Posting sebelum ini saya ada kongsikan anak no 2 saya (Faiz) seorang yang underweight dan underheight. Beliau memang lasak orangnya dan kurang makan.
Ada 1 vitamin iaitu Vitamin D yang saya pernah terbaca bahawa kekurangannya boleh menyebabkan kurangnya selera makan dan menjejaskan tumbesaran.
Jadi posting ini berkenaan fungsi vitamin D, kesan kekurangan dan sumbernya.
Apakah Vitamin D
Saya belajar sains masa sekolah menengah dulu dan saya masih ingat salah satu sumber vitamin D adalah cahaya matahari. Tetapi apakah vitamin D?
Menurut web KKM,
Vitamin D merupakan sejenis vitamin yang larut dalam lemak. Terdapat dua bentuk vitamin D yang utama iaitu ergocalciferol (vitamin D2) dan cholecalciferol (vitamin D3). Vitamin D2 boleh disintesiskan oleh tumbuhan dan kulat manakala vitamin D3 boleh disintesiskan sendiri oleh manusia apabila kulit kita terdedah kepada sinaran ultraungu B (UVB) dalam cahaya matahari. Oleh itu, vitamin D juga dikenali sebagai vitamin “sunshine”.
Jadi kita faham daripada di atas, ada 2 jenis vitamin D iaitu
- D2 yang boleh diperoleh daripada tumbuhan
- D3 yang diperoleh daripada pendedahan kulit kepada sinaran matahari
Fungsi Vitamin D Kepada Tubuh
Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dalam usus dan mengekalkan kepekatan kalsium dan fosfat yang mencukupi dalam darah, yang seterusnya menyumbang kepada pembentukan tulang.
Selain itu, kedua-dua Vitamin D dan kalsium memainkan peranan yang penting dalam pencegahan osteoporosis. Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi lemah, rapuh dan mudah patah. Osteoporosis adalah sejenis “penyakit senyap” kerana osteoporosis biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal.
Fungsi Vitamin D Untuk Kanak-kanak
- Kanak-kanak memerlukan vitamin D untuk:
- Membantu tulang untuk tumbuh dan membesar
- Membantu kanak-kanak untuk menyerap kalsium yang diambil bagi keperluan badan mereka.
Kesan Kekurangan Vitamin D
Kekurangan Vitamin D adalah sesuatu yang serius seperti
- Menyebabkan penyakit riket (bukan reket badminton ok) iaitu penyakit berkaitan kecacatan tulang, terutama tulang belakang, kaki dan tengkorak, tulang mudah patah, bengkak sendi dan lemah otot.
- Menyebabkan penyakit-penyakit seperti osteoporosis, beberapa jenis barah, sakit jantung dan diabetes.
Sumber Vitamin D
Biasanya kanak-kanak boleh mendapatkan khasiat vitamin D daripada makanan contohnya
- ikan salmon
- mackerel
- sardin
- putih telur
- ubi kentang
- oat
- mentega dan produk tenusu
Bagaimana Kita Hendak tahu Vitamin D Mencukupi Atau Tidak?
Bagi ibu bapa yang risau dengan keadaan fizikal anak-anak yang mungkin kurang berat dan kurang tinggi, anda boleh meminta doktor membuat ujian darah untuk mengetahui vitamin D mencukupi atau tidak.
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh South East Asian Nutrition Surveys (SEANUTS), 1 daripada 2 kanak-kanak Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D dan tidak mengambil kalsium mencukupi dalam hidangan harian mereka.
Selain Makanan Dan Cahaya Matahari, Adakah Suplemen Membantu?
Saya pernah bertanya dengan seorang pakar nutrisi kami berkenaan keadaan anak saya, beliau cadangkan pengambilan Vitalea For Children.
Masa itu saya tidak yakin sebab saya bimbang tidak dapat memujuk anak mengambilnya. Sebab ini juga saya jarang juga buat posting berkenaan Vitalea For Children, setakat ini hanya anak sulung saya sahaja mengambilnya dengan jaya.
Faiz ini unik sikit, berbanding abangnya yang akan makan apa saja yang saya beri, Faiz mempunyai banyak ragam. Rasanya sudah berbulan juga selepas saya berjumpa Nurul, pakar nutrisi kami. Namun saya hanya berjaya memujuknya semalam, Alhamdulillah… bangga kejap dengan diri sendiri.
Bagi keadaan Faiz: tidak mengambil sayuran, kurang ambil susu, Vitalea For Children menawarkan manfaat yang sangat banyak.
Manfaat Vitalea For Children
Vitalea FC mengandungi
- 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
- 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
- Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain.
Sebenarnya Vitalea FC yang ada sekarang merupakan vitalea FC yang telah dipertingkatkan.
Selain itu, Vitalea FC ini
- Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.
- Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.
- Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!
- Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.
Untuk makluman anda juga Vitalea For Children ini sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4Â hingga 12 tahun terutama yang tidak suke makan sayur.
Jemput tonton video di bawah pengalaman seorang ibu memberi anaknya Vitalea For Children untuk kesihatan anaknya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Wah rupanya vitamin D amat diperlukan untuk kanak-kanak, yakni Vitalea For Children.
betul tu tuan
ASSALAM PENTING SEKALI VIT D UTK TUMBESARAN KANAK2 YA…
penting sis
mugo anak terus membesar sbg johann., ;p
3lalat recently posted…2015 | A YEAR OF GREAT BLOGGING
amin, thanks doa
Dengan adanya vitalea untuk kanak-kanak pasti lebih memudahkan ibu-ibu..
Mizz Aiza recently posted…Kurus dengan Kos Murah
Reket badminton buat exercise Hana hihi..
Kalau boleh semua nak bagi Hana tapi tak tercapai juga apa lagi dah dibeli tak dimakan. Geram kan… senang jawapan dia lupa.
Kakzakie Purvit recently posted…Bila sudah lepas jadilah kenangan
betul kak, lebih mencabar kalau ibu seorang bekerja jadi nak plan makan sampai 6x sehari tu mmg mencabarlah
Saya Suka makan Cheese ada sumber vitamin D rupanya. heheh.
Bahrain recently posted…Kedai Makan Cibiuk Saji Makanan Indonesia
cheese sedapkan
Mujur ada vitamin shaklee. Senang urusan ibu2 🙂
Farrah MF recently posted…Parcel Gembira SS dan HH
betul tu sis. hihih
Banyak giler produk shaklee nie.. semuanya bagus2 pulak tu
Akim recently posted…Sha & Shah (Astro)
semuanya bagus2 sebab melalui kajian demi kajian
D vitamin is good for health and it’s appear on any bean or vegetables…
yusep recently posted…Knee Band for Running – Go for the Best
true, thanks for info
saya under wheight, tapi tinggi normal, kena tambah berat lagi 🙂
Sync recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
underweight kalau tak ketara sangat ok lagi
dulu makan vitamin c aje.
hehe..
titan recently posted…Tak SEMUA sampah kekal jadi sampah. Ada sampah boleh jadi Sumber TENAGA.
kecik2 saya rasa tak pernah makan suplemen apa pun. huhuh
Kanak-kanak sekarang memang memerlukan suplemen untuk sokongan kan
Noriza Rahman recently posted…Lecithin Meredakan Bengkak Susu dengan Cepat dan Mudah
betul tu sis MV