Doa yang baik untuk jadi amalan wanita.
Seseorang pernah berpesan kepada saya “Jangan berlebih-lebih dalam berdoa. Allah itu Tuhan kita, bukan hamba yang boleh diarah-arah”
Lama saya berfikir akan maksudnya. Dalam sangat maknanya.
Doa adalah satu manifestasi cinta antara seorang hamba dengan Tuhannya. Apabila kita berdoa, kita bukan dalam kedudukan seorang tuan yang menyuruh orang lain membuat ikut kehendak kita, sebaliknya seorang hamba yang mengharapkan kasih sayang Allah dan menagih janji-Nya.
Apakah janji Allah?
Bukti cintanya Allah kepada kita makhluk ciptaan-Nya, Allah berjanji utk mengabulkan setiap satu permintaan hamba-hamba-Nya, yakni kita semua.
Allah berjanji untuk menjawab segala panggilan kita (doa’ dalam bahasa Arab maksudnya panggilan atau seruan).
Pendekata, kalau bahawa WhatsApp sekarang ni, tak ada blue tick, pasti semuanya dijawab.
“Dan apabila bertanya hamba-hamba-Ku kepada engkau tentang Aku, maka (katakanlah), ‘Sesungguhnya Aku adalah sangat dekat. Aku memperkenankan setiap permohonan orang yang berdoa bila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menjawab (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka sentiasa dalam kebenaran.”
AlQuran 2:186
Adakalanya jawapannya tak seperti yang kita harapkan. Ya, BLUE TICK! Sentap? Marah? Kecewa?
Janganlah kita lunturkan iman dengan buruk sangka pada Allah bila hajat kita tidak disampaikan, doa kita seolah tidak didengari.
“Janganlah kerana terlambatnya pemberian Allah itu walaupun engkau telah berdoa bersungguh-sungguh menyebabkan engkau berputus asa. Ketahuilah, bahawa Allah telah menjamin untuk memperkenankan segala permintaanmu berdasarkan yang telah dipilihkan-Nya untuk engkau, bukan atas apa yang engkau pilih untuk dirimu, dan pada waktu yang sudah dikehendaki-Nya untuk engkau, bukan pada waktu yang engkau kehendaki.”
Ibnu ‘Athaillah
Ingatlah selalu, Allah tidak sesekali tidak memungkiri janji. Tidak seperti kita. Hari ini berjanji, esok dah lupa.
Bila Allah tangguhkan doa-doa kita, sudah pasti yang Dia sediakan di kemudian itu lebih baik dari yang kita minta.
Bayangkan kita, bila anak berumur 10 tahun minta sejumlah wang untuk keluar dengan kawan-kawan, dah pasti kita tak beri. Tapi kalau anak dah umur 20 tahun, dapat result exam cemerlang Dean’s List, pegang macam-macam jawatan, di rumah rajin buat kerja rumah, kalau tak minta pun mungkin kita nak beri sebagai penghargaan untuknya.
Adakah kita tidak adil? Tentunya tidak. Kita tahu yang terbaik untuk anak kita. Apa lagi Allah yang MENJADIKAN kita. Dia lebih kenal kita daripada kita kenal diri sendiri.
Kadang-kadang kita suka usik anak-anak, dia nak sesuatu kita acah-acah, rindu dengar suara dia merengek-merengek. Kenapa? Sebab kita sayang sangat pada dia. Rindu nak dengar suara comel. Begitulah Allah. Allah rindu nak dengar suara kita. Suara kita merengek, mengadu, merintih. Adakala Allah sengaja tangguhkan permintaan kita kerana Dia rindu nak dengar suara kita.
Oleh itu fahami dan dalami lah konsep berdoa yang sebenar.
Doa bukan perkara jelik. Doa adalah satu manifestasi cinta. Cinta paling agung antara hamba dengan Tuhan-Nya.
Tip Untuk Doa Mustajab
Salah satu cara mencapai kemusajaban doa adalah dengan berdoa setelah melakukan amalan soleh.
Sebagai contohnya, berdoa setelah selesai melakukan solat fardu. Ini berdalilkan firman Allah SWT :
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
“Apabila kamu telah selesai melaksanakan solat fardu, bersungguhlah kamu dalam berdoa kepada Tuhan kamu.”
An-Nisa 3:103
Jadi apabila kita berbuat sebarang kebaikan, misalnya kita bertungkus lumus memasak untuk keluarga, doalah minta apa yang kita inginkan.
Doa Yang Baik Untuk Jadi Amalan Wanita
Dibawah ini saya kongsikan 3 doa yang baik untuk dijadikan amalan para wanita. Cuba beramal dengannya selalu insyaAllah akan dapat kebaikannya.
1. Doa apabila berhadapan dengan orang yang garang dan tidak beradab
Doa berikut boleh dibaca apabila berhadapan dengan orang yang garang, tidak beradab, orang yang zalim dll supaya kita tidak menjadi sasaran kemarahan atau kezaliman mereka. Boleh dibaca untuk suami, anak-anak, cikgu, boss, pemimpin dll.
اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ ۖ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ ۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ۖ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ
“Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nya-lah kembali (kita)”
As-syura 42:15
Kehidupan seorang wanita paling banyak efek dari seorang suami. Jadi boleh cuba amalkan doa ini. Juga boleh kongsikan doa ini dengan anak-anak jika mereka berhadapan dengan cikgu-cikgu garang dan tidak beradap, atau rakan-rakan yang sebegitu.
2. Doa Kelimpahan Rezeki
Nabi Musa AlaihisSalam telah diuji Allah apabila terpaksa melarikan diri dari Mesir dalam keadaan tidak berkahwin, tiada pekerjaan dan tiada tempat tinggal. Ketika sampai di Madyan, baginda telah menolong dua orang wanita memberi kambing minum lalu baginda duduk di bawah sepohon pokok seraya berdoa dengan doa ini.
رَبِّ اِنِّيْ لِمَآ اَنْزَلْتَ اِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٌ
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku.”
Al Qasas 28:24
Akhirnya berkat doa tersebut Allah mengurniakan baginda isteri, kerja dan tempat tinggal.
Bukan sahaja doa ini boleh digunakan oleh wanita, tapi anak-anak kita pun boleh amalkannya untuk sukses dalam pelajaran dan pekerjaan mereka.
3. Doa Pengasih, agar dicintai dan dikasihi kerana Allah
Doa ini boleh diamalkan para wanita, ibu-ibu selain anak-anak. Khasiatnya banyak antaranya untuk jodoh, dikasihi semua orang beriman, elakkan dizalimi atau dikhianati dll.
Memang tajuknya untuk jodoh tapi boleh juga diamalkan untuk dikasihi kerana Allah. Boleh ajar anak-anak baca untuk mereka juga dikasihi orang beriman. Bila orang sayang kita, moga-moga tiada yang menzalimi kita atau berbuat jahat kepada kita.
Jom Amalkan Doa Terbaik Untuk Amalan Wanita
3 doa tu saya kongsikan sebab bagi saya paling basic untuk wanita dapat.
- keperluan untuk dikasihi dan dilindungi
- mendapat rezeki
- keperluan perlindungan daripada sebarang bentuk kezaliman atau kekasaran
Cubalah amalkan. Tambahkan dengan amalan-amalan lain seperti:
- solat fardhu diawal waktu
- tambah dengan solat sunat sebelum / selepas solat wajib
- amalan tahajud
- zikir-zikir: nama-nama Allah
- selawat
- sedekah walaupun 20 sen
- amalan akhlak yang baik, boleh ambil pengajaran daripada akhlak Rasulullah
Tak dapat buat semua, buatlah sedikit demi sedikit namun konsisten. Ini yang lebih disukai Allah.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Untuk dapatkan Resvivix Shaklee, boleh klik link berikut
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #resVvixchallenge #feelyoung #polyphenols #coolparents #myyouthfulpower
#shaklee #shakleemalaysia
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Certified Product Expert / Trainer
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.