Difteria dan Campak Penyakit Bahaya Muncul Kembali

By | 24 June 2016

2 hari lepas kecoh dunia siber bila diberitakan ada 2 orang kanak-kanak maut disebabkan penyakit difteria. Mak-mak ni mestilah risau habis. Saya sendiri pun risau. Penyakit campak atau measles dan beberapa hari saya dengar memang outbreak di sesetengah tempat/lokasi. Kali ini difteria pulak, dan membawa kepada kematian.

Tahukah anda, 3 penyakit cegahan vaksin muncul kembali. Peningkatan mendadak sehingga 154 kali ganda tahun ini berbanding sedekad lalu selain ada yang menyebabkan kematian.

penyakit cegahan vaksin muncul kembali

Penyakit cegahan vaksin muncul kembali

Jadi mak-mak jom kita ambik tahu apakah penyakit-penyakit ini dan macamana kita hendak cegahnya daripada terkena anak-anak kita.

Maklumat Tentang Difteria

Dari FB Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa itu difteria?

Difteria adalah jangkitan kuman oleh bakteria “Corynebacterium diphtheria”. Bakteria ini akan mengeluarkan toksin yang berbahaya kepada pengidapnya yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung, kegagalan fungsi saraf dan kegagalan pernafasan, justeru membawa maut. Ia boleh menghasilkan pembentukan seakan lapisan selaput nanah berwarna kelabu-kehijauan pada saluran kerongkong pesakit sehingga jauh ke dalam bahagian laluan pernafasan atas (larynx), yang mana boleh menyebabkan kesukaran pesakit bernafas.

Perbezaan tonsil dan difteria

Perbezaan tonsil dan difteria

Siapa yang cenderung mendapat jangkitan difteria?

Umumnya terjadi pada mereka yang tidak diberi suntikan vaksin pencegahan difteria.

Apakah gejala-gejala difteria?

Perlu ditekankan di sini difteria boleh hadir dengan gejala yang sangat tidak khusus pada peringkat awalnya, seperti gejala-gejala demam biasa. Antaranya termasuklah demam ringan dan sederhana, sakit tekak dan sakit ketika menelan atau bengkak leher. Justeru, ianya boleh disalah-anggap sebagai jangkitan kuman tekak yang biasa sekiranya tidak disyaki lebih awal dan dipandang serius. Akhirnya, pesakit boleh hadir dengan kesukaran bernafas, mahupun kematian.

Kebarangkalian kematian?

Tanpa rawatan awal, ia boleh mencecah kepada keberangkalian kematian sehingga 20 peratus, terutama pada kanak-kanak dan golongan yang lanjut usia.

Kematian akibat difteria

Kematian akibat difteria

Bagaimana ia boleh merebak?

Difteria sangat MUDAH merebak melalui batuk dan bersin pesakit.

Bagaimana jangkitan difteria dapat dikesan?

Difteria dapat dikenalpasti apabila pihak doktor mengambil sampel kuman pada tekak pesakit dan mengenalpasti kuman tersebut di makmal. Namun rawatan awal akan senantiasa diberikan pada kali pertama berjumpa pesakit biarpun kuman belum dapat dikenalpasti. Ini kerana, penyakit difteria ini boleh menjadi teruk dalam masa yang singkat.

Adakah ianya boleh dirawat?

Ya. Bakteria ini dapat dikawal dengan rawatan antibiotik seperti penicillin atau erythromycin. Terdapat juga keperluan antitoxin yang mana mampu mengawal penularan toksin difteria di dalam darah. Namun, ianya tidak dapat memusnahkan toksin yang sudah melekat pada tisu badan. Perlu diingatkan tidak semua fasiliti kesihatan ada mempunyai antitoksin tersebut kerana amat jarang penyakit ini berlaku. Pesakit juga perlulah diberi pemantauan rapi di dalam hospital dan dikuarantikan untuk mencegah jangkitan kepada individu yang lain.

komplikasi akibat difteria

komplikasi akibat difteria

Bolehkah difteria berulang?

Ya, jangkitan difteria boleh berulang biarpun anda pernah menghidapi jangkitan difteria. Justeru, setiap individu perlulah mengambil langkah pencegahan dengan mendapatkan imunisasi difteria yang berkesan melalui suntikan vaksin dan mampu menurunkan risiko mendapat jangkitan difteria.

Apakah cara terbaik mencegah difteria?

Cara terbaik mencegah difteria adalah mendapatkan imunisasi vaksin difteria.

Vaksin perlu dibuat beramai-ramai agar herd immunity dapat dicapai

Vaksin perlu dibuat beramai-ramai agar herd immunity dapat dicapai

Bagaimanakah jadual imunisasi difteria di Malaysia?

Pemberian imunisasi vaksin di Malaysia adalah diberi serentak dengan imunisasi penyakit polio dan tetanus yang diberikan pada bayi berusia 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan (keseluruhan 3 dos) dan mendapat dos booster pada usia 18 bulan dan 7 tahun.

Bagaimana jika anak saya tidak pernah mendapatkan imunisasi difteria?

Imunisasi difteria boleh diberikan biarpun anda sudah menjangkau usia kanak-kanak, remaja mahupun dewasa dan tidak pernah mendapatkan vaksin difteria. Silalah mendapat maklumat lanjut dari pihak doktor anda untuk maklumat lanjut vaksin tersebut.

bagaimana vaksin berfungsi

Bagaimana vaksin berfungsi

Apa tindakan kita

Saya ingin berkongsi antara ikhtiar yang saya buat. Situasi ini memang meresahkan saya, kita mak dan kita ada anak-anak kecil. Anak-anak saya alhamdulillah semua lengkap imunisasi. Selain itu saya amalkan ikhtiar lain juga. Saya kongsikan ya.

1. Vaksinkan anak

Ada kajian saintifik menunjukkan vaksin mampu mencegah penyakit-penyakit ini daripada merebak dan memberikan komplikasi lebih buruk. Vaksin bukan untuk semua penyakit. Biasanya vaksin hanya untuk penyakit mudah merebak dan memberikan komplikasi di samping serangan lebih teruk kepada kanak-kanak bawah 5 tahun.

Contohnya boleh rujuk dalam jadual di bawah.

Jadual imunisasi kanak-kanak

Jadual imunisasi kanak-kanak

Saya malas hendak sebut lebih lanjut berkenaan vaksin atau tidak vaksin. Cuma saya nak kata, kalau saya, memang saya vaksinkan anak-anak saya sebagai satu ikhtiar pencegahan. Berkenaan vaksin boleh rujuk dengan doktor bertauliah masing-masing.

Dari pandangan Islam, vaksin adalah harus. Manakala ada Mufti juga menyebut berdosa jika tidak vaksin. Boleh rujuk dengan pakar agama seperti mufti ya. Jangan komen dengan saya bab bab dosa pahala. Saya memang tak reti. Tindakan saya vaksin cuma atas sebab perlindungan.

Mark Zuckerberg pun vaksinkan anak

Mark Zuckerberg pun vaksinkan anak

2. Suplemen atau vitamin

Alhamdulillah langkah saya sentiasa amalkan suplemen untuk anak selama ini, bolehlah kita teruskan lagi dalam situasi outbreak ni. Cuma dalam situasi sekarang kena lebih kerap. Apa yang diambil cuma Set Sistem imun sahaja atau immune booster. Set ini ada yang untuk kanak-kanak, ada juga untuk orang dewasa.

Kita orang dewasa pun digalakkan ambil sebab untuk perlindungan kita juga di samping itu elok juga untuk warga emas yang sistem imun mereka pada tahap rendah.

Antara yang elok untuk diamalkan oleh kanak-kanak adalah:

  • a. Vitamin C: bertugas untuk melindungi tubuh dari serangan luar
  • b. Nutriferon: untuk tingkatkan sistem imun
  • c. Performance Drink: Perlu sebab virus sangat aktif bila keadaan panas dan kekeringan

Jadi raya ini memang saya bawa set sistem imun ini lebih sikit berbanding selalu. Semoga anak-anak kita semua dilindungi.

Set Sistem Imun Membantu meningkatkan sistem imun badan daripada ancaman penyakit berjangkit seperti difteria dan measles

Set Sistem Imun Membantu meningkatkan sistem imun badan daripada ancaman penyakit berjangkit seperti difteria dan measles

3. Jaga Kebersihan

Penyakit memang mudah merebak jika persekitaran tidak dijaga. Jadi jagalah persekitaran kita agar sentiasa bersih. Bakul sampah yang penuh dengan pampers anak-anak, sisa makanan dan lain-lain pastikan sentiasa dikosongkan setiap hari. Pagi-pagi buangkan ke tempat pembuangan sampah.

Pastikan juga lantai dimop hari-hari. Terutama ada anak yang masih merangkak, kalau dibiarkan lantai tidak dibersihkan melekit jadinya. Ini boleh jadi punca penyakit.

Ajarkan anak-anak tentang kebersihan. Basuh tangan bersih-bersih selepas bermain, sebelum makan dan selepas makan.

4. Minum air bersih

Pastikan air kita ditapis selalu. Air tak ditapis pun boleh jadi punca penyakit merebak. Tidak kisahlah apa jenis tapis anda gunakan, semua pun boleh. Saya guna Shaklee Water Pitcher. Untuk balik kampung ni, saya siap-siap tadah bubuh dalam botol besar untuk bawa balik. Cukup untuk guna 2-3 hari. Lepas itu kita tapis dari sana pulak.

5. Elakkan Tempat Ramai Orang

Kalau kita ada anak kecil, elakkan bawa mereka ke tempat sesak contohnya pasar, shopping complex, pasar ramadan, dll. Ada saya lihat baby baru lepas 40 hari sudah dibawa ke pasar ramadhan. Kalau mak-mak sedang berpantang pun samalah, raya ni ramai orang datang ke rumah, jangan biarkan saja anak-anak dipegang dicuit suka hati.

Penyakit senang merebak di tempat sesak begitu. Jadi elakkanlah, biarkan suami je pergi seorang diri. Kita tinggal dalam kereta atau di rumah cukuplah. Biar jadi paranoid daripada menyesal tak sudah nanti.

6. Berdoa

Doa ibu sangat mustajab. Nak lagi bulan puasa ini, amalkanlah berdoa selalu untuk keselamatan anak-anak. Salah satu doa yang dianjurkan adalah:

doa elak penyakit berjangkit

doa elak penyakit berjangkit

Daripada Uthman bin Affan (RA): Mana-mana hamba Allah (SWT) yang membaca tiap-tiap pagi dan petang hari (bacaan di atas) sebanyak tiga kali insyaAllah tidak akan ditimpa keatasnya bahaya.  (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

 

39 thoughts on “Difteria dan Campak Penyakit Bahaya Muncul Kembali

  1. Cahaya Diana

    Hmm.. info ni bukan sahaja menarik tapi sangat penting utk kita semua. Isu vaksin sy pun penah dengar tp terserah pd individu yg penting kita selamat drpd penyakit yg blh membawa maut lbh2 lagi kalau yg kena tu org yg kita sayang. Huhuuu.. thanks kongsi amalan2 pencegahan di sini. semoga ramai dpt manfaat drpd apa yg raihanah kongsi.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      thanks sis. vaksin ni sebenarnya tujuannya untuk pencegahan. disamping tu untuk bentuk herd immunity. jadi memang kena ramai-ramai buat. kalau % tak vaksin ramai maka senanglah penyakit merebak.

      Reply
  2. Khairul Bariah

    bila ada anak-anak kecil ni, emak spt kita lah yg paling risau jika anak sakit atau ditimpa masalah kan.
    saya memang vaksinkan anak, ikut betul-betul seperti apa yang telah diarahkan.
    Khairul Bariah recently posted…Yusuf Check Up 15 BulanMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      alhamdulillah, nak kena sebarkan lagi maklumat ni

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      itulah, kalau ada anak jangan lupa vaksinkan ya

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      mudah2an encik, Allah, memang risaulah juga

      Reply
  3. atie3101

    TQ for the info… panas isu ni skrg..
    sy memang vaksin kan anak… Alhamdulillah sihat… terpulang pada ibu bapa..
    cuma yg tak best nya bila terkena penyakit ni boleh merebak kat anak org lain.. so, fikirlah baik buruk..
    nauzubillah…
    atie3101 recently posted…Abang Pa’e selfie..My Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betullah terpulang pada parents kan, tapi ini berkenaan efek kepada komuniti. jadi kenalah ikut apa yang kerajaan dah buat

      Reply
  4. Kakzakie Purvit

    Yg sedihnya tak sangka kisahnya ramai yg tak bagi immunisasi berjadual kepada anak-anak mereka di negara kita ni Hana. Kesian bebudak tu kan. Risiko tinggi buat mereka ni. Tapi biasa kan hospital tak kiralah swasta atau kerajaan ada bagi buku jadual bila kita perlu bawa baby kita utk injek kan…
    Kakzakie Purvit recently posted…Lailatul-Qadar di bulan RamadhanMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ramai kak, rasanya ibu muda cam saya ni la yang ramainya. gerakan anti vaksin bermula tahun 2008

      Reply
  5. paridahishak

    tksh berkongsi info yg sgt penting n perlu diketahui…apa2 jenis penyakit pun perlu dielakan disamping berserah akan takdir-Nya.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      mudah2an anak2 kita dijauhkan daripada penyakit ini

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      semoga ramai yang dapat kesedaran selepas perkara ini. agar tidak terlewat

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      mudah2an anak2 kita dijauhkan daripada penyakit ini

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      semoga lebih ramai sedar tentang perkara ini

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      mudah2an anak2 kita dijauhkan daripada penyakit ini

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      mudah2an anak2 kita dijauhkan daripada penyakit ini

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      mudah2an anak2 kita dijauhkan daripada penyakit ini

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      mudah2an anak2 kita dijauhkan daripada penyakit ini

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      amiin, mudah2an anak2 kita dilindungi

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kan, saya pun cannot brain langsung

      Reply
  6. akubiomed

    Ada beberapa penyakit dahulu menjadi wabak sudah hilang tetapi akibat alpaan ibu bapa yang mengelak mengambil vaksin menjadi penyakit tersebut muncul semula. Perlu diingat penyakit ini boleh evolasi seperti berlaku pada penyakit selsema burung pada asalnya tidak bahaya pada manusia kini setelah mengalami evolusi boleh meragut nyawa.
    akubiomed recently posted…Salam Hari Raya AidilfitriMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      aduhai, semoga kita semua dijauhkan daripada musibah ini

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge