Cara Pilih Kolagen Terbaik dan Berkesan

By | 26 December 2015
Kulit anda cukup kolagen?

Banyak juga kolagen di pasaran, kan. Sebut saja nama apa, mesti ada. Saya perasan kolagen melonjak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Banyaknya sampai kita tidak tahu hendak pilih yang mana.

Masa itu saya pun tidak ambil port pun pasal kolagen ini, maklumlah belum terbuka lagi pasal kesihatan.

Kesan dan Faedah pengambilan Kolagen

Kesan dan Faedah pengambilan Kolagen

Keperluan Kolagen Kepada Badan

Kolagen adalah protein, secara kasar 33% daripada protein ini adalah protein kolagen dan 75% daripada kulit adalah dari kolagen manakala 80% daripada tulang adalah daripada kolagen. Jadi memang kolagen ini sangat penting untuk kulit, manakala ia juga sebahagian daripada protein.

Kolagen penting kepada tubuh

Kolagen penting kepada tubuh

Kolagen menyokong sebahagian besar sel-sel yang membina struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen terdapat pada

  • kornea
  • kanta mata
  • salur darah
  • keratin (rambut dan kuku)
  • tulang, tendon, rawan sendi
  • gigi
  • hati
  • tulang sum-sum
  • tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung dan sistem limfa

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% setiap tahun selepas berusia 25 tahun. Seseorang boleh mula mengambil kolagen sejak berumur 18 tahun. Selepas berusia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Sebab itu kalau perasan kebanyakan yang ada sakit lutut, sakit sendi bermula selepas berumur 40 tahun. Ada yang sampai kering terus pelincir pada sendi, sampaikan perlu dicucuk atau perlukan pembedahan.

Oleh sebab itulah kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti

  • Osteoarthritis
  • Osteoporosis
  • Arteriosclerosis
  • Kosmetik, pelembap kulit dan anti penuaan
  • Sumber Kolagen

Banyak juga sumber kolagen, antaranya

  • Haiwan ternak – contohnya lembu, babi
  • Haiwan laut – contohnya ikan, gamat, sirip jerung (rumpai laut tidak termasuk sebab telah dibuktikan tidak mengandungi kolagen)
  • Tumbuhan – contohnya kacang soya, buah-buahan

Baru-baru ini dalam perbincangan telegram kami pakar nutrisi ada menyebutkan bahawa kolagen terbaik adalah didapati daripada haiwan laut disebabkan:

  • Kolagen daripada sumber haiwan ternakan mempunyai molekul yang terlalu besar dan sukar diserap oleh badan
  • Kolagen daripada tumbuhan pula terlalu sedikit dan tidak mencukupi untuk badan manusia

Kebiasaannya kolagen yang banyak dipasaran memiliki 300000 dalton, ianya terlalu besar dan sukar diserap ke dalam tubuh. Manakala kolagen yang baik adalah di antara 3000 hingga 5000 dalton. Kolagen Shaklee pula adalah 1000 dalton, paling halus dan paling mudah diserap ke dalam tubuh.

Kolagen daripada sisik ikan merah adalah sumber kolagen terbaik

Kolagen daripada sisik ikan merah adalah sumber kolagen terbaik

Oleh sebab kecil molekul kolagen Shaklee (1000 dalton), ia hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk diserap terus ke dalam dermis, dan apabila dimakan hanya memerlukan 20 minit untuk menyerap ke dalam saluran darah

Cara Pilih Kolagen Terbaik dan Berkesan

Antara cara untuk memilih kolagen terbaik dan berkesan adalah:

  • Kolagen yang diambil secara oral (dimakan atau diminum), bukan disuntik
  • Kolagen yang mempunyai saiz molekul yang lebih kecil lebih bagus untuk penyerapan pantas.
  • Mempunyai emolient unggul dan mampu mengunci kelembapan berpanjangan.
  • Mempunyai antioksidan yang tinggi
  • Mempunyai elemen vitamin B untuk membentuk sintesis dan membina kolagen semulajadi tubuh
  • Mengandungi glucosamine demi menjaga kesihatan sendi
  • Mampu merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang tanpa mengeringkan kulit
  • Kolagen yang selamat dan tidak mengandungi bahan toksik

Tips Pengambilan Kolagen

Tidak terlambat untuk mengambil kolagen pada umur berapa pun, bermulalah sekarang, lagi cepat lagi bagus. Namun untuk ibu-ibu yang memiliki anak-anak remaja, bolehlah mulakan memberi mereka kolagen pada seawal 18 tahun.

Kesan Pengambilan Kolagan Shaklee dibuktikan dalam ujian klinikal

Kesan Pengambilan Kolagan Shaklee dibuktikan dalam ujian klinikal

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

14 thoughts on “Cara Pilih Kolagen Terbaik dan Berkesan

  1. saps ibubapa

    semakin kita tua. collagen yang terdapat pada organ dalaman makin berkurang. sebab tu jantung, pembuluh darah,dll jadi ‘ketat’. manakala bahagian luar macam kulit pula akan semakin berkurang kolagen bila umur meningkat. sebab tu kulit jadi kurang tegangnya.
    saps ibubapa recently posted…SAPS- Sistem Analisis Peperiksaan SekolahMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu, dulu masa tak kenal shaklee saya tak beli langsung sebab takut salah pilih

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge