InsyaAllah saya share hari ni tentang perkongsian untuk hari ke 4 Ramadan, dari surah Ali Imran ayat 172 hingga 173. Ianya berkenaan dengan menguruskan ketakutan kita.
Sebagai manusia, memang kita ni biasa melalui segala macam ujian dan cabaran. Ada ujian yang dasyat, ada yang mudah-mudah, tapi semua perkara ada ujian.
Pagi tadi saat saya hantar anak-anak ke sekolah, anak boy no 2 saya salah pakai seragam. Hari Rabu sepatutnya pakai pakaian seragam kokurikulum bahkan hari ini pula sepatutnya pemilihan AJK baharu untuk sesi baharu. Kami tiba di sekolah jam 6.50 pagi, anak saya decide nak pulang dulu dan tukar baju.
Saya pun pusing semula, cabaran sebab pagi biasanya trafik tinggi once kita lewat hatta seminit. Tapi saya cakap dengan anak, takpe, kita terus tenang, kita selawat, moga Allah bantu kita.
Jadi cut the long story short, alhamdulillah berjaya sampai semula ke sekolah jam 7.18pagi.
Itulah nak katanya, cabaran setiap perkara ada, tapi bagaimana kita hadapinya ialah paling penting.
Tadabbur Ali Imran Ayat 173: Mengurus Ketakutan
(yaitu) orang-orang yang menaati (perintah) Allah dan Rasul setelah mereka mendapat luka (dalam Perang Uhud). Orang-orang yang berbuat kebajikan dan bertakwa di antara mereka mendapat pahala yang besar.
(Yaitu) orang-orang (yang menaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya, “Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka,” ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”
Ali-Imran 3:172-173
Ayat ini menceritakan tentang keadaan tentera muslimin yang “moral down” selepas kekalahan amat teruk di perang Uhud (yang pada mulanya mereka hampir menang).
Bukan setakat kecewa kalah, malah banyak yang terkorban, cedera parah / luka teruk.
Dalam perjalanan pulang ke Bukit Uhud ke Madinah, orang munafik sudah bersedia untuk mencemuh dan menakutkan / menggugat keimanan dalam diri tentera Muslim.
Tetapi tentera yang beriman seperti Talhah bin Ubaidillah tidak sedkitpun raasa gentar / cemas dengan berita / cemuhan itu. Malahan ia menambah keimanan tentera untuk terus bergantung hanya kepada Allah.
Siapa Talhah bin Ubaidillah ini?
Talhah adalah sahabat yang paling banyak alami luka dan cedera dalam perang Uhud antaranya ada 35-36 luka pada badan, malahan jarinya pun ada yang putus sebab perang Uhud. Hingga Rasulullah pernah berkata, “Jika kamu ingin melihat syahid dimuka bumi ini, kamu lihatlah Talhah.”
Refleksi Diri
Ada 3 perkara penting kita dapat pelajari dalam ayat ini.
1. Sentiasa berani & tabah menghadapi kesusahan / musibah
Allah menegur cara kita respon dengan rasa takut. Umpamanya
- emosi takut dengan perkara yang tertentu
- takut kemiskinan
- takut dengan makhluk halis
- takut dengan orang / keadaan sekeliling atau perkara lain
Kehidupan kita sering didatangi pelbagai perkara hingga membawa ketakutan dalam diri. Lebih-lebih lagi bila banyak perkara dunia yang masih belum kita capai hingga kita rasa takut dan lemah.
2. Allah akan sentiasa berikan ujian kekurangan
Bayangkan keadaan Talhah yang sudah tiada jari, macamana nak uruskan hidup? Macamana nak berperang lagi? Ditambah lagi gertakan dari Musyrikin. Dengan tenang Talhah jawab
“Dia bukan bertambah takut kepada musuh, sebaliknya bertambah takut kepada Allah.”
Kita ni tubuh badan sempurna, kena uji sikit sahaja. Tapi kita dah rasa down sangat, malahan persoalkan pula takdir itu. Sepatutnya kekurangan / musibah membuahkan kita untuk
- Lebih takut kepada Allah
- Selalu meletakkan pergantungan harap hanya kepada Allah
- Menambahkan iman kita
3. Letakkan Allah yang pertama dalam berhadapan ujian kehidupan
Bila ditimpa ujian apapun lafazkanlah

Mudah-mudahan ayat ini dapat merawat luka lara dan melesapkan segala rasa takut kita daripada apapun.
Kesimpulan
Tip saya, untuk mengurus ketakutan, kita fikirlah Allah sentiasa ada bersama-sama kita. Cuba zikir ayat Hasbiallah tu sebanyak-banyaknya setiap hari
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#duitrayaawalshaklee
Contact saya seperti dibawah:
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


