Sudah agak lama saya ingin kongsikan maklumat ini. Hari ini walaupun belum gaji (sudah 4 Disember!), tapi masih mampu tersenyum bila dapat khabar anak lulus ditukarkan ke SRAI dari sekolah kebangsaan. Alhamdulillah.
SRAI – sekolah rendah agama integrasi (tajaan JAIS)
Cuma saya memang agak skeptikal hendak teruskan atau tidak. Sebabnya:
- Akademik SRAI ini baguskah?
- Lepas UPSR tidak boleh mohon ke Sekolah berasrama penuh
Cuma jadi diri kuat sebab
- Anak sendiri hendak bertukar ke sekolah agama (alasan dia sebab hendak balik awal, SRAI balik pukul 3.30petang)
- Suasana pembelajaran di sekolah kebangsaan – bahasa yang digunakan kanak-kanak agak tidak terkawal (selalu je anak saya report pada saya).
Memanglah saya tidak mahu anak tertekan, mungkin saya akan terima tawaran ke SRAI itu. Cumanya saya perlu ada perancangan berkaitan akademiknya sebab rata-rata memang komen ibu bapa akademik terutama English, Matematik agak teruk juga sebab cikgu-cikgunya bukan terlatih sepertimana cikgu kementerian.
Rancangannya perlu selalu polish English dan Matematik di rumah. Selain itu, saya juga telah berjaya dapatkan kelas renang (Sabtu sahaja) dan kelas seni (Sabtu), jadi sekurang-kurangnya boleh bantu mindanya bergerak cerdas.
Cara Memohon Pertukaran Ke SRAI dari Sekolah Kebangsaan
Pertukaran pelajar ini adalah untuk kemasukan darjah 2Â hingga darjah 5 sahaja. Caranya mudah sahaja:
- Isi borang pertukaran. Borang ini hendaklah dibuat 4 salinan, warna kuning sahaja.
- Lampiran yang perlu ada: salinan keputusan peperiksaan akhir tahun, salinan surat beranak, salinan IC ibu bapa, surat sokongan sekolah asal.
- Syarat lain: semua pelajaran A atau B sahaja, ini syarat yang disebutkan dalam laman web SRAI.
Tapi bagi Hakim, dia ada 2 C iaitu Jawi dan Pendidikan Islam. Masa mula-mula dapat keputusan tu, saya sudah rasa risau bimbang tidak dipertimbangkan. Tetapi saya cuba sahajalah mana tahu ada rezeki.
Alhamdulillah hantar tidak sampai 2 minggu permohonan sudah lulus. Cepat juga JAIS buat kerja.
Tarikh tutup permohonan setiap 15 Disember setiap tahun. Jadi masih sempat ini kalau hendak mohon.
Ada ibu bapa punya pengalaman hantar anak ke SRAI dan telah bersekolah menengah sekarang ini? Sharelah pandangan anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak



Saya respect dengan cara puan… Puan lebih tahu hala tuju persekolahan anak-anak puan… Semoga anak puan berjaya dalam bidang pelajaran yang diceburi…
Anuar recently posted…HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berhasil!!)
tolong doakan, thanks ya
Ada juga hantar anak ke sekolah agama utk tahun 1 hingga 6 tetapi keputusan akademik dia tak memberangsangkan pada UPSR dan terpaksa ke sekolah menengan kebangsaan saje lepas tuZ
sensasi2020 recently posted…Menang Komen Terbanyak 3 Kali Berturut-turut Di Denaihati.com
oo, penting juga pandangan ni tuan. saya pun rasa macam nak kekal sek kebangsaan je
sekolah agama memang bagus dalam pembentukan akhlak..apa guna ada degree terbaik tetapi solat lima waktu tunggang langgang dan tiada nilai menghormati orang tua..
mrhanafi recently posted…Teknik Gratis Belajar Guna Youtube
betul tu, tapi sekolah kebangsaan bermula tahun depan menambah masa untuk pelajaran agama, which for me is a good move too.
hantaq je.
ramai orang nak hantaq, tapi tak berpeluang.
titan recently posted…Pengalaman guna UNIFI 30Mbps selama 2 jam.
sedang mempertimbangkan
Assalamualaikum Puan Raihanah.
Saya baru baca entry ni. Macam mana so far anak puan di sekolah baru? Boleh share sikit apa pro/cons anak puan sejak bertukar ke sekolah agama? Saya pulak ibu dilemma nak tukarkan anak dari srai ke sekolah kebangsaan….
Wslm Puan.
Saya tak jadi pindahkan anak ke SRAI sebab suami macam berbelah bagi. Tapi pada pandangan saya sekolah kebangsaan still terbaik terutama dari segi guru yang terlatih dan berkemahiran. Tapi sekarang bila darjah 2, saya fikir kalaula ada duit lebih saya nak hantar anak ke international school atau sekolah bakat ABS. Silibus sekolah rendah terlalu tinggi nowadays dan saya kesian dengan anak. Wallahualam
salam puan, keputusan permohonan sama ada lulus atau tidak boleh tau dr mana ya?