Kali ni jom kita telusuri ibrah dari Surah Maryam Ayat 4 dan 5
Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
Surah Maryam 19: 4&5
Doa Nabi Zakaria AS
Ayat 4 & 5 dari Surah Maryam ialah berkisah berkenaan Nabi Zakaria AS. Pada ayat ke 5, baginda mengeluarkan keluhan, bimbang dengan kecuaian kaumnya untuk menyempurnakan agama Allah setelah pemergiannya nanti.
Baginda mengadu bahawa isterinya mandul dan tidak boleh ada anak, justeru memohon agar dikurniakan anak lelaki agar dapat meneruskan perjuangan dakwah baginda.
Doa Nabi Zakaria ditutup dengan sangat indah. Baginda mengadu dirinya sudah tua dan lemah. Baginda juga memberitau Allah bahawa beliau tidak pernah putus asa dengan permintaan-permintaannya.
Ini memberikan isyarat kepada kita bahawa Nabi Zakaria telah memohon banyak kali untuk dikurniakan anak namun tak pernah hampa berdoa, baginda tak pernah putus asa dan terus memohon.
Titipkan Kesabaran Dalam Berdoa
Adalah menjadi fitrah manusia mudah berasa takut, risau, bimbang atas banyaknya tanggungjawab, atau kerja yang tidak selesai. Justeru normal untuk Berasa sedih atau mengeluh apabila tidak dapat sesuatu yang diinginkan.
Kadangkala, ada yang memahami daripada agama daripada agama, seolah-olah tak payah mengeluh, dan tak payah mengadu? Bila diajar macam ini, mengakibatkan segala perasaan risau dan sedih tu dipendam sendiri, sebab takut nak meluahkan.
Apa yang lebih menjadi salah ialah setelah meluahkan, kita jadi orang yang berputus asa dan menyalahkan Allah dengan apa yang berlaku.
Ada juga orang salah memilih tempat meluah. Meluahkan semata-mata dikalangan manusia, hingga lupa Allah ada sebaik-baik tempat mengadu.
Sabar tidak bermaksud kita terus ok apabila diuji. Tapi ia merupakan bagaimana cepat kita dapat memulihkan emosi. Ia juga bermakna endurance kita untuk tidak memilih berputus asa.
Refleksi
Kita kena tahu bahawa Islam dan AlQuran itu tidak kejam kepada manusia, luahkanlah isi hati kita.
- Ketahuilah bahawa Allah sentiasa mengiktiraf emosi kita dan ingin mendengar luahan dan aduan kita.
- Allah tidak ingin luahan itu berakhir dengan kekecewaan
- Allah nak kita meminta daripadaNya, mengadu hanya kepadaNya
- Bersabarlah kerana penantian kita akan berakhir jua
- Janganlah berputus asa dalam berharap kepada manusia
- Andai kata yang kita mohon itu tidak berlaku sekarang atau cepat, bertenang dan teruskan berdoa dan meminta dari Allah
- Jangan lemah menghadapi ujian yang datang, berdoalah kerana sesungguhnya dia itu adalah senjata orang Mukmin
Kesimpulan
2-3 tahun kebelakangan ni, saya pun baru amalkan doa dan mengadu kepada Allah. It is amazing tau, jadi saya suka galakkan sesiapa jua, berdoa dan mengadulah pada Allah, Pada bila-bila masa! Mintalah apa jua walaupun ianya perkara remeh, sebagaimana hadis Rasulullah:
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
لِيَسْأَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَاجَتَهُ حَتَّى يَسْأَلَهُ الْمِلْحَ وَحَتَّى يَسْأَلَهُ شِسْعَ نَعْلِهِ إِذَا انْقَطَعَ
Maksudnya: Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.
Jami’ Tirmizi (3604) Hadis Rasulullah
Menurut Syeikh al-Mubarakfuri sewaktu mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa milik Allah lah seluruh khazanah kekayaan, dan tiada Pemberi selain-Nya; maka mintalah apa sahaja dari-Nya hatta perkara-perkara yang ringan, kecil dan remeh. Sesungguhnya jika Allah SWT tidak memudahkan suatu urusan, nescaya ia tidak akan menjadi mudah untuk kita mendapatkannya. (Rujuk Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami al-Tirmizi, 10/52)
Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu
Surah Al Ghafir 40:60
Kredit Pejabat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ayat ini merupakan jaminan daripada Allah SWT, bahawa Dia akan mengabulkan setiap permintaan hamba-Nya yang berdoa.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
Klik nombor ini. Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye.
Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


