Hari ni tadabbur ayat 103 dari Surah An-Nisa. Secara generalnya ayat ini membawa kita kepada kualiti sebenar solat yang perlu dikerjakan. Solat adalah asbab utama untuk menghilangkan ketakutan dan menghadirkan sangka baik terhadap Allah.
Keutamaan dan Kualiti Solat
Dalam ayat ini Allah mendidik kita mengenai kualiti solat kita agar benar-benar mengingati Allah.
Ayat ini juga merupakan ayat perintah kepada umat Islam untuk menunaikan solat faradhu dalam apa jua keadaan termasuklah ketika berperang. Ini sebabnya ketika berperang, akan banyak dan besar risiko untuk dapat berita-berita sedih pada bila-bila masa seperti kematian atau kekalahan dalam peperangan.
Ayat ini juga menjelaskan agar melakukan zikir selepas solat walaupun solat itu sendiri merupakan zikrullah.
Solat fardhu 5 waktu adalah wajib dan merupakan rukun Islam yang kedua. Terkadang tekanan yang menimpa kita itu menuntut kita untuk menunaikan solat umpamanya solat sunat seperti solat istikharah, solat hajat dan lain-lain.
Ada satu kisah daripada Ibn Abbas. Ketika beliau sedang bermusafir meniki unta, beliau mendapat berita kewafatan anak saudaranya sampai padanya ketika itu. Lalu beliau terus turun dari unta dan menunaikan solat sunat 2 rakaat. Tindakan ini sebagai manifestasi kehambaan kepada Allah.
Hadis Rasulullah pula ada juga menyebut.
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya amalan yang dihisab seseorang hamba pada hari kiamat adalah daripada amalan solatnya. Jika baik solatnya maka berbahagia dan berjayalah ia. Jika buruk solatnya maka kecewa dan rugilah ia.”
Hadis Riwayat Al Tirmizi
Refleksi
Ada 7 perkara pengajaran daripada ayat ini
- Bersegera menunaikan solat (sunat) ketika ditimpa musibah adalah satu bentuk permohonan agar Allah mengekalkan kita dalam keadaan tenang dan sabar
- Lakukanlah solat fardhu di awal waktu dan jangan melengahkannya.
- Solat sunt apabila ditimpa musibah itu menunjukkan kehambaan kita kepada Allah. Sebenarnya tiada apa yang kita mliki, smeua milik Allah. Kita tak boleh ada sikap Pemilih.
- Berdoalah supaya Allah sudi mengatur takdir yang lebih baik buat kita. Namun semaklh ketaatan kita dahulu sebelum meminta kepada Allah
- Pentingnya solat berjamaah (jangan mengambil ringan) kerana para sahabat pun mengerjakan solat secara solat berjemaah ketika suasana perang (solat Khauf).
- Pupuk diri supaya lebih fokus (khusyuk) ketika solat, tinggalkanlah dunia sekejap. Tak rugi pun!
- Jangan tergesa-gesa bangun sesudah solat, lakukanlah zikrullah dan doa kepada Allah
- Lakukanlah zikir dengan hati dan lidah dalam apa jua keadaan erana nama-nama Allah yang sangat indah dapat memberikan kekuatan untuk menghadapi musuh dan musibah.
Kesimpulan
Selalu orang kata, Solat adalh tiang agama. Bukan sekadar tiang agama, tapi solat adalah tanda kehambaan kita kepada Allah.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#duitrayaawalshaklee
Contact saya seperti dibawah:
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


