Seronoknya Bisnes Dengan Shaklee

By | 13 March 2017
Raihanah Bisnes Leader Shaklee

Teruja hendak cerita. Saya baru hadiri 2 latihan yang diadakan oleh 2 orang master hebat. Dalam bisnes Shaklee, paling seronok adalah apabila hadiri sesi latihan atau kelas yang diadakan oleh master.

Apabila sertai mana-mana kelas, selalu positif vibes itu memang tinggi. Teruja seronok semua ada. Sejak saya hadiri kelas pertama anjuran Master Zahirah 4 tahun lalu, memang saya akan sentiasa hadiri mana-mana kelas jika saya tidak ada hal lain. Keutamaan memanglah kan hadiri kelas Shaklee.

Sejak 4 tahun, mungkin kelas yang saya hadiri sudah melebihi 30 kelas. Belum masuk kelas online. Antara kemahiran dan skil yang saya perolehi adalah:

  1. Teknik close sales paling senang
  2. Teknik cermin ajaib
  3. Database is king

Dan macam-macam lagi sebenarnya. Selain anjuran Shaklee, inisiatif yang saya buat sendiri adalah hadiri kelas wordpress. Untuk blog sahaja saya mungkin telah belanjakan lebih rm1,000 setakat ini. Antaranya untuk:

  1. Kelas blog
  2. Kelas wordpress
  3. Migration dari blogspot ke wordpress
  4. Setting up SEO
  5. Maintenance

Maintenance tu termasuklah kos kecemasan sebab kadang blog saya overload sampai overlimit, pernah juga blog down, jadi saya upah servis untuk mereka tolong upkan semula.

Minggu lalu (Rabu) sebenarnya blog saya merudum. Dari trafik beribu-ribu, tinggal ratus-ratus sahaja. Risau memikirkan sampai takleh tidur, takleh fokus benda lain. Alhamdulillah akhirnya settle pagi tadi. Terima kasih pada blogger yang tolong saya.

Ok berbalik kepada kelas tadi, saya sertakan maklumat kelas dan gambar-gambar.

Kelas Masterkey Anjuran Master Hj Roslan

Master Hj adalah antara master yang saya ikuti rapat. Beliau adalah 5 upline saya. Setiap kali kelas beliau kalau saya tiada benda lain, saya akan hadiri kelas beliau.

Untuk kelas Sabtu, 11/3/2017, banyak yang saya pelajari terutama dari segi FB marketing. Antaranya

  • Teknik branding di FB
  • Teknik Copywriting

Copywriting adalah satu teknik yang sekian lama saya mahu masuk kelas. Kelas di luar caj saya dalam RM250 ke atas. Saya baru sahaja hendak sign up satu kelas ni, tetiba ilmu saya dah dapat dalam kelas Master Haji. Dan Master Haji tidak kenakan apa-apa caj pada saya. Saya cuma bayar RM10 untuk duit makan tengahari sahaja. Wow sangat kan?

Teknik branding diri juga satu ilmu saya kena brush up lagi. Untung saya dah ada ilmu ni, tak lokek kan master-master kami?

Dalam kelas Master Haji ramai otai berumur 50 tahun ke atas hadir sebagai fasilitator. Memang seronok dengan mereka ni, penuh ilmu dan pengalaman. Saya juga baru deal tarikh hendak jumpa Master Haji secara peribadi minggu ini. Semoga Allah permudahkan.

Sharing daripada salah seorang Master

Sharing daripada salah seorang Master

Saya bersama salah seorang peserta

Saya bersama salah seorang peserta

Kelas Retreat LAT Fighters Anjuran Master Zahirah

Kelas ini memang secara tiba-tiba dianjurkan oleh Master Zahirah. Tiada jadual program tertentu, tetapi lebih kepada sesi sumbang saran, soal jawab untuk selesaikan masalah peserta.

Saya sebagai pakar Vivix, alhamdulillah telah berkongsi pengalaman dan ilmu sedikit sebanyak kepada peserta tentang Vivix. Semoga manfaat Vivix dapat disebarkan lagi kepada orang lain.

Paling best bila 2 orang bakal leader saya turut hadiri kelas ini. Semoga Allah lorongkan dan permudahkan kejayaan buat mereka.

Balik daripada kedua-dua program, memang rasa aura yang cukup kuat. Cukup teruja dan bersemangat. Jom layan gambar-gambar.

Tolong doakan kami berjaya capai target

Tolong doakan kami berjaya capai target

LAT Fighters Retreat

LAT Fighters Retreat

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

12 thoughts on “Seronoknya Bisnes Dengan Shaklee

    1. Raihanah Ahmad Post author

      thanks tuan khir. doakan saya terus sukses

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      thanks uncle, sebab selalu ziarah sini

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge