Selepas Kesusahan Ada Kemudahan

By | 18 September 2015

Fuh, semalam hari yang penuh dugaan bagi saya. Sejak jam 6.30 pagi menghala ke malam dan sehingga pagi tadi barulah saya rasa lega.

Kenapa?

Jam 6.30 pagi selepas bangun macam biasa, saya letak handphone saya untuk dicaj. Lepas beberapa minit hendak ambil, tiba-tiba handphone saya jem. On tak boleh. Berkali-kali cuba. Bagi rehat pun sudah berminit-minit.

Suruh husband cuba pun tak dapat. Sebelum ini ada juga pernah berlaku, tapi husband berjaya betulkan dan boleh on semula.

Handphone saya memanglah sudah guna lama, Galaxy Note 2. Memang azab juga sejak setahun lebih ini sebab ia suka betul hang dan jadi sangat slow. Jadi bila masa kena kontek customer itu, bila jadi masalah macam tu, jadi susah saya jadinya.

Samsung Galaxy Note 2 sudah lama berkhidmat untuk saya

Samsung Galaxy Note 2 sudah lama berkhidmat untuk saya

Semalam dia padam terus. Jadi paniklah saya apa lagi. Sudahlah pagi itu kena ke mesyuarat di tempat user bersama rakan ofis. No telefon semua tidak ingat. Hendak pinjam telefon orang lain, orang lain pun sama juga bermasalah.

Jadi pagi semalam saya ke mesyuarat tanpa bawa telefon, pertama kali dalam sejarah. Tidak jumpa siapa-siapa, mujurlah bila dah turun ke bawah baru jumpa staff yang lain. Alhamdulillah.

Seusai mesyuarat, terus saya pecut ke Giant Batu Caves menuju ke Kedai Digi disitu. Kebetulan Digi sedang ada promosi smartphone. Jadi dapatlah beli dengan ezypayment dengan kos RM126++ sebulan. Pakej talian pula rm148. Saya pengguna Internet banyak jadi saya ambil pakej 7GB terus. InsyaAllah berbaloi-baloi nanti.

Kali pertama jadi pelanggan iPhone. Terus jatuh cinta

Kali pertama jadi pelanggan iPhone. Terus jatuh cinta

Kedua. Pagi itu juga saya tengok web saya vitamin-cerdik.com down. Saya hendak masuk dashboard pun tidak dapat. Terkedu saya, dan risau. Website ini umpama kedai saya. Sebagai penjual mestilah risau bila kedai kita ditutup. Begitulah risaunya saya.

Inilah web saya semalam. Mestilah risau kan

Inilah web saya semalam. Mestilah risau kan

Menggagau saya mencari orang untuk tolong solvekan. Merata-rata mencari. Mana yang kenal, mana yang tak kenal, redah je semua. Tapi alhamdulillah, dengan grup whatsapp BBN telah banyak membantu saya. Alongxp berjaya selesaikan masalah saya, alhamdulillah pagi tadi web saya telah beroperasi seperti sediakala.

Kena bertenang masa menghadapi krisis. InsyaAllah boleh selesai dengan baik.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

12 thoughts on “Selepas Kesusahan Ada Kemudahan

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul kan aziyana, kita bisnes susah takde tepon ni. ini pun nombor2 contact semua habis tak de sebab simcard lama tidak boleh transfer direct ke dalam iphone

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kan, betul tu. untung sangat masuk grup BBN ni. thanks tuan kerana buka peluang

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      best jugak. saya pngguna android sebelum ni jadi amik masa sikit sesuaikan diri. tp iphone mmg best

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge