Bersalin di Hospital Kerajaan Atau Swasta?

By | 15 April 2015
Bersalin di hospital kerajaan atau swasta?

Saya bersalin anak ketiga pun masih juga menggoogle bab ni, samada nak bersalin di hospital kerajaan atau swasta? Bakal ibu atau ibu baru juga mesti confuse juga nak pilih yang mana, almaklum nak bersalin anak pertama.

Semuanya atas pilihan anda, dan jangan lupa sentiasa letakkan keselamatan bayi dan anda di tempat pertama pertimbangan anda. Sebab ada kes saya dengar, seorang ibu cuba bersalin di hospital kecil tapi bayinya besar dan tersangkut di bahu. Barulah kelam kabut nak transfer ke HKL. Akibatnya tangan anaknya sebelah kurang kuat dan kena buat fisio. Itu baru komplikasi yang agak kecil berbanding banyak komplikasi besar yang lain. Jadi hati-hatilah.

Hospital kerajaan tetap terbaik dari segi kemudahan'

Hospital kerajaan tetap terbaik dari segi kemudahan’

Dalam membuat pertimbangan, ada beberapa perkara yang anda perlu fikirkan.

Risiko Kehamilan

Pertamanya anda kena fikirkan adakah anda tergolong dalam kehamilan yang berisiko. Kehamilan berisiko seperti GDM, darah tinggi atau pre aclampsia, uri di bawah, uri lekat pada kelahiran yang lepas, bayi songsang, dll. Risiko kehamilan ni yang utama sebab ia membabitkan keselamatan bayi dan anda.

Tabung Darah

Pilihlah hospital yang mempunyai bank darah yang mencukupi. Kebiasaannya hospital kerajaan dan hospital swasta yang besar mempunyai bekalan darah. Kalau sekadar klinik kecil atau hospital yang kecil dibimbangi tidak mempunyai bank darah secukupnya. Adanya bank darah memang penting untuk keselamatan anda, sebab ada juga kelahiran yang membuatkan ibu tumpah darah dan perlukan transfusi darah dengan segera.

Mempunyai Pakar Kanak-kanak

Satu lagi yang menjadi neraca pertimbangan adalah adanya pakar kanak-kanak sepenuh masa di hospital tersebut. Ini penting sebab selepas dilahirkan anda mahukan bayi anda diperiksa oleh pakar kanak-kanak, terutama jika bayi mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Doktor Lelaki / Perempuan

Setengah orang akan mengambil kira pilihan doktor. Kalau bersalin hospital kerajaan anda tak boleh pilih doktor yang akan membantu semasa anda melahirkan. Sebaliknya kalau di hospital swasta anda boleh membuat pilihan. Nak doktor lelaki atau perempuan, nak bangsa apa pun boleh pilih.

Keselesaan Wad

Keselesaan wad turut menjadi pilihan. Kalau anda mahukan suami menemani anda dari labor room hingga stay in di dalam wad, ha pilihlah hospital swasta. Kalau tak kisah suami tiada disisi anda semasa menginap di wad, bolehlah duduk di hospital kerajaan. Berkenaan jururawat yang baik ni saya taknak sentuhlah, sebab sebenarnya ia bergantung kepada rezeki anda. Ada rezeki anda dapat jururawat yang baik. Sentiasalah berdoa.

Yang paling penting: Ada duit tak?

Ini memang paling penting. Bersalin ceaser di hospital kerajaan anda dan stay selama seminggu, anda hanya dikenakan RM100 sahaja. Serius sebab inilah yang suami saya bayar masa saya bersalin anak sulung di HKL 7 tahun lalu. Maknanya kalau bersalin normal lebih murah. Mungkin belas-belas ringgit sahaja.

Hospital swasta yang kebanyakannya mengenakan di antara RM2000 hingga RM4000 untuk bersalin normal, sementara untuk ceaser di antara RM3000 hingga RM8000. Tapi ada juga hospital yang sederhana mengenakan diantara RM1500 hingga RM2500 untuk bersalin normal, sementara RM3000 hingga RM5000 untuk bersalin ceaser.

Contoh pakej bersalin sederhna

Contoh pakej bersalin sederhna

Tapi sekarang ada hospital kerajaan seperti Hospital Putrajaya dan Hospital Selayang buat seksyen swastanya. Ia di panggil Full Payment Patient (FPP). Kosnya lebih murah. Contohnya bersalin normal hanya sekitar RM2000 atau kurang. Bersalin ceaser pula kurang RM5000.

Jadi semuanya terpulang kepada pilihan anda. Macam saya, pengalaman saya begini.

  • Anak pertama – risiko GDM, masa ni duit tak banyak, jadi pilihannya bersalin di HKL
  • Anak kedua – risiko GDM, duit ada tapi fikirkan pasal risiko, pilihan saya di HUKM
  • Anak ketiga – tiada risiko, tapi masih nak bersalin di hospital kerajaan tapi nak selesa sikit, pilihan saya FPP di Hospital Selayang.

Memang best juga bersalin dengan FPP Hospital Selayang ni. Antaranya

  • Hanya doktor MO ke atas memeriksa anda
  • Doktor pakar sendiri akan menyambut bayi anda
  • Anda dapat bilik single sementara tunggu nak ke labor room
  • Lepas bersalin, boleh juga dapat bilik single kalau ada kekosongan. Bilik pun lebih selesa.

Itulah coretan saya berkenaan pilihan yang anda boleh pertimbangkan untuk tempat bersalin. Yang penting selain carian hospital juga, nak bersalin tu sendiri perlukan tenaga dan kaedah meneran yang betul. Amalan saya kali ni alhamdulillah memberikan tenaga walaupun tak makan seharian.

Set kehamilan Shaklee alhamdulillah membantu sangat. Jemput hubungi saya untuk dapatkannya.

Raihanah Ahmad

Watsap/telefon/sms 0122195919

SID 864679

COD Gombak, pengeposan di seluruh negara dan dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge