Sebenarnya sejak kecil saya ada penyakit berpeluh yang berlebihan, dalam bahasa perubatan disebut sebagai hiperhidrosis. Saya memang ingat masa kecil dulu saya selalu dibawa ke hospital untuk rawatan. Tapi alhamdulillah saya tiada penyakit lain, mungkin hiperhidrosis disebabkan oleh masalah genetik.
Disebabkan tidak perlu makan ubat, saya pun macam melupakan saja penyakit ini. Cuma dari segi sosial, saya kurang suka untuk pegang tangan sesiapa. Sukar sebenarnya, sebab kalau sekolah, memang selalu kena pegang tangan kawan. Kalau terpaksa pegang itu, memang sekejap sajalah saya pegang. Kawan saya pun tidak selesa juga.
Kalau menulis pun, tidak boleh lama-lama. Tangan jadi berpeluh, sampai boleh basah kertas. Kalau diperah memang boleh menitik-nitik air peluh.
Apakah Masalah Peluh Berlebihan Atau Hiperhidrosis
Tapak tangan berpeluh berlebihan atau nama saintifiknya Palmar Hyperhidrosis merupakan suatu keadaan di mana si pesakit tidak dapat mengawal peluh di telapak tangan. Peluh itu akan keluar pada bila-bila masa sahaja dalam jumlah yang besar walaupun si pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti.
Berkeringat merupakan usaha tubuh untuk mengeluarkan panas sebagai respon dari rasa cemas, cuaca panas, stress, demam, dan sebagainya. Peluh berlebihan pada telapak tangan terjadi akibat dari hiperaktivities (aktiviti yang berlebihan) sistem saraf simpatetik yang meningkatkan kerja kelenjar peluh. Nama lain untuk hiperhidrosis  antara lain: keringat berlebihan, hyperhidrosis, hyperidrosis, polyhidrosis, excessive sweating.
Menurut kajian hiperhidrosis berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit peluh berlebihan atau hiperhidrosis tidak memudaratkan sehingga membawa maut, namun akan menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menganggu pekerjaan seperti kesukaran untuk menulis. Penyakit ini amat sukar untuk dirawat dengan berkesan.
Punca sebenar peluh berlebihan atau hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic.
Secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.
Peluh berlebihan atau hiperhidrosis adalah suatu kelainan yang terjadi kerana aktiviti kelenjar peluh yang berlebihan. Hiperhidrosis dapat bersifat primer maupun sekunder.
Hiperhidrosis Primer
Hiperhidrosis primer lebih banyak bersifat idiopatik atau tidak diketahui sebabnya, namun pada beberapa keadaan, hal ini dapat disebabkan oleh meningkatnya aktiviti saraf simpatis kerana stress. Sedangkan sebab lain di sebutkan kerana faktor genetik.
Hiperhidrosis Sekunder
Hiperhidrosis sekunder disebabkan kerana adanya penyakit yang mendasari yang diderita pesakit atau kerana penggunaan ubat-ubatan. Berikut beberapa contohnya:
- Trauma saraf tulang belakang
- Kematian saraf perifer
- Tumor otak
- Monopause
- Jangkitan
- Penyakit metabolik
- Penyakit jantung
- Ubat-Ubatan (propanolol, pilokarpin, golongan antidepresan trisiklik dan golongan Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI)
Antara kemungkinan penyebab penyakit Peluh berlebihan atau hiperhidrosis
- Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.
- Dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung, dan organ reproduktif
- Alahan
- Gangguan emosi contohnya gelisah, marah, kebingungan, was-was, cemas, dll
- Faktor genetik
Kesan Palmar Hyperhidrosis
- Menyebabkan seseorang berasa terganggu dan tidak selesa.
- Menjejaskan keyakinan diri dalam berinteraksi secara sosial (contoh: menyebabkan si pesakit malu untuk berjabat tangan dengan orang lain)
- Menyebabkan tekanan
- Mengalami kesulitan mengoperasikan dan menggenggam alat-alat tertentu seperti pisau, pen atau memainkan alat muzik.
- Mengakibatkan dehidrasi/kehilangan cairan tubuh.
Contoh situasi yang sering dihadapi oleh penghidap penyakit ini:
- Rasa segan hendak salam
- Perlu mengesat dahulu tangan sebelum bersalaman
- Memerlukan tisu bila nak pegang sesuatu sebab bila tangan berpeluh, hendak pegang sesuatu benda akan jadi licin
- Setiap kali memegang sesuatu, pasti akan meninggalkan kesan basah kat benda tersebut
Namun, berdasarkan pengalaman saya, kebaikan menghidap penyakit ini ialah tapak tangan akan sentiasa lembut, gebu, halus, sebab kesan sentiasa berpeluh itu. Tapi memang selalulah orang komen, “lembutnya tangan, mesti tidak pernah masuk dapur!”
Tips dan Rawatan Penyakit Peluh berlebihan atau hiperhidrosis
Sepengetahuan saya, tiada rawatan berkesan kepada penyakit ini. Saya tidak pula diberikan ubat sapu atau makan. Dan ia berterusan hingga saya dewasa. Namun ada tips yang saya boleh kongsikan.
Tips Mengurangkan Masalah Peluh Berlebihan Atau Hiperhidrosis
- Memakai pakaian dari bahan sejuk dan menyerap peluh
- Menjaga alam sekitar anda supaya sejuk dan mempunyai pengudaraan baik.
- Elakkan makanan dan minuman yang menyebabkan berpeluh
- Mengurangkan stres, kebimbangan atau masalah emosi lain yang boleh mencetuskan pengeluaran peluh
- Jika alami kaki berpeluh, cucilah kaki anda secara berkala dengan air sejuk dan keringkan. Kasut harus dari bahan bernafas contohnya kasut kulit atau kanvas. Pakailah stokin dari bahan berbulu atau kapas.
- Kasut dipastikan sentiasa berganti. Jangan pakai satu kasut berterusan setiap hari. Seeloknya anda ada 2 pasang kasut minima supaya boleh bergilir-gilir menggunakannya.
- Mandi 2 kali sehari
- Gunakan deodoran bebas alkohol
Shaklee Untuk Masalah Peluh Berlebihan atau Hiperhidrosis
Sebenarnya saya pun tidaklah fokus sangat pada masalah peluh berlebihan ini sejak saya dewasa dan bekerja. Namun memang apabila saya mula amalkan Shaklee, saya perasan saya sudah kurang alami gejala ini. Apa saya ambil? Banyak, tapi disini saya sertakan produk yang sesuai untuk masalah peluh berlebihan atau hiperhidrosis.
Suplemen Shaklee Untuk Masalah Peluh Berlebihan atau Hiperhidrosis

Set peluh berlebihan hiperhidrosis Shaklee
Vivix
Ini yang paling saya rekemen. Ia mengandung resveratrol yang sangat bermanfaat kepada kesihatan. Vivix berfungsi dengan mengesan sebarang ketidaknormal dalam badan kita terutamanya pada saraf simpatetik. Vivix akan membantu untuk menormalkan semula kalenjar peluh tersebut.
Pengambilan Vivix lebih mudah memandangkan ianya cecair dan boleh diambil pada bila-bila masa sahaja.
BComplex
Vitamin B seperti B5, B6, B12 dan asid folik membantu mengurangkan peluh. VItamin B mengurangkan berpeluh kerana ia membantu menyingkirkan bahan buangan dalam badan dan mengeluarkan toksin melalui air kencing.
Orang yang mempunyai kadar toksik yang tinggi dalam badan cenderung untuk berpeluh dengan banyak kerana badan cuba untuk membuang toksin melalui kulit.
Apabila sistem dalaman berfungsi dengan baik, peluh akan berkurangan. Air minuman, makan makanan yang sihat dan mengambil vitamin B dapat membantu mengurangkan beban toksik kepada sistem dalaman.
Vitamin C Sustained Release
Vitamin C meningkatkan sistem imun, ini menjadikannya lebih mudah untuk melawan jangkitan dan virus. Vitamin C juga membantu untuk detox badan. Toksin dapat ditolak keluar melalui sistem perkumuhan. Apabila toksin dikeluarkan, badan akan kurang berpeluh dengan banyaknya.
Ostematrix
Kalsium dan magnesium perlu diambil bersama-sama yang mana ia dapat mebantu mengurangkan gejala peluh berlebihan atau hiperhidrosis. Kekurangan magnesium telah terbukti menyebabkan bau badan dan peluh berlebihan.
Menurut University of Maryland Medical Center, tekanan yang berpanjangan dan berpeluh yang berlebihan memberi kesan kepada tahap magnesium. Justeru menambahkan pengambilan magnesium dapat membantu mengurangkan gejala berpeluh.
Zinc Complex
Zink merupakan mineral yang sangat penting untuk beberapa proses badan. Ia membantu untuk mengimbangi metabolisme badan dan dapat mengurangkan berpeluh berlebihan pada tangan dan kaki.
Sekiranya anda ada menghidap penyakit berpeluh berlebihan atau hiperhidrosis, anda bolehlah mencuba set Shaklee ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
iols ni bukan tangan berpeluh..
ni muka ni sllu sgt berpeluh..lau pakai makeup mmg payahlah..skit2 lap peluh..adoi..
jenis berpeluh badan juga la el.
boleh kurang confident kalau mengalaman peluh berlebihan ni
nikkhazami recently posted…Review BOSE Soundsport Wireless dari Lazada
betul, sangat kurang confiden
banyak kegunaan vivix..
betul, sebab tu banyak jurnal saintifik ditulis berkenaannya
ade kawan yg ade masalah ni..tak suka nk pegang tangan dia…haahahaha
betul, memang kami ni elak pegang tangan orang
hmm seingat saya tak ada kawan yang punya masaalah macam ni, kalau ada mungkin boleh rekomen kat mereka untuk cuba vivix
Uncle Zuan recently posted…Tarikkan Mesti Terjah di Kuala Selangor
boleh sebarkan info camni ya
ramai kawan-kawan saya ada masalah ni. leh la suh diorg cuba produk ni
ramaikan, bolehlah sebarkan
Kawan saya ada la juga yang berpeluh tapi takda la banyak sangat kot.
Tak tahu diorang ada ambil apa2 tak untuk atasi masalah diorang tu.
Seorang Syed recently posted…ADAB BERKUNJUNG KE RUMAH ORANG LAIN
cuba ambil tahu. boleh cuba shaklee
tangan yang berpeluh memang menyukarkan jika tengah menulis atau menaip pada papan kekunci komputer
Hero Borneo recently posted…Fahami Selamat Hari Jadi Secara Tersirat
betul tu, orang yang mengalami je yang faham
Info yang menarik…… thanks
Wan Syahida recently posted…Telomere Study Vivix Yang Memenangi Hadiah Nobel Dalam Kategori Perubatan
sama2 shye