Saya mempunyai beberapa orang kenalan yang ada penyakit sopak atau vitiligo. Jadi sejak saya sertai Shaklee, ada juga beberapa kali saya cuba carikan penyelesaian untuk membantu mereka ini.
Kebiasaannya pesakit sopak ini kalau muda lagi, akan ada rasa malu, sukar bersosial, ada yang tidak berkahwin. Kalau sudah berkahwin tak apa la kan, tapi bagi yang masih bujang, menimbulkan rasa malu.
Anggaran satu hingga dua peratus penduduk dunia (40 hingga 50 juta orang) menghidapi vitiligo. Sebanyak 95 peratus pesakit menghidapi vitiligo sebelum mencecah usia 40 tahun dan Vitiligo menyerang individu tanpa mengira kaum atau jantina
Bagi individu yang menghidapi penyakit autoimun (penyakit di mana sistem daya ketahanan seseorang individu bertindak ke atas tisu dan organnya sendiri) lebih berkecenderungan untuk mendapat masalah ini.
Contoh penyakit autoimun adalah seperti hipertiroidism (kelenjar tiroid yang terlalu aktif) dan anemia pernicious (kekurangan sel darah merah disebabkan oleh kegagalan penyerapan vitamin B12).
Apakah penyakit sopak atau vitiligo
Dari artikel terbitan utusan, menyatakan:
Penyakit sopak atau vitiligo merupakan masalah pigmentasi di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen (yang dipanggil melanosit) di kulit, membran mukosa (tisu-tisu yang meliputi bahagian dalam mulut atau hidung atau di kawasan-kawasan genital dan rektal) dan retina (lapisan dalam mata), dimusnahkan.
Ini menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa tempat di badan. Rerambut yang tumbuh di kawasan terbabit turut menjadi putih.
Punca Penyakit Vitiligo
Punca penyakit vitiligo ini tidak diketahui tetapi para doktor serta para penyelidik mempunyai beberapa teori tersendiri. Antaranya:
- Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit sendiri
- Kemusnahan melanosit dengan tersendiri
- Ada kajian yang menunjukkan, sesetengah kejadian seperti sunburn atau tekanan emosi boleh menyebabkan timbulnya penyakit vitiligo.
- Vitiligo juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan walaupun ia tidak dapat dibuktikan.
Tanda Penyakit Sopak atau Vitiligo
Orang yang menghidapi vitiligo akan mula-mula menyedari kehadiran tompok-tompok putih pada kulit. Tompok-tompok ini selalunya berlaku di kawasan-kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari seperti pada bahagian tangan, kaki, lengan, muka dan bibir. Ia juga boleh terjadi di ketiak, sekeliling mulut, mata, lubang hidung serta organ seks.
Penyakit ini selalunya bersifat progresif di mana tompok-tompok putih ini boleh merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain setelah beberapa lama. Ada kalanya kadar merebak ini laju tetapi ada kalanya perlahan.
Rawatan Penyakit Sopak atau Vitiligo Dengan Shaklee
Biasanya rawatan yang doktor akan sarankan adalah pemakanan ubat-ubatan, pembedahan, atau terapi. Ubat yang dibekalkan pula ada yang perlu disapu pada tempat sopak.
Bagi suplemen pula, saya mengesyorkan 2 produk utama untuk digunakan berdasarkan kejayaan testimoni sediada yang digunakan oleh pesakit sopak atau vitiligo. Antara yang boleh diambil adalah
Vivix
Dengan mengamalkan minum Vivix setiap hari, Insha Allah penyakit sopak ini boleh dipulihkan. Vivix merupakan campuran unik botani Polygonum cuspidatum, Anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol terkenal dengan khasiatnya sebagai antioksidan dan sel anti penuaan di samping resveratrol yang sangat tinggi khasiatnya.
ESP
Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplement protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.
Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
Testimoni Pesakit Sopak Dengan Shaklee
Tadi saya ada sebutkan beberapa orang pesakit sopak yang telah berjaya dibantu dengan Shaklee. Antaranya:
Testimoni 1
Seorang ibu, namanya Puan Sakinah memang mempunyai penyakit DLE (discoid lupus Erythomathosus) yang kemudiannya beliau perasan beliau juga mempunyai vitiligo atau sopak. Hasil pengambilan konsisten dengan ESP, kesan sopak atau vitiligo telah berkurangan dan lama kelamaan telah tiada.
Rujuk print scrin kisah beliau di bawah ini.
Testimoni 2
Ini adalah perkongsian pesakit Vitiligo mat saleh. Tengok bagaimana perubahan yang beliau alami, dan banyak juga produk shaklee yang beliau ambil.
Jadi jika anda mempunyai kenalan atau orang terdekat yang menghidapi penyakit yang sama, bolehlah syorkan agar dipertimbangkan pengambilan kedua-dua produk ini untuk masalah vitiligo.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
wahh..
sopak pun boleh juga?
terbaik nih.
titan recently posted…Tulis buku dan JUAL.
best tau
Wow! Sopak bleh clear dengan shaklee..! Ini betul2 obat bukan makjun sangkut ni!
Nanti bleh bgtau aa kenkwn gak berita ni!
si bongkok recently posted…#Review Zalora – Pengalaman Yang Confirm Saya Tak Boleh Lupa Punya!
insyaAllah setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati
Banyak rupanya kelebihan Shaklee ni… Terbaik..
Anuar recently posted…Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
melengkapkan nutrisi sebenarnya, sebab itu badan sihat jadi takde la penyakit
macam2 penyakit boleh diubati.. apepun ini adalah salah satu ikhtiar yang boleh diusahakan..
zik recently posted…Hala tuju selepas pt3, 2015-2016
ikhtiar memang penting
shakle = magic.
itu je saya boleh cakap
Uncle Zuan recently posted…Penang War Museum, Museum Paling Menyeramkan Di Asia
hahah ini perli ke betul ni uncle zuan?
tak sangka sopak boleh diatasi..
memamg terbaik dan berharap ia boleh dimanfaatkan sebaik mungkin..
mrhanafi recently posted…Selesai Ujian Kelayakan MRSM Anak
insyaAllah boleh diatasi
penah jumpa org yg mengalami skt sedemikian… mmg kesian bla tgk. dia pun tunduk je bla perasan dia sdg diperhatikan
itulah, kesian depa ni. semoga ini membantu mereka
Bagus ni Hana.. kadang memang ada kita nampak org yg kulit macam ini kan
Kalau mereka tahu mesti mereka beli set ini.
Kakzakie Purvit recently posted…Perjalanan hujung tahun 2015
tolong sebar2kan info ni
Kualiti Shaklee memang tidak dinafikan. Tapi baru tahu juga tentang sopak ni.
fidah shah recently posted…WW#5 Life
thanks sis singgah
baru tau..gd sharing!
thanks sis
Alhamdulillah kalau dah ada penawarnya.
Kesian golongan ini… lg2 klu masih muda.
betul tu sis, sampai2kanlah ya