9 Tanda Amaran Serangan Jantung Anda Perlu Waspada

By | 15 February 2017
Tanda serangan jantung

Jantung kita ibarat jam. Bila ia bergerak lancar, ia merupakan satu mesin yang hebat. Tapi kalau ia tidak berfungsi dengan baik, boleh jadi macam bom. Bila-bila boleh meletup. Tahukah anda, Naib Presiden Amerika Syarikat ke 46, mendapat serangan jantung kira-kira 5 kali bermula dengan serangan jantung pertama pada usianya 37 tahun dan berakhir dengan pemindahan jantung selama 7 jam pada usia 71 tahun pada tahun 2012.

“Dick Cheney adalah contoh yang terbaik bagaimana banyak bidang kardiologi telah maju sejak 15 tahun yang lalu,” kata Marrick Kukin, Pengarah Program Kegagalan jantung di St. Luke’s-Roosevelt Hospital di New York City dan profesor perubatan klinikal di Kolej Columbia Universiti of Physicians & Surgeons.

Kata Dr Kukin, Dick Cheney telah melalui pelbagai prosedur perubatan terkini seperti:

  • Angioplasti
  • Pintasan pembedahan
  • Statin
  • Beta-blockers
  • Defibrilator yang diimplan (untuk mengesan dan merawat aritmia mengejutkan jantung ke irama normal)
  • Peranti kiri ventrikel (membantu mengepam darah ke seluruh badan selama dua tahun)
  • Pemindahan jantung.

Semua kejayaan ini adalah berita baik untuk anda kerana bidang kardiologi telah berkembang, begitu juga pemahaman doktor.

Dalam posting kali ini saya ingin kongsikan berkenaan serangan jantung. Ada beberapa tanda anda mengalami serangan jantung yang semestinya anda tidak boleh abaikan.

9 Tanda Amaran Serangan Jantung Anda Perlu Tahu

1. Sakit Dada Disertai Dengan Mual, Muntah dan Berpeluh

Ini adalah gejala klasik serangan jantung. Beberapa tanda yang sangat jelas.

TINDAKAN ANDA: Hubungi 999. Walaupun simptom anda tidak berasa mengancam nyawa, bukan tugas anda untuk mendiagnos. Keadaan anda boleh bertambah teruk dengan cepat.

2. Tekanan Pada Dada Yang Berasa Seperti Gajah sedang duduk pada Anda

Mungkin tekanan ini berbeza pada sesetengah orang. Tapi tekanan pada dada, semacam ada gajah di atas anda. Macam itulah yang saya boleh describe.

TINDAKAN ANDA: Hubungi 999 jika ia berlaku lebih daripada 20 minit. Bagi tempoh yang lebih pendek (kurang 20 minit), anda masih perlu berjumpa doktor dan doktor akan memeriksa gejala anda samada untuk menghantar anda ke Kecemasan atau membuat ujian bateri ke atas anda.

3. Sakit Belakang (bahagian atas belakang) yang berasa seperti otot terkoyak

Biasanya mungkin hanya berlaku pada otot, tapi ia juga boleh menjadi sesuatu yang serius seperti aorta pecah. Anda tahu tak aorta tu dimana? Tengok pada diagram di bawah. Tahukah anda, penulis drama hit Rent, Jonathan Larson meninggal dunia akibat aneurism aortic (iaitu aorta pecah).

Keadaan normal aorta dan aorta apabila ia pecah

Keadaan normal aorta dan aorta apabila ia pecah

TINDAKAN ANDA: Jika kesakitan bermula semasa atau selepas senaman atau berikutan trauma atau kecederaan, elok jumpa doktor terus, terutamanya jika kesakitan beralih ke bahagian lain badan anda (selain daripada dada anda). Jika sakit belakang berterusan selama lebih daripada 20 minit, ditambah disertai dengan rasa mual, hubungi 999.

4. Rasa kesemutan atau kebas pada lengan

Sekiranya ada rasa kebas pada lengan kiri ia merupakan gejala serangan jantung klasik. Sensasi kebas bermula di dada dan menjalar ke bawah lengan kiri anda. Ia juga boleh muncul di leher, lengan kanan, gigi dan perut.

TINDAKAN ANDA: Untuk rasa kebas yang sekejap, elok jumpa terus doktor. Tetapi jika ia berlangsung selama lebih daripada setengah jam dan mencetuskan gejala-gejala lain (seolah-olah-tidak berkaitan dengan gerakan lengan), seperti pening dan loya, hubungi 999.

