Pencuci Serbaguna Selamat dan Semulajadi

By | 12 December 2014
Pencuci Serbaguna Selamat dan Semulajadi

Bahan pencuci memang kita gunakan setiap hari, samada cuci baju, cuci tingkap, cuci lantai dan lain-lain lagi. Selalunya pencuci yang kita pakai menyebabkan kulit gatal, kering dan terasa panas. Ini disebabkan dalam bahan pencuci tu dah dimasukkan pelbagai bahan kimia yang selalunya tak mesra pada kulit kita.

Pencuci Serbaguna Selamat dan Semulajadi

Iritasi kulit disebabkan oleh bahan pencuci

Tahukah anda?

  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pencuci Serbaguna Selamat dan Semulajadi

Saya dah lama tahu Shaklee ada set pencuci serbaguna, iaitu

  1. Basic H
  2. Dish Washed Concentrate
  3. Soft Fabric Concentrate
  4. Fresh Laundry Concentrate

Selama ini kesemuanya saya pernah guna di rumah mak ni. Memang semua orang dalam rumah pun suka sebab baunya wangi dan mesra pada kulit.

Basic H

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!

Pencuci Serbaguna Selamat dan Semulajadi

Basic H

Apa istimewanya Basic H?

  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.

Semalam saya gunakan Basic H untuk mencuci tingkap rumah baru kami. Tengoklah hasilnya memang berkilat!

Pencuci Serbaguna Selamat dan Semulajadi

Cuci rumah dengan basic h

Dish Washed Concentrate

Pencuci Serbaguna Selamat dan Semulajadi

Dish Wash Concentrate

Tahukah anda? 

  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

Dish wash biasanya memang boleh menyebabkan alahan pada kulit terutamanya, jadi fikir-fikirkanlah jika anda ingin teruskan menggunakannya.

Sebenarnya Pencuci Pinggan yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?

  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki

Soft Fabric Concentrate

Pencuci Serbaguna Selamat dan Semulajadi

Soft Fabric Concentrate

Ini memang menjadi pujaan hati kami sekeluarga. Sebab meskipun pakaian anda duduk dalam mesin basuh semalaman, ia tidak berbau tengik seperti kebanyakan pencuci baju. Sebaliknya ia tetap berbau harum.

Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.

Istimewanya Soft Fabric Concentrate adalah

  • Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
  • Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan

Fresh Laundry Concentrate

Pencuci Serbaguna Selamat dan Semulajadi

Fresh Laundry Concentrate

Anda dapat bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.

Tahukah anda?

Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit – punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

Memang bagi sesiapa yang pertama kali guna akan terus jatuh cinta.

Lain-lain keistimewaan Set Pencuci Shaklee

Selamat

  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
  • Berkesan

Mesra Alam

  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Ayuh bertukar kepada Set Pencuci Shaklee, Selamat, Semulajadi dan Berkesan

Saya telah lama memilih Set Pencuci Shaklee ini, kerana ia selamat, semulajadi dan berkesan. Anda bila mahu membuat perubahan terutama kepada bumi kita?

Jaminan kami

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam

MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

PENGHANTARAN

Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

SAYA NAK BELI SET PENCUCI SHAKLEE!

Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya:

SMS / Watsapp :0122195919

SID: 864679

2 thoughts on “Pencuci Serbaguna Selamat dan Semulajadi

    1. Raihanah Ahmad Post author

      yes memang betul, memang berbahaya kalau ada kandungan kimia berlebihan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge