Tanda Awal Sakit Jantung Koronari

By | 13 February 2017
penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua

Saya agak terganggu kebelakangan ini apabila mendapat perkhabaran beberapa orang kawan saya disahkan mengidap sakit jantung. Baru berusia awal 30an dan seorang lagi berumur 40 tahun. Pada saya masih muda. Penyakit jantung selalunya dihubungkait sebagai penyakit orang tua. Tetapi sekarang tidak lagi.

Pernah ingat pelakon arwah Hani Mohsin? Seingat saya beliau meninggal pada umur 41 tahun akibat serangan sakit jantung.

Penyakit jantung kini bukan penyakit orang tua

Penyakit jantung kini bukan penyakit orang tua

Apakah Sakit Jantung?

Jantung manusia bekerja 24jam sehari, tidak pernah berhenti. Jantung sangat penting untuk kehidupan, jantung berfungsi untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan. Jantung yang sihat membolehkan kita hidup bergembira, aktif dan ceria. Jika kita memiliki jantung yang tidak sihat maka kesemua nikmat kehidupan ini akan hilang serta merta. Oleh itu janganlah mengambil mudah tentang jantung kita.
 
Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab adalah:
  • Bekalan darah ke otot jantung tidak cukup
  • Saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya “kolesterol”
Struktur jantung manusia

Struktur jantung manusia

Serangan Penyakit Jantung

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
 
Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan “serangan sakit jantung”.

Tanda-tanda awal penyakit jantung

Sentiasa awasi simptom penyakit jantung

Sentiasa awasi simptom penyakit jantung

Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) juga dikenali sebagai penyakit jantung koronari. Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut.

Antara sindrom penyakit jantung iskemia adalah angina pektoris dan infarksi miokardia.   

1. Angina pektoris

Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat penyakit jantung iskemia. Tanda-tanda awal angina pektoris adalah

  • Sakit di dada sebelah kiri yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen
  • Sakit di bahagian perut (epigastrik)

Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila pesakit melakukan aktiviti berat atau ketika pesakit mengalami tekanan (stres) kerana pada keadaan tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi.

2. Infarksi Miokardia

Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah yang teruk ke bahagian tersebut.

Antara tanda-tanda infarksi miokardia adalah seperti berikut :-
  • Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan ke dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat.
  • Sukar bernafas
  • Pening kepala
  • Muntah

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung 

  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Ayuh jaga kesihatan jantung anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

 
 

24 thoughts on “Tanda Awal Sakit Jantung Koronari

  1. Anuar

    Ya… Sakit Jantung ni antara sakit yang paling merbahaya..
    Dah ada beberapa rakan saya dan rakan sekerja saya meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung…
    Dah sampai ajal mereka dalam usia muda… Sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka… Semoga mereka di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman…
    Anuar recently posted…Contest SEO : Belajar Buat BlogMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      bukan masalah makan juga sebenarnya, banyak sebab especialy persekitaran kita

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      tak nyenyak tidur tu boleh try dulu ostematrix. bulan ni tgh promo

      Reply
  2. okje

    Memanglah ilmu ni bagus, tapi kadang kadang buat lagi takut weyh haha….
    Macam pengalaman jiran yg pernah kena serangan, dia cakap dia tak sakit dada sangat tapi berpeluh sampai boleh perah towel ….
    Macam macamkan Raihanah
    okje recently posted…Pengalaman naik ETSMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      hospital biasanya dah truk baru dia bagi keutamaan. sebab kes diorg banyak kena handle

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge