Kita sambung lagi kisah Nabi Yusuf. Kali ni pada ayat 77
Mereka berkata, “Jika dia mencuri, maka sungguh sebelum itu saudaranya pun pernah pula mencuri.” Maka Yusuf menyembunyikan (kejengkelan) dalam hatinya dan tidak ditampakkannya kepada mereka. Dia berkata (dalam hatinya), “Kedudukanmu justru lebih buruk. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu terangkan.
Surah Yusuf 12:77
Kisah Bunyamin Ditangkap
Dalam ayat ni menceritakan proses Nabi Yusuf yang ketika ini telah menjadi Raja Mesir, peristiwa ini untuk mentarbiyah abang-abangnya.
Abang-abang Nabi Yusuf membawa adik Yusuf, Bunyamin ke Mesir atas syarat Yusuf sendiri untuk mendapatkan 11 guni gandum.
Tiba-tiba Bunyamin ditahan oleh Kerajaan Mesir atas kesalahan mencuri (sebenarnya ini adalah helah Nabi Yusuf supaya Bunyamin tidak perlu pulang ke Palestin dan dibuli oleh abang-abangnya).
Abang-abang mereka sangat marah kerana sepatutnya tujuan membawa Bunyamin adalah untuk memudahkan, tetapi kini abang-abang mereka merasakan ia menyusahkan lalu mengeluarkan perkataan yang berbaur penghinaan.
Mendengarkan itu, Nabi Yusuf menjadi sangat marah, tapi baginda merahsiakan kemarahan itu.
Mesej di sebalik peristiwa
Peristiwa ini menggambarkan bagaimana abang-abang Nabi Yusuf dengan sikap yang buruk, iaitu menuduh Bunyamin jadi punca masalah selain melabel, menghina, memfitnah dan mengungkit sifat Bunyamin, sama seperti yang dihadapi Nabi Yusuf sendiri.
Ini menunjukkan betapa mereka sangat berdendam dan benci dengan Yusuf walaupun bertahun-tahun mereka tidak berjumpa, tapi masih lagi memburukkan Nabi Yusuf.
Nabi Yusuf pula diberikan kita tauladan yang baik bilamana menahan marah dan tidak menonjolkan kemarahan itu pada wajah baginda.
Baginda juga tidak menggunakan kuasanya sebagai raja untuk menghukum abang-abangnya, tetapi beliau hanya melepaskan marahnya dalam hatinya dan didengari oleh dirinya dan Allah sahaja.
Tidaklah seseorang itu membaca Surah Yusuf melainkan dia berlapang dada dengan semua orang dan mendapat kedamaian
Dari Ibnu Ata’
Refleksi
Ada banyak pengajaran dalam ini
- Berusahalah untuk merahsiakan kemarahan daripada terzahir pada riak muka kita, apatah lagi jauhkan daripada bercerita kepada orang lain.
- Memang kita ni manusia biasa yang punya emosi, namun wajar kita berusaha untuk melepaskan amarah pada kadar yang didengari telinga kita sahaja.
- Apabila marah atau ingin menegur, gunakanlah perkataan yang bersesuaian dengan fakta sikap seseorang itu, tidak keterlaluan dan tidak pula toxic positivity.
- Ketika sedang marah, berusahalah untuk diam dan tenangkan diri dulu sebelum berkata-kata. Sebab kita bimbang orang yang marah boleh melukakan hati orang lain.
- Berdoalah kepada Allah agar kita diberikan ketenangan dan berlapang dada walaupun orang berbuat buruk kepada kita dengan segala cara.
Kesimpulan
Baiknya akhlak Nabi Yusuf kan, wajar kita contohi dan kita berusaha jadi lebih baik.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
Klik nombor ini. Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye.
Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


