Shaklee National Conference 2016 Yang Gempak

By | 3 June 2016
Shaklee #LiveAmazing

Pada 28 Mei 2016 yang lalu, telah diadakan Shaklee National Conference 2016 untuk kesekelian kalinya. Bagi MLM, acara ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada semua pengedarnya.

Bagi saya sendirilah, saya melihat cara penganjuran dan pengedarnya melalui national conference seperti ini. Dulu saya pernah sertai 1-2 MLM, tapi memang saya tidak minat. Antara sebabnya

  1. Terlalu “bertuhankan” duit dan kemewahan. Merata-rata pamer duit dan kereta mewah, terutama dalam facebook.
  2. Pemakaian. Seolah-olah kalau masuk MLM wajiblah kena dressing semua.

Itulah 2 perkara yang selalu jadi neraca pertimbangan saya berkenaan MLM. Produk memang saya belum fikir pun berkenaan kajian dan testimoni.

Saya sertai Shaklee 4 tahun lepas kerana jatuh hati dengan produknya. Serius, saya tidak tahu bagaimana pengedarnya, wataknya dsb. Tapi serba sedikit saya tahu pengedarnya sebab sebahagian daripada mereka adalah kawan-kawan saya daripada universiti dulu dan saya tahu dressing mereka bagaimana. Sebahagian besar mereka pula adalah ibu muda sama macam saya, jadi perhatian dan keutamaan lebih kurang sama.

Ok cukuplah mukaddimah. Posting saya kali ini adalah untuk highlights apa yang terkandung dalam National Conference 2016 yang lalu.

Highlights Apa Yang Menarik Dalam Shaklee National Conference 2016

1. Penampilan Pertama Presiden Shaklee Malaysia, Mdm Helen Lam

Haa, jangan silap sebut. Bukan Helen Yap, tapi Helen Lam. Mdm Helen Lam baru memulakan tugas sebagai Presiden Shaklee Malaysia tahun lalu. Jadi inilah penampilan pertama Mdm Helen Lam dalam acara sebegini.

Orangnya penuh semangat, peramah dan kreatif. Sejak pelantikan beliau, banyak juga inisiatif yang menarik diperkenalkan dalam Shaklee. Tim pakar nutrisi pun lebih banyak berperanan kali ini, berperanan membantu kami para pengedar.

Dalam ucapannya, Mdm Helen Lam telah menyatakan visi Shaklee Malaysia tahun ini adalah menjadi syarikat nutrisi pertama di Malaysia. InsyaALlah kami akan membantu menjayakannya.

Jemput tengok video ucapan Mdm Helen Lam yang penuh bersemangat.

2. Inisiatif-inisiatif Shaklee

Dalam conference, kami juga diberitahu berkenaan beberapa inisiatif-inisiatif Shaklee bagi setahun akan datang. Selain memiliki produk yang bagus, strategi pemasaran juga harus terbaik supaya lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat manfaatnya.

Antara inisiatif adalah:

  1. Set-set produk akan diperkenalkan setiap 3 bulan sekali
  2. Tim penasihat grassroot yang dilantik di kalangan Master yang terpilih – ini untuk memberikan input kepada Shaklee berkenaan masalah-masalah atau info terkini daripada pengedarnya
  3. Mesyuarat-mesyuarat dan sesi-sesi bersama pengedar dibuat secara berkala

Memang teruja juga dengan macam-macam inisiatif ini tau, jadi saya lihat insyaAllah kita boleh berkembang lagi lepas ini.

3. Pengalaman-pengalaman pengguna Shaklee

Dalam conference, ada banyak betul sesi perkongsian pengalaman pengguna tegar Shaklee. Antaranya

a. Pengalaman penghidap SLE (SLE fighter) yang kini disahkan bebas SLE selepas mengambil Shaklee (ya sudah tentu dengan pantauan juga daripada doktor).

b. Pengalaman kurus bersama Shaklee

c. Pengalaman penghidap kanser (kanser survivor) yang kini alhamdulillah sihat bersama Shaklee

d. Pengalaman ibu dengan bayi pramatang

4. Pengalaman bisnes dengan Shaklee

Selain pengalaman pengguna produk Shaklee, mereka juga berkongsi bagaimana cara mereka menjalankan bisnes Shaklee hanya dengan perkongsian semata-mata. Dan mereka berkongsi bagaimana Shaklee telah membantu merubah hidup mereka dan mengapa mereka melakukannya.

5. Pengalaman Adibah Noor Sehari Bersama Shaklee National Conference 2016

Adibah Noor menyaksikan banyak kisah-kisah hebat yang para master kongsikanĀ tadi. Inspiring! Ada yang cancer survivor, SLE fighter kembali sihat lepas ikhtiar dengan consume Shaklee (dengan izin Allah). Disitu bermula perjalanan hebat mereka dengan Shaklee, dan financial freedom adalah satu bonus!

Kami berbeza dengan MLM lain. Kami buat Shaklee bukan sebab duit semata-mata tetapi lebih daripada itu. Saksikan pengakuan ikhlas daripada Adibah Noor.

BTW, penampilan beliau selaku MC program adalah sangat best!

6. Ucapan dari Presiden Shaklee Corporation

Akhir sekali, mestilah kena ada ucapan sedikit daripada Presiden Shaklee Corporation, Mr Roger. Dengarkan ucapan penuh bersemangat beliau ini ya.

Jadi bagaimana dengan anda? Teruja kan menyaksikan semua ni? Jemput jadi sebahagian daripada tim #anahandfriends dengan hubungi saya segera.

Ini adalah #ShakleeEffects kami #LiveAmazing dan kami suka #ShakleeNC2016

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

 

5 thoughts on “Shaklee National Conference 2016 Yang Gempak

    1. Raihanah Ahmad Post author

      happening betul dibuatnya adibah ada tau

      Reply
  1. Mohamad Amar Bin Natar Shah

    Memang diketahui umum,produk Shaklee mempunyai kesan yang baik untuk kesihatan . Saya pernah menjadi ahli Shaklee dan menggunakan produk-produk keluarannya. Sekarang saya nak tahu bagaimana boleh saya mendaftar sebagai ahli dan membeli produk yang saya perlukan. Terimakasdih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge