Alhamdulillah saya berpeluang untuk tadabbur 1 ayat setiap hari bermula Ramadan tahun ini 2023. Saya share juga buat semua pembaca blog saya yang saya kasihi.
Tadabbur Surah Al Baqarah Ayat 124
124. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu dia melaksanakannya dengan sempurna. Dia (Allah) berfirman, “Sesungguhnya Aku menjadikan engkau sebagai pemimpin bagi seluruh manusia.” Dia (Ibrahim) berkata, “Dan (juga) dari anak cucuku?” Allah berfirman, “(Benar, tetapi) janji-Ku tidak berlaku bagi orang-orang zalim.”
Ibrah daripada kisah Nabi Ibrahim mengajar kita
1. Untuk mencapai sesuatu perkara atau kejayaan, akan ada ujian. Malahan hidup kita sendiri adalah ujian, untuk hadiah akhirat yang abadi.
–> Nabi Ibrahim lulus semua ujian dengan sempurna dan dikurniakan sebesar-besar nikmat sebagai bapa kepada para anbiya’
2. Nabi Ibrahim menunjukkan teladan mendepani ujian dengan sabar dan penuh kepercayaan kepada Allah
Setiap kita pasti ada ujian, samada datangnya daripada ibu atau bapa, atau anak-anak, atau pasangan, atau majikan, downlines, uplines, pemimpin politik kita, jiran, ujian kesakitan dll
Nak masuk Ramadan pun penuh ujian, betul? Sebelum Ramadan ramai yang tak sihat, ada yang Allah panggil semula ke negeri abadi, dan macam-macam ujian lain.
Sebab Ramadan tu sendiri penuh berkat, penuh nikmat pahala berganda-ganda. Bukan hadiahnya Hari Raya Syawal semata-mata.
Sabar dan selain mempercayai Allah sepenuhnya, lihatlah dari kacamata penuh hikmah.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#duitrayaawalshaklee
Contact saya seperti dibawah:
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


