement bukan kerana anda tidak mendapatkan mereka dari makanan, tapi kerana makanan yang anda makan tidak menyediakan vitamin dan mineral terus dari tanah atau telah kehilangan vitamin dan mineral ini sebelum makanan ini sampai kepada anda.

Kebanyakan vitamin dan mineral pula tidak dapat dibuat sendiri oleh sistem tubuh kita, malah perlu diambil daripada makanan. Jika keadaan begini, berapakah nilai vitamin dan mineral yang kita berjaya ambil?

Lebih teruk lagi, dalam kesibukan kita atau perhatikan saja anak-anak kita, mereka tidak mengambil makanan seimbang, betul tidak? Samalah, kita pun selalu juga tidak mengambil makanan seimbang. Jadi keadaan ini lebih meningkatkan kemungkinan anda tidak mendapat cukup vitamin dan mineral.

Jadi, jika anda fikir anda mampu mendapatkan vitamin dan mineral daripada makanan yang anda makan, fikirkan semula!

Pengalaman saya detox

Dalam sebulan April yang lalu, Shaklee memperkenalkan program baru dikenali sebagai program detox Shaklee. Program ini baru diperkenalkan di Malaysia, namun ia telah beberapa bulan telah dilaksanakan di US. Kalau anda google boleh jumpa macam-macam pengalaman pengguna Shaklee dari sana hasil program detox ini.

Syarat paling penting untuk sertai program ini adalah ANDA FAHAM KONSEP DETOX DAN ANDA PUNYAI KEKUATAN MENTAL YANG KUAT untuk melaluinya.

Sebab dengan kefahaman dan mental yang kuatlah anda akan Berjaya melalui dan berjuang untuk menjaga pemakanan di sepanjang program ini.

Saya boleh buat detox yang biasa orang buat contohnya minuman detox. Detox ada macam-macam. Anda cuba google, macam-macam keluar. Resepi pun ada. Adakah anda fikir minuman detox yang boleh dibuat sendiri itu lebih murah?

Begini. Dengan pengambilan suplemen, katakan anda spend dalam RM55 untuk Herblax untuk tempoh 2 bulan. Ini bermakna anda baru keluarkan RM0.91 untuk program detox usus anda. Padahal jika anda membuat minuman detox menggunakan lemon misalnya. Sebiji lemon berharga rm1.50 dan anda perlukannya untuk 1 hari detox.

Keduanya adalah pemakanan. Saya jenis yang tidak tahan. Saya suka makan. Saya tidak tahan tengok! Saya pernah makan kek (Secret recepi), 4 potong saya seorang! Saya juga pernah makan nasi 2 pinggan sekali hadap. Saya suap anak makan, saya pun makan.

Saya suka makan pizza, KFC dan seangkatannya. Siapa tidak suka? Mesti ramai dari kalangan kita suka makan, dan hakikatnya orang Malaysia memang suka makan tu.

Kalau hendak sihat, elakkan makan makanan segera, desserts dan sebagainya. Masalahnya inilah yang saya suka makan. Paling habis pun 10 hari bolehlah kita makan makanan rebus. Masa berpantang pun saya makan juga makanan yang dibakar. Naik cemuh sampai 40 hari weh.

Sebab itulah Shaklee suruh amalkan juga suplemen. Saya tahu suplemen bukan factor untuk saya sihat, tapi suplemen membantu saya mempercepatkan proses sihat saya tu.

Apa Suplemen Yang Saya Ambil?

Bagi tujuan detox, Shaklee telah siap-siapkan set yang lengkap sebenarnya. Tetapi memandangkan saya adalah ibu menyusu, maka ada penambahan jugalah. Disamping detox, saya juga ingin menguruskan badan (ini bonus bagi detox), kalau-kalau Berjaya. Jadi dalam program MummyDetox saya tidak menjanjikan anda akan kurus, tetapi insyaAllah anda boleh sihat dan anda terpaksa kurus.

Antara suplemen yang saya ambil bagi tujuan detox adalah:

1. Suplemen untuk menyingkirkan toksin

Hendak singkir toksin secara natural dengan air detox pun boleh. Rajin tak rajin sahaja. Cuma persoalannya adalah adakah air detox telah cover keseluruhan organ penyingkiran toksin kita? Ini sesuatu yang kita kena fikirkan.

Dalam set detox Shaklee, ia mengandungi beberapa produk yang bertujuan menyingkirkan toksin dalam badan serta menjadikan organ penyingkiran toksin kita sihat dan dapat bekerja dengan optimum. Antaranya adalah:

set detox shaklee

Set detox Shaklee

a. Detox hati: DTX Complex

DTX Complex adalah untuk detox hati, buah pinggang dan penghadaman. Bertindak sebagai detoksifikasi. Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.

Hati mengawal metabolisme protein. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.

Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

b. Detox badan: Alfalfa Complex

Alfalfa pula berfungsi untuk detox seluruh badan. Mencuci hati, darah dan usus – Mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkan kulit dan otot.

c. Detox darah: Vivix

Untuk detox darah. Vivix memperbaiki penghadaman, membantu pemberbaharui dan memberi tenaga kepada sel.

d. Detox usus: Herblax

Herblax berfungsi untuk detox usus dan mencuci usus besar. Di samping itu, Herblax merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.

e. Detox penghadaman: Peppermint Ginger Plus

Peppermint berfungsi untuk membantu penghadaman, mencuci usus dan perut, bagus untuk sistem pernafasan (paru-paru, salur pernafasan), mencuci paru-paru, melegakan perut yang sebu atau berangin, membantu tubuh menyerap nutrien, buang angin.

2. Suplemen membina sel dan otot

Untuk pengetahuan anda, dalam badan kita mempunyai otot (muscle) dan juga lemak (fat). Kalau lemak banyak kita akan gemuk, kalau otot banyak badan kita jadi cantik dan firm.

Kalau kita tidak mahu lemak banyak, kita mesti banyakkan otot dalam badan. Sebab kalau otot banyak, metabolisme badan akan meningkat dan seterusnya lebih banyak kalori akan terbakar secara automatik dalam badan kita.

Selain itu, disebabkan saya menyusu dan saya mahu detox, saya perlukan protein untuk membuatkan saya kenyang lebih lama dan mengurangkan keinginan saya untuk mengunyah.

Jadi matlamat kita mudah adalah memperbanyakkan otot dalam badan dan kenyang lebih lama.

Jadi bagaimana kita hendak mencapai matlamat kita itu?

Caranya adalah: Ambil banyak makanan yang bersumberkan PROTEIN.

Ini teorinyalah.

Antara sumber protein adalah ayam, daging, ikan, telur, susu, kacang. Namun masalahnya, kebanyakan sumber protein ini adalah tinggi kolestrolnya. Kalau tinggi kolestrol, jadi masalah lain pula nanti.

Sebab itulah saya ambil suplemen ini: ESP

Kenyang lebih lama dengan ESP Shaklee

Kenyang lebih lama dengan ESP Shaklee

ESP mempunyai kandungan protein tanpa kolestrol. Ia membantu membina otot dalam badan kita semasa program detox. ESP merupakan sumber protein terbaik akan menghalang kehilangan otot, membina otot seterusnya meningkatkan metabolisme badan kita.

ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, jadi kita rasa kenyang lebih lama, bertenaga dan tidak menaikkan gula dalam badan.

3. Suplemen untuk memecah dan membakar lemak

Kita gemuk sebab banyak lemak. Untuk tujuan ini, kita perlu

  • Memecahkan lemak dari makanan yang kita baru makan supaya ia tidak melekat pada salur darah. Jangan biarkan ia meresap ke dalam badan.
  • Membakar lemak yang sedia ada dalam badan.

Untuk buat benda ini, sebenarnya elok untuk kita bersenam. Barulah lebih banyak lemak yang akan dibakar dan disingkirkan dari badan. Selain itu kita mesti elak memakan makanan yang berminyak dan bergoreng.

Tapi susah nak buat kan? Saya malas dan selalu terbabas. Nampak karipap saya pun ngap dulu. Bukan seketul, berketul-ketul.

Sebab itulah saya ambil juga OMEGAGUARD dan LECITHIN.

Pecahkan lemak lecithin dan omega

Pecahkan lemak lecithin dan omega

Lecithin membantu memecah dan membakar lemak dalam badan kita.

Lecithin memecahkan dan menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran. Ini akan memudahkan lemak ini disingkirkan.

Omegaguard pula diperbuat daripada minyak ikan tulen. Ia berperanan untuk membakar lemak dalam badan.

Sebab itulah saya ambil kedua-dua suplemen ini. Disamping saya menjaga makan, suplemen ini juga akan membantu untuk membakar lemak dan mempercepatkan proses penurunan berat badan saya.

Adakah Suplemen Shaklee Selamat?

Banyak produk selalunya akan claim produk mereka selamat. Tapi yelah, siapa hendak percaya? Quaker Oat pun pernah kena saman sebab dipercayai tidak selamat. Begitu juga Dettol Korea pernah disaman disebabkan pernah menyebabkan kecederaan dan kematian.

Macamana pula dengan Shaklee?

Saya faham perasaan anda yang mungkin ragu-ragu dengan Shaklee. Sebab dulu saya pun anti suplemen. Saya tidak ambil suplemen MLM melainkan yang dipasarkan di farmasi.

Tapi saya telah menggunakan Shaklee sejak tahun 2011. Saya, anak-anak, suami dan ahli keluarga saya yang lain semuanya telah menggunakan Shaklee, sekurang-kurangnya sejak 2012. Termasuklah ahli keluarga yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, diabetes dan darah tinggi. Alhamdulillah kami semua sihat dan semakin sihat sehingga kini.

Shaklee Difference

Keselamatan Produk Adalah Keutamaan Shaklee

Sebab itu saya berani mencadangkan Shaklee kepada anda.

Untuk pengetahuan anda, produk Shaklee telah berada dipasaran sudah 60 tahun di US, manakala di Malaysia telah 30 tahun.

Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee telah menjalani pelbagai kajian dan ujian klinikal bagi memastikan ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan diperbuat dari bahan-bahan SEMULAJADI sahaja, TANPA BAHAN KIMIA berbahaya.

Shaklee juga mempunyai tim Saintis yang bekerja sepenuh masa untuk membuat kajian and pembangunan bagi menghasilkan produk-produk berkualiti ekslusif untuk Shaklee.

Selain itu produk Shaklee juga mempunyai landmark study. Landmark study merupakan kajian yang dijalankan oleh pihak ketiga (bukan Shaklee) ke atas produk Shaklee. Ada 2 landmark study yang dibuat ke atas produk Shaklee dan kedua-duanya memberikan hasil yang menakjubkan.

Kajian Kesan Jangkamasa Panjang Shaklee membuktikan kesihatan penggunanya meningkat dan selamat untuk diamalkan

Kajian Kesan Jangkamasa Panjang Shaklee membuktikan kesihatan penggunanya meningkat dan selamat untuk diamalkan

Dalam kedua-dua landmark study menunjukkan pengguna yang menggunakan Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang sangat baik berbanding pengguna suplemen jenama lain dan pengguna yang tidak menggunakan sebarang suplemen.

Adakah produk Shaklee berkesan?

Kalau saya cakap berkesan, mesti nanti anda kata saya overclaim atau tipu. Jadi dalam posting ini saya sertakan skrin capture yang saya ambil daripada mereka yang telah menyertai program detox Shaklee.

 

Ada isu lagi?

Anda tentu akan cakap, ala mahallah. Banyaknya nak makan!

Bagi saya pula, terpulanglah apa yang anda akan fikirkan. Tapi kalau difikirkan berapa banyak yang anda telah laburkan untuk menjadi “tidak sihat”.

Tak percaya? Cuba anda semak balik apa yang anda makan atau gunakan selama ini.

Dalam MummyDetox kami akan educate anda untuk amalkan gaya hidup yang sihat. Selepas ini, anda akan lebih bijak untuk memilih makanan yang baik untuk anda.

Ok, part makanan ok lagi kan. Kalau anda rasa mengikuti program MummyDetox adalah mahal, cuba anda bandingkan dengan kos yang anda terpaksa keluarkan dengan nilai kesihatan anda.

Anda ada kawan-kawan atau ahli keluarga dipotong kaki sebab kencing manis?

Anda ada kawan-kawan atau ahli keluarga mati sebab kanser?

Anda ada kawan-kawan atau ahli keluarga mati disebabkan sakit jantung?

Anda ada kawan-kawan atau ahli keluarga menghidap darah tinggi?

Para pembaca sekalian

Percayalah bahawa nilai yang anda akan laburkan ini tersangat murah berbanding dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada anda.

Saya dan tim MummyDetox bertanggungjawab menyampaikan mesej ini kepada anda.

Tanggungjawab anda adalah untuk membuat keputusan anda untuk kesihatan dan kehidupan anda.

Saya tidak akan memaksa anda untuk sertai tim MummyDetox, anda yang pilih untuk menyertai.

Jangan terlambat bertindak sehingga menjadi seperti kes-kes di bawah:

Kini orang muda pun sudah menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung

Kini orang muda pun sudah menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung

1 daripada 6 rakyat Malaysia menghidapi diabetes

1 daripada 6 rakyat Malaysia menghidapi diabetes

32.7% rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit darah tinggi

32.7% rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit darah tinggi

Strok merupakan pembunuh No 4 Negara

Strok merupakan pembunuh No 4 Negara

72% kadar kematian di negara ini adalah disebabkan oleh penyakit degeneratif atau sakit kronik

72% kadar kematian di negara ini adalah disebabkan oleh penyakit degeneratif atau sakit kronik

Kita tidak mahu perkara seumpama ini berlaku kepada anda. Bertindak sebelum terlambat ya.

Jangan biarkan anak-anak kita menjadi yatim ketika mereka masih kecil.

Jangan biarkan kita jatuh sakit akibat ketidakpedulian kepada kepada kesihatan.

Jangan biarkan kita menyesal di kemudian hari ya.

Anda jangan bimbang, apa yang kami cadangkan kepada anda bukan sesuatu yang di dalam peringat ujian. Bahkan sebenarnya program seumpama ini telah Berjaya, bukan di Malaysia sahaja bahkan di US sendiri. Ia terbukti berkesan dan mudah diamalkan.

Sekarang, anda buatlah keputusan.

Jika anda betul berminat menyertai Program MummyDetox, silalah berhubung dengan saya mengikut maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge