Alhamdulillah berpeluang lagi saya share dengan anda berkenaan salah satu ayat dalam Juz ke 5 iaitu Surah Al-Maidah ayat 31.
Kemudian Allah mengutus seekor burung gagak menggali tanah untuk diperlihatkan kepadanya (Qabil). Bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Qabil berkata, “Oh, celaka aku!”
Surah Al-Maidah 5:31
Ianya berkenaan dengan healing. Kebanyakan orang memilih untuk melakukan emotional healing ini dengan perbuatan-perbuatan seperti melancong, melihat ciptaan Allah seperti melihat langit, yang mana perbuatan ini memberikan terapi kepada jiwa.
Selain daripada healing sebegitu, salah satu emotional healing ialah dengan menuntut ilmu.
Pengajaran dari Kisah Pembunuhan Habil
Dalam ayat di atas merupakan sambungan kisah pembunuhan Habil oleh Qabil. Untuk recall, mereka berdua merupakan anak-anak kepada Nabi Adam a.s. Kes pembunuhan ini adalah atas dasar hasad kerana bentangan korban Habil adalah lebih baik berbanding Qabil dan mendapat pujian.
Lalu Qabil membunuh saudara kandungnya sendiri, Habil. Beliau telah terlanjur membuat damage yang sangat besar. Qabil sangat mengikuti hawa nafsu bahkan tenggelam didalamnya.
Mengikut riwayat Qabil sebenarnya terasa menyesal di atas perbuatannya. Beliau berfikir-fikir bagaimana mahu menguruskan jenazah Habil lalu beliau ternampak burung gagak yang sedang mengorek-ngorek tanah untuk menanam bangkai burung gagak juga.
Qabil yang melihat aegan itu terinspirasi lalu menanam jenazah Habil seperti cara gagak.
Refleksi
Ada beberapa perkara kita boleh pelajari daripada kisah ini
- Seteruk mana pun masa silam kita, Allah akan memberikan jalan keluar untuk kita move forward.
- Untuk move forward, kita memerlukan kepada ilmu kerana dengan ilmulah kita dapat menambah kebaikan dan menambah kualiti diri. Boleh lihat pengalaman-pengalaman influencer kita seperti artis-artis yang banyak memilih jalan kebaikan dari segi pakaiann, amalan, dan lain-lain, mereka pun berusaha menambahkan ilmu.
- Selalulah membuka minda kepada apa-apa ruang pelajaran. Sangat merugikan sekiranya dalam kehidupan kita, kita menutup ruang pembelajaran.
- Untuk mendapatkan ilmu, tidak semestinya melalui manusia, kita juga boleh belajar daripada makhluk Allah yang lain. Dalam Al Quran Allah mengajar kita untuk merenung ciptaan Allah disekeliling kita umpamanya langit, bumi, laut, dan lain-lain. Malahan kita belajar dengan sesiapa juga, kalau orangnya lebih muda dari kita, pun kita belajar, usah meletakkan ego disebabkan kita lebih berusia atau memiliki ijazah sekian-sekian atau kita bekerja dengan jawatan tinggi-tinggi maka kita enggan belajar daripada orang lain.
Tentang emotional healing
Emotional healing menjadi dilema dalam kebanyakan kalangan kita semua khususnya apabila melibatkan masa silam dan trauma, atau melibatkan dosa-dosa kita yang lalu.
Kebiasaannya kita susah melupakan, atau kita mungkin tercari-cari jalan keluar, atau ingin move forward dan menjadi orang yang lebih baik.
Cara Emotional Healing
- Merenung ciptaan Allah seperti langit, gunung, laut dan sebagainya
- Melihat dan ambil iktibar daripada makhluk-makhluk ciptaan Allah dari segi kasih sayang antara haiwan, kekuatan sesetengah makhluk dan lain-lain.
- Menuntut ilmu untuk memperbaiki diri sendiri
- Mendengar kata-kata motivasi
- Mendengar bacaan AlQuran
Kesimpulan
Kita buat emotional healing cara kita sebagai orang Islam, sambil menerima dan redha dengan semua aturan Allah kepada kita. Sebab semua yang berlaku juga atas dengan izin Allah jua. InsyaAllah moga lebih tenang.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#duitrayaawalshaklee
Contact saya seperti dibawah:
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


