Call nowWhatsapp

Alhamdulillah baru-baru ini Shaklee mengumumkan untuk memperkenalkan produk terbaharu mereka, iaitu Life Shake Protein Soya dan Energizing Tea, kedua-duanya didatangkan dengan perasa Elderberry.

Produk terbaharu ini baru sahaja diperkenalkan tahun lalu di pasaran USA, dan alhamdulillah tahun ini pelanggan di Malaysia, kita dapat menikmatinya pula, tentulah didatangkan sebagai Halal.

Elderberry Buah Beri Super

Sejak tahun lalu, bermulanya cobid 19, muncul buah yang bernama elderberry sebagai salah satu nutrisi terbaik untuk mengekang penularan virus melalui mengukuhkan sistem imun manusia.

Di negara kita, khasiat elderberi jarang boleh didapati, bagaimanapun satu-satunya produk dengan khasiat dan ramuan elderberi dalam Shaklee ialah Vivix.

Vivix mengandung khasiat antioksidan polifenol salah satunya daripada: buah elderberi.

Dalam isu cobid ini, Shaklee tak terkecuali melakukan kajian demi kajian untuk mengeluarkan produk terbaik untuk menambah mengukuhkan kesihatan penggunanya.

Zaman semakin maju, penyakit pun semakin maju, dan akal manusia pun sememangnya Allah anugerahkan lebih maju. Justeru sebab itulah juga ada macam-macam remedi semulajadi yang kita boleh ambil daripada khasiat alam kita.

Antara kebaikan elderberry adalah:

1. Tinggi antioksidan

Elderberry kaya dengan sumber asid fenolik yang hebat, flavonol, Vitamin A dan C, kunci antioksidan untuk membantu memerangi radikal bebas dan tekanan oksidatif. 1

2. Kaya dengan polifenol – antosianin

Nutrien utama dalam Elderberry, iaitu antosianin adalah sebatian bertanggungjawab memberikan warna gelap ungu, bersifat anti-radang dan memberikan kebaikan antikarsinogenik, kesihatan kardiovaskular dan memiliki banyak faedah kesihatan. 2

Elderberry mempunyai lebih banyak khasiat antosianin berbanding buah beri lain.

3. Digunakan secara tradisi untuk rawatan demam dan selesema

Elderberry telah digunakan sebagai makanan perubatan dan semula jadi bagi rakyat Eropah untuk melegakan selsema, demam, sakit sendi, batuk, hidung tersumbat dan resdung. 3,4

4. Meningkatkan kesihatan sistem imun

Elderberry mengandungi antibakteria semula jadi dan sifat antivirus, yang
boleh membantu badan anda melawan jangkitan. 5

5. Mempercepat pemulihan, mengurangkan demam dan keterukan selesema

Kajian mendapati bahawa penghidap selesema mengalami penyakit yang lebih pendek dan gejala yang kurang teruk ketika mengambil ekstrak elderberry pada permulaan gejala.

Sebatian dalam elderberry didapati menyekat protein dalam virus selesema dari melekat pada sel inang. Ini dapat menjelaskan mengapa elderberry dapat melawan selesema.

Rujukan:

  1. Sidor, A., & Gramza-M. A. (2015). Advanced research on the antioxidant and health benefit of elderberry (Sambucus nigra) in food – A review. Journal of Functional Foods, Volume 18, Part B. doi:10.1016/j.jff.2014.07.012.
  2. Jian He et al. (2010). Anthocyanins: natural colorants with health-promoting properties. Annual Review of Food Science and Technology. Vol. 1:163-187 (Volume publication date 10 April 2010).
  3. Mahboubi, M. Sambucus nigra (black elder) as alternative treatment for cold and flu. Adv tradit med (adtm) (2020) doi:10.1007/s13596-020-00469-z
  4. Zakay R. Z., Thom, E., Wollan, T., & Wadstein, J. (2004). Randomized study of the efficacy and safety of oral elderberry extract in the treatment of influenza A and B virus infections. The Journal of international medical research, 32(2), 132–140. doi: 10.1177/147323000403200205
  5. Porter, R. S., & Bode, R. F. (2017). A Review of the Antiviral Properties of Black Elder (Sambucus nigra L.) Products. Phytotherapy research : PTR, 31(4), 533–554. doi:10.1002/ptr.5782
  6. Tiralongo, E., Wee, S. S., & Lea, R. A. (2016). Elderberry Supplementation Reduces Cold Duration and Symptoms in Air-Travellers: A Randomized, Double-Blind Placebo-Controlled Clinical Trial. Nutrients, 8(4), 182. doi:10.3390/nu8040182

