Alhamdulillah ini siri tadabbur semalam yang saya nak kongsikan dengan anda. Team yang saya join ini ialah anjuran team Ustaz Sya’ari AR. Bagus kelasnya, sebab ianya dibuat dengan ringkas, tapi penuh pengertian.
Setiap hari ada sharing 1 ayat AlQuran pilihan dari juz-juz mengikut hari kita berpuasa. Hari ini hari ke 4, maka hari ini sharing ayat AlQuran dari juz ke 4. Begitulah seterusnya.
Tadabbur AlQuran Al Baqarah Ayat 260
Allah berfirman: “(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera”
Al Baqarah 2:260
Refleksi
Ketika kita mempunyai lebihan masa, dan ketika iman kita sedang teguh, maka lakukanlah perkara yang boleh menambahkan keimanan kita kepada Allah
- Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita dimasa hadapan, justeru always “sediakan payung sebelum hujan”. Ini kerana ia tentu berguna kepada kita pada waktu kita sukar
- Contohnya, baca buku motivasi, join kelas-kelas yang perlu, mempelajari ayat-ayat Allah.
- Perkara yang sama boleh ditafsirkan dalam seluruh hidup kita
Dengarlah persoalan daripada mereka yang diuji, ini terbukti apabila Allah mendengar dengan teliti segala persoalan Nabi Ibrahim sebelum menjawab / mencelah persoalan mereka
- Pelbagai perkara mungkin bermain dalam fikiran orang yang diuji yang boleh meguji emosi mereka
Allah suka hambaNya yang berusaha keluar daripada zon selesa supaya dapat menyerlahkan sesuatu yang tersimpan dalam dirinya.
- Ada kisah kali pertama Rasulullah dikurniakan wahyu, pada ketika itu Jibril AS menyuruh Rasulullah untuk baca “Iqra” lalu dijawab baginda, “aku tidak pandai membaca”. Namun kekuatan Rasulullah masih tetap berusaha keluar dari kebiasaannya dan akhirnya boleh membaca.
Kesimpulan
Ujian Allah itu adalah hentian untuk menambah potensi diri kita. Jangan anggap ujian sebagai penghalang, ada sesuatu yang Allah nak tonjolkan potensi diri kita.
Hijrah Rasulullah saw dari Makkah ke Madinah juga merupakan satu tindakan keluar dari zon selesa secara besar-besaran. Bagaimana Rasulullah sendiri ketika itu bersama para sahabat berhijrah sedangkan meninggalkan tanahair mereka di Makkah. Tentu ada banyak gelora, tapi itulah ujian itu bukan sebagai penghalang, tapi ujian itulah memberikan kemenangan kepada kita
Perkara ini boleh kita praktiskan dalam seluruh aspek hidup kita
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#duitrayaawalshaklee
Contact saya seperti dibawah:
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


