Kali ni kita kongsikan pula info dari Surah Al-Nahl berkenaan bagaimana AlQuran memberikan kita nafas baharu.
Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): “Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku
Surah Al-Nahl 16:2
AlQuran Sebagai Ar-Ruh
Ayat ini memberikan kita sudut pandang baharu kepada AlQuran. Dalam ayat ini AlQuran disebut oleh Allah sebagai Ar-Ruh.
Ar-Ruh bermaksud sesuatu yang memberikan kehidupan. Manusia jika ada ruh, bermakna hiduplah dia dan sebaliknya. Allah ingin kita untuk berjumpa kehidupan yang sebenarnya. Maka Allah datangkan ArRuh supaya ia dapat menghidupkan kita dengan cara yang betul.
Ayat ini mengisyaratkan bahawa AlQuran memberikan kehidupan (fungsi Ar-Ruh) kepada para pembacanya. Ini seolah-olah pembaca AlQuran perlu merasakan mereka mendapat nafas baharu setiap kali membacanya.
Melalui AlQuran kita dipandu untuk melihat kehidupan dengan sudut pandang yang baharu dan segar.
Tentang AlQuran
Atas kehendak Allah, ayat AlQuran tidak datang mengikut taste kita, sebaliknya kita yang kena follow taste AlQuran. Justeru ia membantu untuk menyelarikan kita dengan kehendak AlQuran.
Ini memberikan gambaran bahawa kehidupan kita perlu sentiasa ada upgrade dari masa ke semasa (bukan proses one-off). Ia juga membantu Rasulullah untuk fokus kepada ayat AlQuran satu demi satu.
Ayat ini juga ada kaitan dengan surah Al-Hadid ayat 23:
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Surah Al-Hadid 57:23
Allah membetulkan cara kita memandang musibah yang mana musibah itu boleh datang dengan pelbagai bentuk seperti kesedihan, kegembiraan dan kemewahan.
Jangan kita sombong dalam apa jua keadaan. Kesombongan akan menyebabkan kita lalau dan menyebabkan kita mati hati.
Refleksi
Ada banyak pengajaran daripada ayat ini:
- Betulkan cara pandang kita kepada kehidupan. Kehidupan sememangnya medan ujian .
- Kita yang harus tunduk dengan kehendak AlQuran justeru membolehkan kita mendefinisikan semula apa itu kebaikan.
- Jangan terlalu gelojoh untuk faham ALQuran. Fahamilah secara perlahan-lahan, beransur-ansur agar kita boleh menghargai kemukjizatan AlQuran.
- Lihatlah AlQuran berdasarkan ayat, kalimah, satu per satu dan bukan terus melihat AlQuran secara keseluruhan kerana khazanah AlQuran sangatlah details.
- Jadikan AlQuran itu peneman baik kita, jangan tinggalkan satu hari selain melnyelak dan bersama-sama AlQuran.
- Kelilingi AlQuran dengan hidup kita, utamakan AlQuran pada setiap perkara kerana ia merupakan guideline bagi kehidupan kita.
Kesimpulan
Jadikan AlQuran sebagai teman kita setiap hari. Tip saya untuk konsisten baca ALQuran ialah, mulakan dulu dengan surah-surah pilihan. Macam saya, pilihan saya ialah surah-surah yang Rasulullah saw suka amalkan contohnya AlMulk, AlWaqiah, Arrahman, Yaasiin, dan lain-lain. AlKahfi pula jadikan amalan mingguan secara tetap malam Khamis atau hari Jumaat.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
Klik nombor ini. Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye.
Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