Apakah Sistem Pemanis Reb M?

Reb M adalah molekul yang jarang dijumpai pada tanaman stevia. Ini adalah bahagian daripada stevia, yang paling manis, tetapi sukar diekstrak. Disebabkan itu, lebih banyak pemanis menjadi campuran molekul stevia yang berbeza dengan banyak kekotoran, menyebabkan rasa yang tidak menyenangkan.

Reb M pemanis semulajadi dari stevia
Reb M pemanis semulajadi dari stevia

Pihak USDA bersama dengan pihak berkuasa peraturan, kesihatan dan keselamatan makanan di seluruh dunia telah mendokumentasikan secara menyeluruh ujian keselamatan Reb M dan telah menyimpulkan bahawa ia selamat. Semua orang dapat menikmati Reb M tanpa rasa takut akan kesan kesihatan.

Saya pernah juga amalkan Stevia, tapi tak begitu menyukainya sebab ada after-taste yang agak pahit. Tapi bila Shaklee menggunakan Reb M (iaitu part of stevia), rasanya lebih baik.

Life Shaklee Protein Elderberry Penuh Dengan Kebaikan Nutrisi Penting

Life Shake adalah makanan yang lengkap dengan protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral, dengan tambahan ekstrak Elderberry untuk perlindungan yang lebih baik.

Shaklee telah menghadiahkan kami, para pemimpin perniagaan Shaklee dengan setong Life Shake Elderberry bersama-sama sekotak Energizing Tea Elderberry.

Ianya kaya, berkrim dan enak sekali dengan sistem pemanis baru Shaklee iaitu Reb M.

Life Shake meningkatkan tenaga, meningkatkan rasa kenyang, membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan menyokong kesihatan keseluruhan.

Keistimewaan Life Shake Elderberry

Sebelum ini, saya ada membeli Life Plan Shaklee, saya beli dari pasaran USA melalui Master yang ada melawat USA pada tahun 2019 yang lalu. Saya beli perasa Vanila dan Latte, kedua-duanya dengan stevia.

Jujurnya, saya tak berapa menyukai kedua-duanya. Macam saya sebut di atas, after taste dia tak cukup sedap. Maybe sedap lagi ESP dan Cinch Shake yang ada di pasaran Malaysia ketika ini.

Namun selepas mencuba sendiri Life Shake Elderberry, apa yang saya boleh katakan ialah, saya SANGAT SUKAKANNYA.

Kurang manis berbanding Cinch Shake
Lebih berperisa berbanding ESP.

Antara lain keistimewaan Life Shake Elderberry adalah;

  • Membekalkan 20g soya ultra tulen, Non-GMO protein setiap hidangan, ditambah dengan campuran biji chia organik dan organik protein biji labu (formula campuran ini telah dipatenkan)
  • Indeks glisemik rendah yang menampilkan inovatif pemanis baru, Reb M, untuk membantu mengekalkan tahap gula darah yang sihat dan memperbaiki rasa puas.
  • Prebiotik dari campuran bijirin dan enzim pencernaan, kedua-duanya untuk menyokong pencernaan yang lebih baik dan memperbaiki tahap penyerapan protein.
  • Dikuasakan oleh Leucine® untuk mengekalkan dan membina otot tanpa lemak, membakar lemak dan menyokong metabolisme.
  • Lemak trans sifar, bebas tenusu.
Life Shake Elderberry berada di pasaran Malaysia bermula Jun 2021

Teh Campuran Elderberry

Teh campiran elderberry, adalah minuman menyegarkan. Lupakan kopi dan soda. Bangkitkan semula dengan campuran eksklusif hijau kaya antioksidan, teh putih, dan merah, serta sokongan imun Ekstrak Elderberry.

Teh campuran elderberry turut mengandungi taurin, dikenali untuk meningkatkan tenaga dan alertness.

Keistimewaan Teh Campuran Elderberry

  • Mengandungi elderberry yang menyokong imun.
  • Termasuk taurin, banyak dikaji untuk
  • meningkatkan kewaspadaan dan tenaga.
  • Tongkat satu hidangan yang selesa.
  • Bebas gluten, tanpa rasa, warna buatan
  • atau pengawet ditambah

Ikutkan produk di USA, Teh Campuran Elderberry adalah juga termasuk dalam program khas penurunan berat badan 180. Berkenaan program 180 adalah seperti berikut:

“Untuk penurunan berat badan yang berterusan, anda perlukan bukan sahaja makanan dan bersenam sahaja – anda memerlukan pemakanan dan alat sokongan yang betul.

Dikuasakan oleh Leucine®, produk Shaklee 180 kami yang diuji secara klinikal membantu anda mengekalkan otot yang anda miliki, membakar lemak yang tidak anda perlukan, dan kehilangan inci yang anda tidak mahukan. Uc Leucine adalah asid amino penting untuk memelihara jisim otot. Life Shake ™, dan lain-lain produk dalam program 180 semuanya dikuasakan oleh Leucine®.

Mengapa leucine berfungsi:

  • Menyokong otot tanpa lemak. Leucine adalah asid amino rantaian bercabang yang paling berkesan untuk memelihara jisim otot.
  • Otot = Metabolisme. Protein yang diperkaya dengan leucine membantu tubuh anda memelihara jisim otot, jadi anda menurunkan berat badan yang betul dan menjaga metabolisme yang kuat.
  • Lebih banyak lebih baik. Lebih banyak otot bermaksud anda lebih kuat, kelihatan lebih ramping

Selamat, Terbukti, Dijamin 100%.

Review Minum Life Shake Elderberry dan Elderberry Energizing Tea

Menjadi antara yang pertama mencuba kedua-dua produk ini, berikut ialah review daripada saya.

1. Review Life Shake Elderberry

Dari segi warna, tidaklah nampak ketara sangat warna ungu tu dari dalam serbuk, tapi bila dah jadi shake, memang ketara juga warna ungu. Cantik je kan.

Serbuk life shake Elderberry berbau wangi, lebih wangi berbanding ESP (ESP pun perasa natural kan, beza juga lah).

Saya bancuh dengan air sejuk sahaja, sebab kita nak lihat bagaimana rasanya secara natural.

Boleh dikatakan rasanya just nice, tiada rasa terlalu manis (seperti Cinch Shake), sedang elok manisnya. Bagi saya, memang sedap juga Life Shake Elderberry ni.

2. Review Energizing Tea Elderberry

Saya sememangnya menantikan nak mencuba teh campuran elderberry ini. Sebabnya saya pun memang pengguna tegar Cinch Tea Shaklee. Jadi bila adanya Energizing Tea Elderberry, ianya memberikan saya pilihan untuk ada perasa lain.

Bau Energizing Tea Elderberry berbau harum, bila ditambah air panas sememangnya mengujakan sebab ada rasa sedikit manis di hujung lidah. Cinch tea memang rasa kosong, perlu tambah gula jika mahu.

Bagi Energizing Tea Elderberry tak perlu tambah gula, just nice rasa manisnya.

Selepas minum Elderberry Tea ni, macam juga Cinch Tea rasa cepat berpeluh, berkuasa hebat juga la kalau pergi bersenam tu.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)