Saya sambung perkongsian saya dari hasil tadabbur AlQuran yang saya join sempena Ramadan 1444H ini. Walaupun sharing agak delay, saya akan berusaha untuk kongsikan dengan anda.
Tadabbur Al Quran: Allah Dekat Dengan Kita
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”
Al-Baqarah 2:186
Refleksi
- Yakinlah bahawa Allah itu sangat dekat dengan kita dan sentiasa bersama kita walau dimana kita berada
- Berdoalah kepada Allah kerana Allah sentiasa mendengar setiap satu doa kita
- Bersungguh-sungguhlah ketika melafazkan doa.
- Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengenali setiap hambaNya yang berdoa
- Apabila kita terasa doa kita belum dimakbulkan, semak ketaatan kita kepada Allah, adakah segala hak Allah telah kita tunaikan? Sahutlah perintah Allah dan beriman kepada Allah
- Ketahui adab berdoa dan konsep doa itu sendiri
- Setiap kali kita berdoa kepada Allah, ingatlah siapa diri kita, kita hamba Allah. Apabila kita ingat kita hamba Allah, kita akan setia menanti dengan penuh kesabaran, redho, dengan segala ketentuan Allah
Allah itu dekat dan dengar semuanya. Apabila kita mempunyai masalah berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan urusan dan diberikan ilham untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#duitrayaawalshaklee
Contact saya seperti dibawah:
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


