Untuk menjadi insan yang berjaya, ikutilah syariat yang telah diajarkan olehAllah.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Surah Al Mukminuun 23: 1-9
Tip Kejayaan Menurut AlQuran
Dalam ayat 1 hingga 9 ini Allah memberikan tip kejayaan kepada orang beriman. Kalimah “aflaha” dalam ayat pertama ini bererti BERJAYA. Ia memberi syarat bahawa untuk berjaya itu sememangnya memerlukan usaha yang kuat.
Usaha yang kuat tu seperti kerja kerasnya seorang petani, ia memang ada kaitan di antara “aflaha” (berjaya) dan “fallah” (petani). Kejayaan itu memerlukan proses yang panjang dan kesabaran.
Ia juga memberikan gambaran dan penegasan bahaw akan berjaya sungguhlah orang-orang yang beriman.
6 Perkara Menjadi Faktor Penting Kejayaan Di Dunia dan Akhirat
- Solat yang khusyuk: simboliknya adalah kena fokus selain ianya merupakan proses dan percubaan berkali-kali
- Jauhi perkara sia-sia: simboliknya ialah pentingnya circle yang bagaimana kita pilih. Circle ini akan mempengaruhi tabiat kita
- Menunaikan zakat: simboliknya ia adalah bagaimana kita menguruskan sumber kita. Mengajar kita juga untuk mengambil berat tentang orang lain.
- Menjaga kemaluan: ia simbolik kepada pembangunan kekeluargaan. Bermula dengan menjaga orang yang terdekat dengan kita, selain menjaga keturunan kita daripada perkara yang tak baik.
- Menjaga amanah dan janji: simbolik untuk kita ramaikan kawan dan kurangkan musuh. Kita juga kena berkata benar dan jaga ikatan persahabatan.
- Jaga solat: simbolik kepada pengurusan masa, solatlah di awal waktu, tunaikan hak Allah dahulu.
Refleksi
Ada pengajaran dalam ayat ini:
- Ikutilah segala perintah dan larangan Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.
- Segala syariat yang telah ditetapkan oleh Allah mempunyai hikmah dan kebaikan yang tersendiri buat kita semua
- Berpegang kepada AlQuran dan Sunnah Rasulullah untuk berjaya dalam hidup. Selalu menjadikannya sebagai panduan utama untuk kita menjalani kehidupan sehari-hari.
Kesimpulan
Untuk berjaya, ikutlah resepi kejayaan ini. dan paling penting kena fokus, sabar dan kena faham proses berjaya sememangnya panjang.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
Klik nombor ini. Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye.
Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


