Call nowWhatsapp
Select Page

Sudah agak lama saya ingin kongsikan maklumat ini. Hari ini walaupun belum gaji (sudah 4 Disember!), tapi masih mampu tersenyum bila dapat khabar anak lulus ditukarkan ke SRAI dari sekolah kebangsaan. Alhamdulillah.

SRAI – sekolah rendah agama integrasi (tajaan JAIS)

Cuma saya memang agak skeptikal hendak teruskan atau tidak. Sebabnya:

  • Akademik SRAI ini baguskah?
  • Lepas UPSR tidak boleh mohon ke Sekolah berasrama penuh

Cuma jadi diri kuat sebab

  • Anak sendiri hendak bertukar ke sekolah agama (alasan dia sebab hendak balik awal, SRAI balik pukul 3.30petang)
  • Suasana pembelajaran di sekolah kebangsaan – bahasa yang digunakan kanak-kanak agak tidak terkawal (selalu je anak saya report pada saya).

Memanglah saya tidak mahu anak tertekan, mungkin saya akan terima tawaran ke SRAI itu. Cumanya saya perlu ada perancangan berkaitan akademiknya sebab rata-rata memang komen ibu bapa akademik terutama English, Matematik agak teruk juga sebab cikgu-cikgunya bukan terlatih sepertimana cikgu kementerian.

Rancangannya perlu selalu polish English dan Matematik di rumah. Selain itu, saya juga telah berjaya dapatkan kelas renang (Sabtu sahaja) dan kelas seni (Sabtu), jadi sekurang-kurangnya boleh bantu mindanya bergerak cerdas.

Cara Memohon Pertukaran Ke SRAI dari Sekolah Kebangsaan

Pertukaran pelajar ini adalah untuk kemasukan darjah 2 hingga darjah 5 sahaja. Caranya mudah sahaja:

  • Isi borang pertukaran. Borang ini hendaklah dibuat 4 salinan, warna kuning sahaja.
  • Lampiran yang perlu ada: salinan keputusan peperiksaan akhir tahun, salinan surat beranak, salinan IC ibu bapa, surat sokongan sekolah asal.
  • Syarat lain: semua pelajaran A atau B sahaja, ini syarat yang disebutkan dalam laman web SRAI.

Tapi bagi Hakim, dia ada 2 C iaitu Jawi dan Pendidikan Islam. Masa mula-mula dapat keputusan tu, saya sudah rasa risau bimbang tidak dipertimbangkan. Tetapi saya cuba sahajalah mana tahu ada rezeki.

Alhamdulillah hantar tidak sampai 2 minggu permohonan sudah lulus. Cepat juga JAIS buat kerja.

Tarikh tutup permohonan setiap 15 Disember setiap tahun. Jadi masih sempat ini kalau hendak mohon.

Ada ibu bapa punya pengalaman hantar anak ke SRAI dan telah bersekolah menengah sekarang ini? Sharelah pandangan anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)