5. Keletihan Luar Biasa Ketika Melakukan Kerja-kerja Biasa

Yang ini adalah sangat biasa di kalangan wanita. Jika anda melakukan kerja-kerja rumah atau menjalankan urusan biasa anda dan, tiba-tiba, mendapati diri anda berasa sangat letih, ia boleh menjadi tanda serangan jantung.

TINDAKAN ANDA: Buat temujanji dengan doktor anda dengan segera. Ia boleh jadi disebabkan faktor penuaan, atau tekanan, atau kurang tidur. Tetapi ia mungkin sesuatu yang lebih buruk. Doktor anda boleh mencari punca dan mengarahkan rawatan terbaik untuk anda.

6. Sesak Nafas Dalam Sebarang Aktiviti, Seperti Berjalan

Satu lagi tanda yang cukup penting. Ia boleh jadi tanda serangan jantung sekiranya anda mempunyai 2 gejala utama iaitu sakit dada dan tekanan pada dada pada sebarang aktiviti. Atau sekiranya mempunyai masalah pernafasan walaupun anda sedang berbaring di atas katil.

TINDAKAN ANDA: Duduk tegak di atas katil mungkin membuat anda berasa lebih baik. Jika masih tidak berkurang sakitnya selama 30 minit, hubungi ambulans dengan segera.

7. Senak

Senak perut boleh jadi mengelirukan, terutama bila anda berasa kenyang dan sendawa. Masalah pencernaan mungkin boleh membawa kepada penyakit serius seperti sakit jantung koronari.

TINDAKAN ANDA: Cuba ambil Peppermint Ginger dan Garlic Complex, jika ketidakselesaan ini tidak hilang dalam masa setengah jam, hubungi doktor anda atau segera ke hospital.

8. Bengkak

Bengkak, atau edema dari segi perubatan adalah disebabkan apabila jantung tidak mengepam secukupnya. Jika anda berasa lemah atau mempunyai buku lali bengkak, ditambah mengalami kesukaran berbaring pada waktu malam, maka ini adalah tanda gejala serangan jantung.

TINDAKAN ANDA: Buat temujanji dengan doktor anda dengan segera.

9. Rentak Jantung tidak teratur (Jantung berdebar) dan Aritmia (Jantung beritma)

Ini adalah tanda-tanda yang pasti bahawa anda perlu buat penilaian dengan doktor. Setiap orang mempunyai gangguan jantung sedikit dimana kemudian ia menjadi berdebar-debar akibat tekanan atau terlalu banyak makan kafien. Tetapi perbezaan utama dalam bahaya serangan jantung adalah simptom ini diikuti dengan pening dan pengsan.

TINDAKAN ANDA: Ambil nadi anda. Letakkan jari pada pergelangan tangan anda dan mengira rentak selama 15 saat, kemudian darab dengan empat. Jika ia lebih besar daripada 140, hubungi 999.

9 tanda anda mendapat serangan jantung

9 tanda anda mendapat serangan jantung

Ayuh jaga kesihatan jantung kita, mari amalkan Shaklee.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

23 thoughts on “9 Tanda Amaran Serangan Jantung Anda Perlu Waspada

  1. rahimah majid

    Ada office mate saya dulu walaupun bukan saya kenal sangat yang husbandnya meninggal waktu celebrate 55 tahun dekat pejabat. Hari tu kira last bekerja .Hari tu juga pergi .Tengah sembang tiba tiba rebah. Puncanya penyakit jantung yang dia sendiri tak sedar. Kena check dengan doktor kalau tanda tanda yang di sebut di atas ada pada kita. Kalau tak ada pun elok check juga .
    rahimah majid recently posted…Hotel Budget Di Jepun – Mystays Berkonsep ApartmentMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kita orang melayu jarang nak cek, walaupun ada tanda. selalu being ignorance. umur 55 pada zaman ni sebenanyra masih muda. Allahu.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      take precaution measures. bayangkan umur masih muda, anak2 masih kecik, tetiba kehilangan ibu atau ayah. kesian kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      takleh kenyang sangat makan, dulu saya pun suka makan sampai kenyang. dah masuk 30 memang kena insaf

      Reply
  2. Galaksi Viral

    Info yg sangat bagus kak. Jantung mmg kena jaga betul2x. Tips langkah tindakan awal utk hadapi masalah tanda awal sakit jantung tu terbaik kak. 😀

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      doktor kata jangan salahkan mak bapa. lifestyle kita yang kena kontrol

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge