Cara Kawal GDM Semasa Hamil

By | 26 September 2016
Cara Kawal GDM Semasa Hamil

Ramai daripada kita yang ada masalah GDM kan. GDM adalah gestational diabetes melitus atau ringkasnya kencing manis semasa mengandung. Dengan saya ramai juga customer yang begini. Kalau ikutkan pengalaman saya dulu, sebaik tahu ada GDM, memang gelabah gila.

Mau tak gelabah, doktor kata risiko banyak. Risikonya seperti:

Cara Elak GDM Semasa Hamil

Sebelum ini saya ada kongsikan berkenaan cara elak kena GDM. Amalan untuk elakkan GDM perlu sebelum hamil lagi sebenarnya. Saya amalkan Shaklee sejak bersalin anak no 2 sehingga kini. Mengandung anak no 3 selepas 3 tahun. Jadi memang jangkamasa panjang sebelum saya mengandung no 3 dan disahkan tiada GDM. Suka hati mak tau.

Tapi bagaimana pula kalau memang sudah ada GDM? Bagaimana hendak kawal gula daripada naik dan kurangkan risiko seperti yang doktor nyatakan?

Alhamdulillah ada caranya, cara ini saya syorkan kepada customer saya. Kebanyakannya insyaAllah menjadi. Ok boleh baca dulu komen dalam watsapp saya ini. Testimonilah

1. Puan Tim (bukan nama sebenar)

Testimoni GDM Kencing Manis Semasa Mengandung Bantu Kawal Paras Gula

Testimoni GDM Kencing Manis Semasa Mengandung Bantu Kawal Paras Gula

2. Puan Syidah (bukan nama sebenar)

Testimoni GDM Kencing Manis Semasa Mengandung Bantu Kurangkan Paras Gula

Testimoni GDM Kencing Manis Semasa Mengandung Bantu Kurangkan Paras Gula

Kenapa Boleh Ada GDM

Cara kawal GDM yang terbaik adalah melalui pemakanan. Tapi pemakanan sahaja memang tidak mencukupi, sebab saya ada seorang customer. Katanya 4 orang anak sebelum ini beliau tiada GDM, tiba-tiba mengandung anak ke 5 ada GDM. Beliau terkejut. Sebab katanya beliau seorang yang menjaga makan, makanan manis bukan menjadi amalan pun selama ini.

Nak tahu kenapa? Sebab semakin kita berusia, sel badan kita menjadi semakin kurang efektif. Sebab inilah saya bercakap berkenaan penuaan selama ini. Penuaan boleh jadi sangat laju, dan ada yang perlahan. Untuk usia seperti beliau (39 tahun), penuaan kiranya pantas juga tu. Ada orang lebih cepat seawal usia 20an sudah ada kanser, diabetes mahupun sakit jantung.

Saya bukan hendak sembang berkenaan penuaan. Sebab banyak artikel saya berkenaan penuaan sebelum ini. Jadi kuncinya di sini, sesiapa sahaja boleh kena GDM. Tanpa mengira usia anda, latar belakang keluarga atau sejarah perubatan anda sebelum ini. Kunci masalah di sini ialah sel kita kurang nutrisi.

Kenapa nutrisi selular (sel) itu penting?

Persekitaran kita sekarang ini banyak pencemaran dan gaya hidup kita lebih tertekan. Udara tercemar, asap rokok, tekanan kerja dan sosial, bahan kimia dalam makanan dan minuman serta banyak lagi.

Kita mungkin boleh berhenti merokok, bersenam, makan secara sihat namun keperluan badan kita masih kurang. Kita perlu memberi tubuh kita khasiat yang lengkap untuk melindungi diri kita melawan pencemaran di sekeliling kita.

Kebanyakan penyakit sekarang berpunca dari satu perkara iaitu tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif adalah punca utama bagi lebih 70 penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, kanser, diabetes, arthritis, Alzheimer dan lain-lain.

Apa itu tekanan oksidatif?

Contoh biasa bagi proses pengoksidaan ialah karat, besi yg terdedah pada udara lama-lama akan menjadi karat. Dalam badan kita pun ada proses ‘karat’ ini, cuma badan kita boleh membina dan menjana sel-sel baru untuk menggantikan semula sel yang mati.

Imej menunjukkan bagaimana epal mengalami tekanan oksidatif menyebabkannya mendapat penyakit dan penuaan yang cepat

Imej menunjukkan bagaimana epal mengalami tekanan oksidatif menyebabkannya mendapat penyakit dan penuaan yang cepat

Namun akibat pertambahan usia dan terdedah kepada pencemaran disekeliling kita, lebih banyak sel yang mati dari sel baru dan inilah yg dinamakan tekanan oksidatif. Sel yang tidak mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi akan tidak dapat bekerja dengan sempurna atau juga boleh menjadi mati.

Nutrisi selular membekalkan semua zat nutrisi secara optimal kepada sel-sel kita. Sel sendiri yang akan menentukan nutrisi apa yang ia perlu dan apa yang ia tak perlu. Kesemua sel akan mendapat keperluan zat nutrisi yang mencukupi dan semua akan dapat bekerja secara optimum dan sebarang lebihan nutrisi akan disingkirkan dari badan.

Nutrisi selular akan membekalkan tubuh dengan bahan antioksida untuk melawan proses pengoksidaan dalam badan, disamping membekalkan vitamin dan zat galian lain untuk tubuh berfungsi pada tahap optima.

1% penduduk dunia mendapat bekalan nutrisi mencukupi dari makanan

Kajian mendapati hanya 1% sahaja daripada populasi dunia yang mendapat bekalan nutrisi yang cukup dari makanan semata-mata tanpa memerlukan makanan suplemen. Sebab itulah suplemen diperlukan. Inilah kaedah pencegahan terbaik kerana kita melawan permulaan penyakit pada tahap sel dengan mengelak proses tekanan oksidatif daripada berlaku.

 

Cara Kawal GDM Semasa Hamil

Bagi ibu hamil, terutama jika anda ada GDM atau darah tinggi, saya cuma sarankan ambil set lengkap kehamilan sahaja. Apakah set lengkap kehamilan dan bagaimana ia berperanan dalam mengawal GDM semasa hamil.

1. Vitalea

Vitalea mengandungi kromium dan lain-lain vitamin penting. Kromium adalah mineral yang penting untuk membantu insulin bekerja dengan lebih efektif. Ia membantu sel badan bertindak balas dengan insulin dengan lebih baik. Justeru kromium dapat membantu mengekalkan tahap gula yang sihat.

2. BComplex

Bcomplex adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh kebanyakan pesakit diabetes. Ia mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu ia ditambah dengan sistem penyerapan bioaktif berpatent yang mana ia sangat mudah larut dalam badan. Vitamin B dapat membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan lebih cekap.
Terdapat kajian yang dilakukan ke atas ibu hamil dengan GDM. Ibu hamil ini diberikan dengan vitamin B dan hasil ujian diambil selepas beberapa minggu. Hasilnya memang menunjukkan penurunan paras gula dalam darah selepas pengambilan vitamin B.

3. Vitamin C

Vitamin C dapat mengurangkan paras sorbitol dalam tubuh. Sorbitol adalah sejenis gula yang tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Jika sorbitol terkumpul dalam sel, ia akan menjejaskan sel anda. Sebab itu pesakit diabetes kebanyakannya akan mengalami kegagalan buah pinggang atau mata kabur. Ini disebabkan oleh sel mata atau sel buah pinggang gagal berfungsi lagi disebabkan paras sorbitol yang tinggi.
Pengambilan vitamin C dapat mencegah gula dalam darah daripada ditukarkan kepada sorbitol. Sebaliknya vitamin C dapat membantu supaya gula dapat ditukarkan kepada tenaga.

4. Ostematrix

Ostematrix adalah kalsium. Kalsium penting untuk menjaga pintu sel dalam badan. Kebiasaannya bagi ibu hamil / menyusu amat mudah berlaku kekurangan kalsium. Ini disebabkan bayi akan mengambil kalsium daripada tubuh ibu untuk tumbesarannya.
Apabila kalsium ibu tidak mencukupi, ia akan mengganggu kecekapan insulin yang mana menyebabkannya gagal berfungsi dengan baik serta menyebabkan gula tidak dapat masuk ke dalam sel darah.

5. ESP / Protein

ESP adalah protein yang rendah GI. Bagi makanan yang tinggi GI akan menyebabkan gula dalam darah meningkat secara mendadak. Selepas 30 minit atau sejam, anda akan mula rasa mengantuk. Contoh makanan rendah GI adalah sayuran, roti gandum penuh, oren, kacang soya dan banyak lagi.
ESP dapat membantu memberikan tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah. Ia dapat membantu mengawal paras gula dalam badan dan membekalkan tenaga berpanjangan.

Banyaknya Suplemen Kena Ambil!

Setengah orang kata, banyaknya nak makan! Sebenarnya dalam Shaklee, kami memang tiada suplemen All in 1. Ini disebabkan sekiranya dibuat semua dalam 1, akan menyebabkan vitamin/mineral yang dimasukkan ke dalamnya tidak mencukupi untuk khasiat harian.
Contohnya anda mungkin tidak mendapat kesemua 8 khasiat vitamin B, atau anda mungkin tidak mendapat 500mg khasiat vitamin C. Mungkin kapsul semua dalam 1 hanya ada 1-2 khasiat vitamin B dan hanya ada 100mg vitamin C. Ini merugikan dan akan menyebabkan anda perlu telan lebih banyak suplemen.
Justeru Shaklee membuat vitamin yang tersendiri supaya ianya lengkap. Tapi sebenarnya tak banyak pun, saya sendiri memang ambil set lengkap dan telah makan hampir kesemua suplemen yang Shaklee keluarkan. Semak balik keperluan vitamin seharian kita, adakah mencukupi jika kita hanya bergantung daripada makanan sahaja?
Bagi ibu hamil, bolehlah hubungi saya untuk dapatkan set hamil ini beserta khidmat selepas jualan yang sangat berbaloi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

20 thoughts on “Cara Kawal GDM Semasa Hamil

    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang kena jaga kesihatan walaupun tak pregnant kakzakie

      Reply
  1. Sani

    Masa wife pregnant anak bongsu memang kena gdm, memang leceh kena selalu ulang alik pergi klinik. Bila dah deliver okey aje…

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ibu hamil memang wajib amik suplemen, yang doktor bagi pun suplemen juga sebenarnya

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu, saya rasa semakin meningkat skrg ni

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge