Call nowWhatsapp

Rise of Ottoman Empires: Kejayaan Yang Hebat Kerana Berpaksikan Agama

sultan muhammad fatih rise of empires ottoman

Sebenarnya saya terjebak menengok filem Turki berkenaan sejarah mereka (uthmaniyah) baru-baru ini.

Filem mereka ni memang fenomena sejak tahun lalu, tapi saya tak ambik port sebab entah, tengok banyak sangat main pedang, jadi seriau.

Mula-mula tengok The Magnificient Century. Boleh terima cerita ni sebab tak banyak pedang terhunus, lebih kepada social life Sultan Sulaiman.

Lepas tu sambung tengok Rise of Ottoman Empires, dan sekarang masuk tengok Ertugrul pula.

Kejayaan Yang Hebat Kerana Berpaksikan Agama

Saya banyak mengambil iktibar dari kisah mereka, membuka mata dan memberikan inspirasi. Sebab memang sejenis minat sejarah dari dulu lagi.Bila melihat mereka ni (cerita fiksyen, tak samalah dengan sejarah betul), kita akan sedar bahawa, bagi orang dahulu, urusan dunia adalah urusan akhirat.

Sebuah kejayaan yang hebat adalah kerana berpaksikan agama.

Sayangnya, makin ditelan waktu kekuatan tu juga turut ditelan arus. The rest is history.

Kerana itulah, utk mencapai kejayaan usah mencari sesuatu yg tak pasti. Kerana kekuatan itu dah ada bersama diri kita. Carilah Tuhan, kita akan bertemu kejayaan.

Ramai orang salah anggap, mereka hanya mencari Tuhan dalam solat, hingga urusan lain dibuat dgn begitu2 sahaja, sentuh2 sahaja., kerana dikaburi dgn persepsi ‘urusan dunia’.

Sedangkan urusan dunia ini lah yg menjadi urusan akhirat kita.Sebab itu ambil rasuah tak mengapa, gila kuasa tak mengapa, sebabnya merasakan ibadah sudah bagus.

Sahabat Rasulullah s.a.w yang dijanjikan syurga ada 10 orang, mereka ni ahli ibadah, mereka ni warak. Namun mereka masih berniaga, mereka masih berjihad, dan urusan itu dijalankan mengikut lunas Islam.

Hasil kekayaan mereka sangat banyak, namun kesemuanya diberikan sebagai sedekah, zakat dan harta wakaf. Ada satu kisah saat masuk ke Hagia Sofia, Sultan Mehmet didatangi pembesar-pembesar Byzantine yg nak memohon perlindungan.

Mereka datang bukan tangan kosong, bahkan datang dengan peti besar mengandungi syilng emas.Apa kata Sultan Mehmet?

“Tergamak kau nak bagi aku harta ni sedangkan rakyatmu kelaparan dan kebuluran.”

Belajar Dari Kisah Silam

Digariskan sifat2 munafik, bukanlah orang yang tidak solat, tapi orang munafik adalah – menipu, khianati amanah, mungkir janji, mengajak buat benda jahat, melampau dalam bertelingkah, dengki, talam dua muka dan lain-lain.

Oleh itu jalankan amanah sebaiknya moga2 kita tak tergolongan dalam kelompok ni naudzubillahi min zalik.Bila kita mencari Tuhan dalam urusan2 kita, kita akan melaksanakannya dengan baik, tidak putus asa, datang ujian kita hadapi dgn resilience.

Terus ke depan walaupun berair mata darah sekalipun. Itulah semangat seumpama penakluk Constantinople (kini Istanbul) satu ketika dulu. Sekali ke depan tidak undur ke belakang lagi. It is NOW OR NEVER katanya.

Berhentilah menunggu motivasi yang tak kunjung datang. Just do it, paksa diri & cari Tuhan dalam setiap urusan.

Sebuah kejayaan yang hebat adalah kerana berpaksikan agama

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak

One thought on “Rise of Ottoman Empires: Kejayaan Yang Hebat Kerana Berpaksikan Agama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

RSS
Follow by Email
YouTube
YouTube
Telegram
WhatsaApp