MasyaAllah pantasnya masa berlalu, sebenarnya hari ni dah hari ke 11 kita berpuasa bagi tahun 1444H. Alhamdulillah hari ini saya kongsikan anda dengan tadabbur Al Quran bagi Surah Al-A’raf Ayat 129.
Hidup Bertujuan, Wawasan Dan Komitmen
Ada banyak pakar motivasi selalu mencadangkan agar kita ada wawasan tersendiri. Ada tujuan. Ada matlamat. Dan haruslah ditulis dengan pena. Tahukah kita dalam AlQuran pun sebenarnya telah menyebut perkara ini?
Mereka berkata: “Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami”. Nabi Musa menjawab: “Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?
Surah Al-A’raf 7:129
Kesakitan Bani Israil
Dalam ayat di atas, latar belakang berkisar tentang Nabi Musa AS dengan Bani Israel yang sedang menghadapi tekanan dan dalam keadaan yang teruk. Sebelum itu, Surah Al A’raf merupakan satu surah yang paling banyak menceritakan kisah Nabi Musa yang mana sangat berguna untuk teguran dan petunjuk kepada kehidupan kita semua.
Nabi Musa telah mencapai kemenangan dalam perlawanan bersama ahli-ahli sihir Firaun, yang mana ahli-ahli sihir ini kemudiannya telah berpihak kepada Nabi Musa lalu beriman.
Firaun yang malu, telah mengarahkan untuk membunuh semua bayi lelaki dengan cara yang kejam. Ternyata perbuatan ini suatu yang melampaui batas hanya untuk menunjukkan Nabi Musalah sebagai punca masalah ini. Ini menjadi trauma kepada Bani Israel kerana seolah-olah kisah 40 tahun lalu berlaku semula.
Dalam ayat 165 pula,
Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: “Akan diampunkan kelak dosa kami” Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti?
Surah Al-A’raf 7:165
Bani Israel yang sedang galau, berkata:
- Kamu bersenang lenang dalam istana Firaun
- Kemenangan kamu dulu dan sekarang pun tak memberikan faedah kepada kami
- Kamu hanya mendatangkan bencana 40 tahun lalu. Kamu lihat sekarang anak-anak lelaki kami akan mati dibunuh
- Kami menderita sebagai hamba abdi yang dikerah melakukan kerja berat
Reaksi Nabi Musa sangat tenang apabila baginda cuba memahami kata-kata mereka. Menunjukkan kebesaran jiwa Baginda dengan rasa simpati dan empati terhadap penderitaan Bani Israel.
Refleksi
Ada banyak pengajaran daripada kisah ini:
- Terapkan sikap simpati dan empati apabila mendengar sesuatu masalah daripada mereka yang bermasalah.
- Jadilah pendengar yang baik dan cuba fahami dan bayangkan situasi mereka yang bermasalah itu sebelum berkata-kata.
- Jangan cepat memburukkan kata-kata orang yang sedang sakit / bermasalah itu atau judge mereka mahupun memandang hina dan melabel mereka. Bagaimana yang Nabi Musa lalukan, fahami dulu perasaan mereka dan tidak membantah.
- Berusaha untuk membantu menjelaskan kepada mereka yang lemah bahawa Allah sudah merencanakan sesuatu yang kita tidak tahu tetapi mengandungi hikmah yang besar di masa akan datang.
- Jangan berkata buruk tentang Allah ketika kita diuji kerana kita tidak tahu hikmah disebaliknya. Selalu bersangka baik dengan Allah.
- Bukalah mata kita dan lihatlah keadaan di sekeliling kerana yang kita berada sekarang ialah proses-proses ke arah apa yang kita inginkan (destinasi). Umpamanya kita masih di dalam perjalanan dan belum sampai ke matlamat kita.
- Selalu ada wawasan yang dapat mebawa kita kepada Allah dan jangan mudah berputus asa.
Kesimpulan
Setiap kejayaan sering dan mesti disertai dengan cabaran dan ujian.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
Klik nombor ini. Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye.
Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


