Kebaikan Senaman Kardio dan Contoh Senaman

By | 21 August 2015
Senaman untuk kesihatan

Dalam posting terdahulu berkenaan visceral fat, ada saya sebutkan salah satu cara hendak kurangkan visceral fat atau dapatkan rate yang lebih sihat bagi visceral fat adalah melalui senaman kardio.

Salah satu cara untuk membuang lemak di badan adalah dengan melakukan senaman ataupun latihan kardio. Latihan-latihan ini dianggap sederhana dan tidak membebankan, cuma apa yang diinginkan adalah komitmen dan istiqamah.

#dongibab

#dongibab

Apakah Senaman kardio?

Senaman kardio atau cardio workout adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh tertentu, pada intensiti tertentu.

Apa sahaja senaman yang akan membuatkan jantung kita berdegup laju daripada biasa dan berpeluh dengan lebih banyak berbanding biasa, di panggil SENAMAN KARDIO. Contohnya, berbasikal, jogging, bermain futsal, berenang, berlari dan skipping.

Dengan senaman kardio, kita boleh membakar kalori dan seterusnya menonjolkan otot-otot pada badan kita dan sekaligus perut kita akan kempis. Tapi kenapa senaman kardio bukan sit up ke?

Menurut pakar kesihatan, Kevin Zahri, prinsip yang harus dipegai ialah anda membuat sit-ups atau crunches atau apa apa senaman perut, ini menguatkan otot otot perut anda. Tapi jika otot otot diperut anda di’cover’ oleh lapisan lemak, dibahagian mana otot otot tersebut akan kelihatan?

Untuk membakar lemak diperut anda, lakukanlah apapun senaman yang membolehkan heart rate tinggi dan metabolism badan bergerak laju, dengan ini kalori yang dibakar lebih banyak dan lemak lemak yang terkumpul dibadan anda akan kurang – sekiranya pengambilan kalori tidak melebihi pembakaran kalori seharian anda.

Kebaikan Senaman kardio

Meningkatkan kesihatan jantung

Jantung juga sejenis otot seperti otot-otot yang lain dalam tubuh badan kita. Jadi, jantung kita wajib KUAT untuk melakukan kerjanya untuk mengepam darah ke seluruh badan. Senang cakap, tanpa jantung kita tak boleh hidup. Sebab itu kita kena ada jantung yang kuat agar kesihatan kita lebih terjamin. Ini salah satu kebaikan latihan kardio yang ramai orang selalu lupa.

Meningkatkan metabolisme

Disebabkan kita perlu meningkatkan kadar degupan jantung, latihan kardio juga akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan kita. Semakin tinggi metabolisme tubuh, semakin senang anda untuk menjaga berat badan.

Merangsang hormon dalam badan

Ada 2 hormon yang dapat dirangsang melalui senaman kardio ini iaitu

Hormon seronok

Latihan kardio ini dapat merangsang hormone yang menimbulkan “perasaan senang” yang tentunya dapat mengurangkan masalah seperi tertekan dan juga kepenatan.

Hormon nafsu makan

Latihan ini dapat pula merangsang hormon untuk menurunkan nafsu makan jika dilakukan dengan betul dan terkawal.

Mempercepatkan pemulihan

Latihan kardio dapat membantu mempercepatkan waktu pemulihan dan membantu mengepam lebih banyak darah yang sangat KAYA dengan oksigen ke otot untuk mempercepat proses pembaikan dan pembentukan otot-otot baru. Sila berbincang dengan doktor anda senaman kardio yang sesuai selepas pembedahan contohnya.

Menangani masalah diabetes

Latihan fizikal seperti latihan kardio pada pesakit diabetes akan meningkatkan kemampuan otot untuk menggunakan glukosa sehingga membantu mengawal kadar gula darah dalam badan. Kalau ditanya mana-mana doktor, semuanya akan berpesan kepada pesakit mereka untuk sentiasa melakukan senaman untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Contoh Senaman Kardio

Contoh senaman kardio terbaik

Contoh senaman kardio terbaik

Berlari

Berlari tak sama dengan berjogging. Berjogging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang CUBA untuk menguruskan badan. Kesannya kita akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama.

Berjogging

Buat dalam tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur.

Berbasikal

Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurangnya 3 bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.

Berenang

Salah satu aktiviti kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Dan percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas. Tak percaya? Search pada google tentang kebaikan berenang.

Bersukan. Pilih sukan-sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya bermain badminton, bermain bola jaring, bermain bola lisut, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan.

Naik turun bangku

Ini juga cara paling simple untuk melakukan latihan kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak?

Ini bukan cara nak bina badan. Cara bina badan saya ada share dalam posting bina badan. Tetapi senaman ini memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus.

Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan.

Selamat mencuba

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

2 thoughts on “Kebaikan Senaman Kardio dan Contoh Senaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge