Call nowWhatsapp

Road To Master Coordinator: Kini Bergelar Senior Coordinator

Be my next Super Star

Pejam celik pejam celik, sudah 7 tahun saya bertapak dalam bisnes Shaklee. Sepanjang 7 tahun mesti banyak cabaran dan ujian, namun saya pilih untuk terus bertahan. Untuk menjadi Master Coordinator atau rank tertinggi dalam Shaklee, mesti rasa dulu rank-rank lain.

Rank-rank dalam Shaklee ada 7:

  1. Supervisor – saya dapat pada tahun 2014
  2. Senior Supervisor – naik pada Oktorber 2016
  3. Coordinator – naik pada Januari 2017
  4. Senior Coordinator – berjaya pada November 2018
  5. Key Coordinator
  6. Senior Key Coordinator
  7. Master Coordinator

Alhamdulillah pada bulan lalu saya berjaya naik rank Senior Coordinator.

Perjalanan Dalam Shaklee

Memang saya ambil masa agak lama sebab nak bina organisasi yang stabil, tapi itulah rezeki masing-masing jugakan. Saya masih ingat dulu saya naik Supervisor bukan mudah juga.

Bila kita buat bisnes (khususnya network marketing), ramai orang keliling tak support (ni rezeki sayalah, setengah orang dapat orang terdekat support). Jadi saya kena berusaha untuk dapat ramai strangers untuk beli dengan saya.

Saya mula dengan blog. Saya sungguh-sungguh dengan blog hingga sekarang. Blog saya jadi antara blog ternama dalam Shaklee. Banyak key word saya yang rank. Alhamdulillah. Sales saya pun paling banyak daripada blog. Masa inilah saya berjaya naik Senior Supervisor. Ya ambil masa yang agak lama, ini agaknya rezeki saya. Setengah orang sekejap sahaja naik.

Pendapatan dari Shaklee sebagai Supervisor dan Senior Supervisor cukup lumayan walaupun antara RM1500 hingga rm2500. Bila kita ada tambahan duit sebanyak itu, untung juga bukan? Masa tu saya gunakan duit tu untuk beli suplemen Shaklee di samping perkara lain.

4 bulan selepas naik rank Senior Supervisor, saya berjaya mendaki tangga Coordinator. Bila bergelar Coordinator automatik kita merupakan leader yang cukup serius. Sebab sebagai Coordinator, kita mempunyai minima 3 orang leader dibawah kita. Jadi kita kena pastikan leader kita berjaya macam kita.

Saya temui sedikit kesukaran untuk naik rank Senior Coordinator apabila mengambil masa hampir 2 tahun (16 bulan selepas bergelar Coordinator). Tapi alhamdulillah berjaya jugak. Bulan sebelumnya (Oktober 2018) saya lulus pula Car Bonus Insentif, satu pencapaian paling getir telah saya lalui.

Tahniah kepada leaders saya yang efektif:

  1. Kak Fatimah
  2. Kak Fadzilah
  3. Kak Norizan
  4. Kak Ismah
  5. Norasyikin

Mereka semua layak nikmati income 4 angka, alhamdulillah. Bulan Disember 2018 dan akan datang insyaAllah leaders saya akan bertambah dan semakin hebat, menjana income lebih banyak dan dapat sama macam saya pernah dapat.

Alhamdulillah saya dah capai salah satu benefit dari Shaklee iaitu Car Bonus program
Alhamdulillah saya dah capai salah satu benefit dari Shaklee iaitu Car Bonus program

Inspirasi Untuk Berjaya

Ada 3 tangga lagi saya perlu lalui untuk bergelar Master Coordinator. Saya akan dapat insyaALlah tahun depan. Boleh doakan saya?

Saya tahu saya perlu lakukan sesuatu. walaupun bonus sudah besar dan group sudah stable, saya perlu rank up. Sebab saya nak inspirasikan anak-anak buah saya. Saya perlu buktikan bahawa tiada apa yang mustahil andai anda betul-betul NAK berjaya.

Bagi saya, tiada lagi alasan untuk bertangguh kejayaan kita kerana saya sudah ke arah itu. Sangat dekat, dan saya mencuba sedaya upaya untuk FOKUS kepada group MAF EMPIRE dibawah naungan saya.
.
Namun untuk mencapainya tak semudah berkata-kata. Pelbagai usaha gigih dan juga pengorbanan perlu dilakukan. Saya pantau progress leaders saya dan saya bantu mereka sehingga capai target mereka setiap hari.
.
Saya set di minda saya perlu bantu mereka berjaya. Berjaya sama seperti saya. Saya perlu tingkatkan income mereka. dan dalam masa yang sama, saya bina BONDING yang lebih utuh dan kukuh dengan setiap downlines dan leaders saya. Saya tahu, kejayaan hanya akan dicapai bilamana ramai orang mendoakan kita dan paling penting, saya mahu berjaya dengan hati yang TENANG dan semua orang gembira dengan kejayaan upline mereka.
.
Perniagaan Shaklee ni tiada modal, dan sebenarnya modal utama adalah KESABARAN dan KESUNGGUHAN. Maka rebutlah peluang ini sebaiknya. Usah ragu dan bertangguh atau menunggu masa yang sesuai kerana MASA YANG SESUAI TAK KAN PERNAH DATANG KEPADA MEREKA YANG SUKA MENUNGGU-NUNGGU.
.
Just do it dan anda akan belajar banyak daripada kegagalan juga kejayaan. kerana itulah sebenarnya erti sebuah perjuangan kan?
.
Tanpa dugaan, tanpa pengorbanan, anda tak kan menghargai sebuah kejayaan. Maka bersyukurlah dengan setiap kurniaan dan kasih sayang Allah swt kepada kita.

Jika anda berminat untuk buat bisnes Shakleesila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah.

Saya hendak berjaya dengan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

6 thoughts on “Road To Master Coordinator: Kini Bergelar Senior Coordinator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge