Kali ni saya kongsikan dengan anda perihat tadabbur AlQuran bagi Surah Yusuf Ayat 6. Ianya berkenaan playing victim mindset.
Dan demikianlah, Tuhan memilih engkau (untuk menjadi Nabi) dan mengajarkan kepadamu sebagian dari takwil mimpi dan menyempurnakan (nikmat-Nya) kepadamu dan kepada keluarga Yakub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kedua orang kakekmu sebelum itu, (yaitu) Ibrahim dan Ishak.
Surah Yusuf 12:6
Pesanan Nabi Yaakub
Dalam ayat sebelumnya iaitu ayat 4 Nabi Yusuf bercerita perihal mimpinya kepada ayahandanya Nabi Yaakub tentang 11 bintang, matahari dan bulan yang bersujud kepada dirinya.
Nabi Yaakub respon di ayat ke 5 sebagai berkata, “Jangan ceritakan mimpi ini kepada abang-abang kamu..”
Lalu di ayat ke 6 ini Nabi Yaakub mengajar bagaimana untuk mengelakkan menjadi “victim mindset” kepada Nabi Yusuf dengan beberapa pesanan.
Surah Yusuf Ayat 6
Nabi Yaakub berpesan, “Apapun yang berlaku, beginilah cara Tuhanmu memilihmu serta menyempurnakan nikmat kepadamu.”
Sebabnya bagi pihak Nabi Yusuf, mungkin dia akan berfikir, “habislah aku jadi mangsa kepada abang-abang”. Justeru sebab itu Nabi Yaakub pesan begitu.
Kemudian mengibaratkan apa yang Nabi Yusuf lalui seperti datuk dan moyangnya (Ibrahim dan Ishak AS) yang mana perjalanan hidup mereka sangat susah dan banyak ujian besar tapi itu bukan tanda mereka menjadi mangsa keadaan.
Tapi ujian besar itu ialah sebahagian cara Allah nak pilih untuk menaikkan martabat seseorang sehingga menjadi mulia, lalui disempurnakan nikmat. Nak naik martabat pula itu juga terpulang pada reaksi kita terhadap ujian besar itu. Kita sabar ke, kita redho ke dsb, atau kita down, kita marah, stress, sampai hilang pedoman?
Ujian-ujian Nabi Yusuf bukan mudah-mudah
- Dibuang ke dalam telaga oleh abang-abangnya
- Dibawa ke Mesir dan dijual dengan harga yang murah
- Bertugas sebagai hamba abdi di istana
- Digoda oleh Zulaikha
- Dimasukkan ke dalam penjara
Tapi semua ujian tu dilalui dengan sabar, redho dan tenang oleh Nabi Yusuf. Baginda kekal berbaik sangka kepada Allah, tak mengeluh saat diuji, membalas perbuatan jahat dengan kebaikan dan keinsafan, serta berjiwa besar iaitu tidak meletakkan dirinya sebagai mangsa keadaan.
Refleksi
Best sangat ayat ni, banyak pengajaran buat pedoman kita yang hidup di jaman rencam ini.
- Apabila suka menyalahkan orang lain, kita akan menutup ruang penambahbaikan buat diri kita.
- Untuk healing, kita kena upgrade diri kita
- Kehidupan ini umpama belayar di lautan, kita tidak boleh mengawal arah dan kekuatan angin di lautan, tapi apa yang kita boleh lakukan ialah kita boleh kawal layar kita samada ke kiri atau kanan.
- Kita tidak boleh mengubah orang, tapi kita yang boleh ubah dan kawal mindset dan emosi kita sendiri.
- Belajar untuk diam dan elakkan berkata-kata kalau tidak ada perkara yang bermanfaat untuk kita bercakap.
- Yakinlah, sehebat mana kita merencana, Allah pasti ada rencana lebih baik untuk kita.
- Sentiasa bersangka baik dengan takdir Allah
- Ingat bahawa dunia adalah pentas ujian, maka berusahalah untuk pass dengan ujian-ujian yang Allah takdirkan kepada kita.
Kesimpulan
Bermusahasabah diri kita agar tidak meletakan diri sebagai mangsa keadaan atas segala perkara yang tak baik berlaku dalam kehidupan kita. Usah menyalahkan keadaan, atau salahkan orang lain.
Sebab semuanya berlaku dengan izin Allah jua.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
Klik nombor ini. Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye.
Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


