Alhamdulillah saya kongsikan hari ini nota daripada kelas Tadabbur Ramadan yang saya ikuti. 1 hari 1 ayat pilihan.
Ayat pilihan hari ini ialah dari Juz ke 8, Surah Al-An’am ayat 124-125
“Dan apabila datang suatu ayat kepada mereka, mereka berkata, “Kami tidak akan percaya (beriman) sebelum diberikan kepada kami seperti apa yang diberikan kepada rasul-rasul Allah.” Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan-Nya. Orang-orang yang berdosa, nanti akan ditimpa kehinaan di sisi Allah dan azab yang keras karena tipu daya yang mereka lakukan.
Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.
Surah Al-An’am 6: 124-125
Keterangan Ayat 124
Ayat ini berkenaan dengan cemburu manusia yang mana kisah tentang orang-orang yang belum beriman mencagarkan agar mendapat layanan yang sama seperti Rasulullah agar mereka beriman.
Mereka menuntut untuk mendapat layanan istimewa daripada Allah dan mendapat wahyu terus daripada Jibrail AS tanpa perlu melalui Rasulullah. Kalau tuntutan ini tidak dipenuhi, mereka enggan beriman.
Sikap cemburu mereka ini hingga sangup meninggalkan kebaikan-kebaikan yang agung termasuk beriman kepada Allah.
Keterangan Ayat 125
Ayat ini pula memberikan isyarat kepada kita apabila membuat kebaikan, ianya adalah di atas kehendak Allah yang memberikan petunjuk, membersihkan dan melapangkan hati kita.
Nasib kita smeua berbeza, ini kerana Allah Maha Mengetahui siapa yang layak mendapat layanan istimewa ini, di mana orang-orang begini Allah memberikan nikmat mengikut keperluan dan selayaknya untuk dia dapat.
Kelayakan manusia itu berbeza, mengikut juga tingkatan iman dan amal kita.
Cemburu
Cemburu yang keterlaluan menyebabkan kita jauh daripada kebaikan, jiwa dan dada kita sempit untuk istiqamah dalam agama kita.
- Kenapa orang tu ada?
- Kenapa aku tak bahagia macam dia?
- Bestnya hidup dia, aku?
Dan kita menjadikan mahar apa yang kita mahukan, sebelum beramal. Umpamaya
- “nak jadi kaya, baru nak sedekah”
- nak ada kereta elok baru nak ke masjid
- nak orang hormati kita barulah nak berjemaah di masjid
Begitulah. Pernah dengar tak, umpamanya dalam hal sedekah, ada sebuah pintu Syurga dinamakn sebagai Pintu Sedekah.
“Sesiapa yang menginfaqkan sepasang dari hartanya (iaitu berjumlah dua seperti jika ia penternak kambing maka ia menginfaqkan dua ekor kambing) di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): “Wahai hamba Allah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan).
Maka barang siapa dari kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barang siapa dari kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barang siapa dari kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu Ar-Rayyan dan barang siapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah”.
Lantas Abu Bakar: “Demi ayah dan ibuku (sebagai tebusan) untukmu wahai Rasulullah, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, iaitu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?” Baginda Rasulullah menjawab: “Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka.”
HR Bukhari 1764
Itulah dia, orang yang akan memasuki pintu Sedekh ialah orang yang selalu bersedekah tanpa mengira keadaan dirinya.
Refleksi
Ada beberapa pengajaran
- Jaga hati kita dengan cara mengelakkan perkara-perkara yang mengotorkan hati seperti cemburu kerana ia adalah sebab dada kita menjadi sempit.
- Cemburu akan memakan diri kita, takkan ke mana kita dengan cemburu
- Apabila lapang dada, petunjuk dan agama akan mudah untuk masuk ke dalam hati.
- Usah membanding-bandingkn kehidupan orang lain dengan kit, jangan terpenngaruh dengan apa yang kita lihat kerana realitinya mungkin tidak sama. Atau kita tak tau sejauh mana mereka berkorban untuk sampai kepada kejayaan hari ini.
- Apabila terasa kekurangan, carilah alternatif lain. Usah jadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk tidak berbuat kebaikan.
Kesimpulan
Tip saya untuk buang jauh-jauh rasa cemburu ini ialah bersyukur dan bergembira dengan kejayaan atau rezeki orang lain. Bila gembira, kita pun akan lapang hati, kejayaan dan rezeki untuk kita pun akan mudah nak datang.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
Klik nombor ini. Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye.
Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


