Alhamdulillah sharing hari ini ialah daripada Surah Al Maidah Ayat 114 iaitu penceritaan kisah Nabi Isa bersama Hawariyyun. Golongan Hawariyyun ini umpama “Best Friend Forever” BFF lah dalam konteks moden kita sekarang.
“Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.
Surah Al Maidah 5:114
Kisah Nabi Isa Dan Hidangan Dari Langit
Sepertimana saya sebut diatas, ayat ini mengenai kisah Nabi Isa dan Hawariyyun. Sebenarnya Hawariyyun ini adalah satu gelaran kepada 12 orang anak murid Nabi Isa. Mereka ini juga sahabat-sahabat terbaik Nabi Isa, pada hari terakhir baginda di atas bumi.
Kisah ini berlaku ketika Romawi sedang dalam perjalanan untuk membunuh baginda. Hawariyyun lalu bertemu dengan baginda, memandangkan Romawi sedang dalam perjalanan, maka kuat sangkaan mereka yang mereka akan berpisah dengan baginda. Mereka berasa ragu-ragu dengan keimanan mereka sekiranya Nabi Isa akan disalib.
Dalam keadaan tersebut, Hawariyyun memohon kepada Nabi Isa agar ditunjukkan mukjizat lagi bagi memantapkan keimanan mereka. Nabi Isa berfikir, kalaulah sahabatnya selaku Hawariyyun pun punya keraguan dan ketakutan pada iman mereka, bayangkan pula orang awam seperti Bani Israel?
Lalu baginda sebut, kamu dah nampak mukjizat ini, kamu mesti berkongsi dengan orang lain seperti keluarga, sahabat-sahabat kamu yang mungkin antara mereka ada yang lemah imannya.
Nabi Isa pernah menunjukkan mukjizat lain sebelum ini:
- Burung yang dihidupkan daripada tanah liat dan terus terang
- Dapat merawat penyakit sopak
- Orang buta yang dapat kembali melihat
- Orang yang mati boleh hidup semula
Untuk permintaan terbaharu (hidangan dari langit), bukan terus-terusan Nabi Isa berdoa tapi selepas beberapa kali dipujuk Hawariyyun.
Pertama: Makanan turun dari langit ini sebenarnya sebab Hawariyyun pun telah menurut perintah agar berpuasa selama 30 hari. Dan mereka meminta hidangan dari langit ini sebagai hadiah kepada mereka. Diriwayatkan makanan itu diperlihatkan kepada Hawariyyun tetapi memakannya ckup untuk orang awam semuanya.
Kedua. Makanan yang turun ini menjadi intipati khutbah di hari raya bagi setiap keturunan Hawariyyun supaya menambahkan keimanan mereka.
Ketiga: Mendidik Hawariyyun untuk melihat makanan yang diturunkan adalah sebaik-baik rezeki daripada Allah. Ia datang daripada tempat yang jauh melalui laluan khusus yang Allah tetapkan.
Refleksi
Ada beberapa perkara kita boleh ambil iktibar:
- Hargailah guru kerana seorang guru itu berusaha untuk menjawab dan memberi tunjuk ajar kepada anak muridnya.
- Mohonlah belajar sesuatu yang dapat memberikan manfaat besar kepada orang lain, terutamanya ia dapat dikongsi kepada generasi ke generasi.
- Jika keimanan kita menjadi lemah akibat sakit yang menimpa kita, perhatikan semula aspek pemakanan kita.
- Pilih dan amalkan makan minum yang baik dan dari sumber yang halal
- Elakkanlah makanan yang syubhah bukan hanya dari segi halal haramnya bahkan dari segi kebaikan makanan tersebut kepada tubuh kita.
- Bersyukurlah dengan rezeki yang dikurniakan, elakkanlah sikap suka komplen dengan makanan yang kita dapat.
- Berkongsilah pengalaman dalam situasi yang perlu kerana pengkongsian kita dapat menguatkan mereka yang alami pengalaman yang sama.
- Menyakini bahawa Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki. Apa yang kita usahakan, atau apa yang perolehi juga semuanya daripada Allah.
Kesimpulan
Saya suka ayat ni bila ia mengkhususkan pengajarannya bab pemakanan yang baik kepada kita. Ini kerana jaman kita sekarang kita ni suka memilih makanan yang kita “suka” berbanding memilih makanan yang betul-betul baik dan memberikan manfaat kepada tubuh kita.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#duitrayaawalshaklee
Contact saya seperti dibawah:
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


