Tadabbur hari ini mengingatkan kita bahawa sesungguhnya Allah Maha Mendengar, luahkanlah segala apa yang terpendam di jiwa, usah simpan sendiri. Seperti yang biasa kita dengar, selepas hujan adanya pelangi.
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al Isra 17:1
Peristiwa Isra’ wa Mikraj
Surah dan ayat ini dikaitkan dengan perpindahan daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Surah ini memiliki kedudukan yang besar disisi Rasulullah, diceritakan Rasulullah tak pernah tinggalkan surah ini sebelum tidur.
Surah ini berkenaan peristiwa Isra wa Mikraj yang merupakan peristiwa terbesar dan terpenting dalam perjalanan hidup Rasulullah.
Peristiwa ini berlaku ketika tahun kedukaan buat Rasulullah, ketika baginda kehilangan isteri tercinta dan bapa saudaranya. Lalu dalam ayat ini, Allah mempamerkan dengan jelas sifat teragung Allah iaitu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Dengan 2 sifat ini, fahamlah kita bahawa setiap kita ada tahun dukacita masing-masing, Inilah kehidupan.
Allah hubungkan peristiwa ajaib ini dengan orang-orang mukmin di akhir zaman dengan hanya Allah menyebut dua nama di penghujung ayat pertama. AlQuran menghubungkan peristiwa Isra wa Mikraj ini tidak akan berulang kepada sesiapa selain Rasulullah.
Latar belakang ayat
Melalui ayat ini ia menggambarkan kepada kita perjuangan Rasulullah sebelum peristiwa Isra wa Mikraj, iaitu tahun dukacita Rasulullah. Ada 2 unsur dalam ayat ini:
- Apa yang diberikan kepda Rasulullah iaitu Isra’ wa Mikraj merupakan satu hadiah dan rezeki daripada Allah
- Kedua ialah, Rasulullah berduka tetapi baginda tetap mengingati Allah sebagai As-Sami’ Al-Basir
Justeru ada perkara menjadi pengajaran kita. Allah Maha Mendengar, jadikan Allah pertama agar kita merintih dulu kepadaNya. Maha Suci Allah yang tidak pernah pekak dalam mendengar doa, dan rintihan kita serta apa yang ada dalam hati kita. Allah juga tahu serba serbi kata-kata orang di sekeliling kita samada positif atau negatif.
Kedua. Allah Maha melihat. Nama kedua ini agar kita move on selepas merintih. Maha Suci Allah yang tak pernah buta dalam melihat usaha kita, tindakan kita, tidak putus asa kita yang berjuang meneruskan hidup. Allah melihat amal soleh dan segala usaha kita.
Refleksi
MasyaAllah hebat ayat ini kan. Jom lihat pengajaran ayat.
- Ayat ini juga dikaitkan dengan perpindahan kita daripada 15 Ramadan pertama kepada 15 Ramadan terakhir, daripada 15 juzuk pertama kepada 15 juzuk terakhir. Inilah pergerakan yang lebih kuat menuju Allah.
- Cara interaksi kita menentukan motivasi kita kepada AlQuran.
- Setiap kesakitan serta duka cita kita itu ada penawarnya.
- Yakinlah dengan dua nama Allah ini, Allah pasti punya cara tersendiri dalam memberikan penawar kepada kita.
- Percayalah bahawa apabila kita diuji oleh Allah, Allah akan memberikan kita rezeki dengan cara Allah sendiri yang tidak kita duga.
- Sentiasa peka dengan apa yang kita buat dan kata-kata kita walaupun kita bersendirian kerana sesungguhnya kita sentiasa diperhatikan dan didengari oleh Allah.
Kesimpulan
Hebatnya Allah, baiknya Allah.
Baliklah padaNya bila kita rasa terduduk, rasa kecewa, rasa tak diperlukan oleh manusia, kerana Allah pasti dakap kita seeratnya.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
Klik nombor ini. Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye.
Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


