Cara Jaga Kesihatan Ibu Hamil Dengan GDM

By | 15 December 2016
Set Mengandung Kencing Manis GDM Shaklee

Berdasarkan analisis saya, ramai juga sebenarnya mak-mak buyung dengan GDM asyik terjah posting saya berkenaan GDM. Berdasarkan statistik KKM, bilangan ibu mengandung / hamil dengan GDM semakin meningkat. Walaupun ketika mengandung anak-anak terdahulu anda tiada GDM, anda mungkin boleh ada GDM bagi kehamilan seterusnya.

Ya, sebab ini berlaku kepada beberapa orang customer saya. Anak ke 5, kini beliau mengandung 7 bulan dengan GDM. Sebelum ini memang tiada langsung.

Faktor Meningkatkan Risiko GDM

Diabetes Mellitus semasa kehamilan (GDM) adalah sejenis penyakit kencing manis (DM) atau diabetes yang dihadapi oleh wanita semasa mengandung. Lebih kurang 4% wanita yang hamil dikesan mengidapi GDM. Ia biasanya dapat dikesan semasa bulan ke 6 atau ke 7 kehamilan (diantara minggu ke 28 dan minggu ke 34). Dan penyakit diabetes ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan. Namun menurut pakar, risiko anda mendapat diabetes atau kencing manis selepas berumur 40 tahun adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tiada GDM.

Punca berlakunya GDM adalah disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan (estrogen, kortisol, dan juga lactogen dalam uri) dan juga pertambahan berat badan semasa hamil adalah satu perkembangan yang sihat. Tetapi kedua-dua perubahan ini menyebabkan badan mengalami ketidakcukupan hormon yang dipanggil insulin, iaitu hormon pengawal gula dalam badan. Kekurangan hormon insulin mempengaruhi hormon dalam plasenta, kadar gula dalam darah meningkat dan ini akan menyebabkan berlakunya diabetes semasa kehamilan.

Jemput tonton video di bawah berkenaan GDM

Faktor yang berkaitan dengan GDM:

  • Obesiti atau kegemukan
  • Ahli keluarga terdekat mengidapi penyakit DM
  • Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (lebih dari 4 kg)
  • Air ketumban yang berlebihan
  • Wanita yang berumur 35 tahun keatas

Walaupun anda mungkin kurus, tiada keturunan menghidap diabetes, tidak pernah melahirkan baby besar atau air ketuban pun sempurna, anda mungkin boleh mendapat GDM jika anda berumur 35 tahun ke atas. Ini mungkin disebabkan oleh masalah penuaan pramatang.

Bagaimana mengawal GDM

Bagaimana mengawal GDM

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan ibu?

Kebanyakan ibu yang menghidapi GDM tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel, tetapi terdapat segelintir kes GDM ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika ia tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum. Kebolehan untuk mengesan awal GDM dan mengawal atur paras gula dengan optimum dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.

Amatlah penting mak-mak memastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction). Jika anda bersalin biasa, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.

Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.

Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.

Maka, mk-mak perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam proses kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda.

Testimoni Set GDM Shaklee

Antara testimoni yang saya hendak tunjukkan kepada mak-mak seperti berikut:

  • Puan Tim (bukan nama sebenar)
  • Puan Syidah (bukan nama sebenar)
Set Shaklee bantu ibu dengan GDM melalui kehamilan sihat dan mengawal gula dalam darah

Set Shaklee bantu ibu dengan GDM melalui kehamilan sihat dan mengawal gula dalam darah

Alhamdulillah setakat ini ramai mak-mak dengan GDM telah mengambil set GDM Shaklee dengan saya. InsyaAllah kalau mak-mak ambil dengan saya, saya akan monitor rapat-rapat perkembangan mak-mak. Cuma komitmen mak-mak kena ada jugalah, antaranya:

  • Ambil suplemen dengan konsisten
  • Minum air mencukupi iaitu 3 liter sehari
  • Amalkan pemakanan sihat

InsyaAllah mak-mak pun boleh lalui proses mengandung yang sihat, jangan risau berlebihan sebab ia pun tidak baik untuk mak dan bayi dalam kandungan. Mak-mak boleh rujuk kepada posting saya Cara Kawal GDM Semasa Mengandung untuk mengetahui info lanjut berkenaan set yang sesuai untuk mak-mak. Selebihnya boleh kontek saya.

Bagi ibu hamil, bolehlah hubungi saya untuk dapatkan set hamil ini beserta khidmat selepas jualan yang sangat berbaloi. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

 

24 thoughts on “Cara Jaga Kesihatan Ibu Hamil Dengan GDM

  1. okje

    Kencing manis dan kehamilan ni mmg sinonim kan Raihanah. Lagi satu darah tinggi. Nasiblah dulu masa mengandung tak kena kencing manis
    okje recently posted…Was wasMy Profile

    Reply
        1. Raihanah Ahmad Post author

          tabiat makan betul kot, tapi doktor kata jangan salahkan parents jugak. lifestyle kita boleh tentukan juga

          Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge